Friday 27 September 2013

BAIKPULIH LENOVO IDEAPAD Z470 MASALAH DUAL BIOS CORRUPT

MASALAH
Masalah Laptop LENOVO IDEAPAD Z470 ini, Laptop lansung tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup.

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi apabila selepas dia cuba upgrade BIOS Laptop ini.Semasa kerja upgrade BIOS dilakukan Laptop terus hang dan dia telah Power-Off Laptop supaya Laptop reset.Selepas itu, Laptop bermasalah seperti yang diceritakan. 

Owner cuba untuk hantar ke kedai repair di sekitar kawasan tempat tinggal, tetapi semua kedai yang dia pergi tak dapat selesaikan masalah ini dan menyarankan untuk menukar motherboard yang kosnya antara rm400-500.

Jadi dia cari alternative lain dan pos laptopnya ke Wangsa Maju untuk dibaiki.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop tak boleh Power-ON  disebabkan BIOS ini, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  boleh menyelesaikan masalah ini, sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.
Tapi untuk model LENOVO IDEAPAD Z470  ini ada masalah lain pula semasa nak program BIOS i.c Laptop, ini adalah disebabkan motherboard ini menggunakan sistem dua i.c Bios (Dual Bios).

Sistem dual Bios I.C pada motherboard Laptop tidak sama seperti pada motherboard PC yang juga menggunakan sistem dual bios.

Pada motherboard Pc yang menggunakan Dual Bios, i.c bios kedua adalah copy atau backup pada i.c bios pertama (master bios) di Motherboard.Jadi jika Bios corrupt pada motherboard PC yang menggunakan dual bios, technician hanya perlu swap i.c bios atau copy dari i.c bios ke2 untuk baiki masalah tersebut.

Di motherboard Laptop yang menggunakan Dual Bios pula file bios yang ada didalam kedua-dua i.c bios itu tidak sama dan belainan size, dan ia melengkapi diantara satu dengan yang lain, iaitu jika salah satu i.c bios tersebut corrupt atau hilang, motherboard Laptop tidak dapat dihidupkan.

Di website pengeluar biasanya, hanya file bios untuk 1 i.c sahaja yang diberikan, dan biasanya memang tiada file bios untuk i.c bios yang ke 2 diberikan walaupun model tersebut menggunakan sistem Dual bios.

Jika tiada ke-2 file i.c bios ini di internet.Jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah ini biasanya ialah dengan menyalin kedua-dua file bios yang berkenaan dari motherboard model yang sama yang telah dipastikan hidup.

Masalah LENOVO IDEAPAD Z470 berjaya diselesaikan selepas ke-2 i.c BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.
Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.


Monday 23 September 2013

BAIKPULIH LAPTOP ASUS A43S & A53SV DC POWER JACK PATAH


MASALAH 
Masalah Laptop  ASUS A43S & A53S ini adalah DC POWER JACK telah PATAH pada bahagian belakang DC POWER JACK pada motherboard Laptop ini.

Kerosakkan adalah berpunca dari kecuaian owner ASUS A43S menggunakan secara paksa Power Adapter Charger Acer yang berlubang kecil pada Laptop nya.

Manakala owner ASUS A53S pula, tersepak kepala Power Adapter Charger Laptopnya, menyebabkan patah dibahagian dalam.

ASUS A43S

ASUS A53S

Kedua-dua owner telah cuba untuk baiki sendiri  DC POWER JACK yang PATAH pada Motherboard laptop masing-masing. Tapi usaha tersebut tidak berjaya kerana aliran Voltan dan Arus Adapter Charger tidak dapat menyambung dengan betul pada DC Power jack yang rosak tersebut.



BAIKPULIH LAPTOP ASUS A43SD CHARGING INTERMITTENT
LAPTOP ASUS A43S ini pula bermasalah bateri Laptop intermittent charging, kepala DC power jack perlu dipegang serta di tekan, baru Laptop dapat charge bateri dengan baik.



SOLUTION
Biasanya untuk masalah DC POWER JACK yang telah PATAH ni, ia perlu ditukar dengan DC POWER JACK yang baru.

Cara membaiki DC POWER JACK yang telah PATAH atau Rosak ini, kadang kala tidak bertahan lama dan akan mengalami kerosakkan lagi.

Harga spareparts ini biasanya berbeza-beza, untuk kedai atau lokasi yang berlainan.


DIY 
Korang boleh cuba untuk DIY sendiri. Kat bawah ni aku tunjukkan antara cara untuk buka dan solder balik DC POWER JACK yang PATAH untuk Laptop Asus.

Tapi segala risiko, aku tak tangung, jadi jika nak buat sendiri, faham kan step-step dan buat dengan berhati-hati.Jika tidak, akan merosakkan motherboard laptop.

Motherboard track amat halus dan sensitif, motherboard ada multiple trak bukan hanya pada permukaan PCB tapi didalam PCB juga.

Jika, korang tak confident untuk buat, pilihan yang paling baik, hantar pada kedai atau technician yang biasa buat kerja ini.

dari pengalaman aku, cara membaiki DC Power jack yang bermasalah ini boleh dilakukan, tapi hanya bertahan untuk sementara saja, jadi penyelesaian yang terbaik adalah dengan menukar DC Jack yang baru.

Laptop-laptop ini telah ditukar DC Power jack baru, dan berkeadaan baik serta stabil, heatsink serta kipas telah dicuci.Testing Laptop dilakukan.

Jika berminat nak baiki  masalah DC POWER JACK PATAH atau Hardware lain pada Laptop/PC, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

BAIKPULIH SAMSUNG TAB 10.1 MODEL GT-P7500 DIGITIZER TOUCHSCREEN PECAH

MASALAH
Masalah Tablet SAMSUNG TAB 10.1 MODEL GT-P7500 ini, DIGITIZER TOUCH SCREEN telah pecah. 

SOLUTION
Biasanya untuk masalah TOUCH SCREEN pecah ni, perlu ditukar dengan TOUCH SCREEN  yang baru.

Harga spareparts ini biasanya berbeza-beza, untuk kedai atau lokasi yang berlainan.
Untuk pembaikan ini, owner minta untuk tukar TouchScreen dari warna asal Hitam kepada warna Putih.

DIY 
Korang boleh cuba untuk DIY sendiri. Kat atas ni aku tunjukkan antara cara untuk buka dan pasang balik DIGITIZER TOUCHSCREEN untuk Samsung Galaxy Tablet 10.1.

Tapi segala risiko, aku tak tangung, jadi jika nak buat sendiri, faham kan step-step dan buat dengan berhati-hati.Jika tidak, akan merosakkan skrin LCD Samsung Galaxy Tablet 10.1.

Jika, korang tak confident untuk buat, pilihan yang paling baik, hantar pada kedai atau technician yang biasa buat kerja ini.



Jika berminat nak baiki  masalah  pada Ipad , Tablet atau Tab, boleh  hubungi 0122411959/Hafizam.

Tuesday 17 September 2013

BAIKPULIH MASALAH ACER ASPIRE 6290G BLANK SCREEN DAN POWER ON/OFF SERENTAK

MASALAH 
Masalah Laptop ACER ASPIRE 6290G ini boleh Power-On, tapi skrin nya tidak keluar apa-apa, LED pada Suis Start dan pada Semua Suis Control contohnya Volume dan Play/Pause menyala dan mati secara serentak. 
Laptop ini tetap berkeadaan sebegitu walaupun dibiarkan hidup selama sejam.

Serba sedikit tentang Specification laptop ini:


  • Processor: Intel Core 2 Duo T5750 (2.0GHz, 667MHz FSB, 2MB Level 2 cache)
  • Operating system: Windows Vista Home Premium
  • Memory: 4GB 667MHz DDR2 SDRAM (PC2-5300)
  • Hard drive: 250GB (5400rpm)
  • Screen: 16" HD Acer CineCrystal (glossy) display (1366 x 768)
  • Graphics: Nvidia Geforce 9100M graphics
  • Optical drive: DVD SuperMulti DL
  • Ports: Ethernet, modem, VGA, microphone in, two audio out jacks, four USB ports, 5-in-1 card reader, ExpressCard slot
  • Wireless: 802.11a/g/n, Bluetooth 2.0
  • Dimensions: 10.8" x 15.1" 1.7" (HxWxD)
  • Weight: 7.3 lbs.


TROUBLESHOOTING

Seringkali biasanya untuk masalah Laptop boleh Power-ON tapi Blank serta Led menyala seperti ini, aku biasanya akan memeriksa keadaan BIOS I.C. motherboard Laptop.

Kemungkinan terjadi shorting pada motherboard kadang kala boleh menyebabkan BIOS file corrupted.

Bahagian komponen power bagi motherboard juga diperiksa bagi memastikan komponen tersebut berkeadaan baik.

Didapati komponen Power motherboard ini juga telah rosak dan perlu diganti dengan yang baru.



SOLUTION
Selepas menukar komponen Power yang telah rosak tersebut serta memprogram semula file BIOS, masalah  Laptop ACER ASPIRE 6290G ini yang blank screen seperti yang aku sebutkan tadi dapat di selesaikan.

Hardisk Laptop ini juga diganti baru kerana hardisk lama telah hilang, kerana Laptop ini owner  sudah simpan selama 1tahun sebelum dihantar baiki kepada aku.
Jika berminat nak baiki  masalah Hardware pada Laptop/PC, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Thursday 12 September 2013

BAIKPULIH MASALAH LAPTOP HP / COMPAQ - PRIMARY INTERNAL BATTERY (601 / 602) ERROR & TAK BOLEH POWER-ON GUNA BATERI

Jika korang terkena masalah error Primary (internal) Battery (601) ini menandakan bateri Laptop korang telah alami masalah dan perlu ditukar baru.

  1. Jika error Primary (internal) Battery (601) terpapar pada skrin laptop korang, ia bermaksud yang kapasiti (internal) bateri  primary  kurang 25% dari kapasiti original bateri. Nombor “601” ini adalah associated error code yang di record pada system log BIOS.
  2. Jika error adalah Secondary (external) Battery (602) terpapar pada skrin laptop korang, ia bermaksud yang kapasiti  (external)  secondary bateri  kurang 25% dari kapasiti original bateri. Nombor “602” ini adalah associated error code yang di record pada system log BIOS.
601 = Primary notebook bateri- Bateri besar yang membekalkan Voltan ketika Laptop tidak menggunakan AC adapter Charger.Jangan keliru mengangap ia adalah CMOS bateri.

602 = Secondary notebook bateri jika Laptop mempunyai 2nd (backup/reserve) bateri. Bukan CMOS battery.

Kegunaan CMOS bateri adalah untuk sistem Motherboard menyimpan Masa dan Tarikh yang betul dan mengelakkan  Masa dan Tarikh tidak di reset pada angka default.

Jika korang mendapat errors (601) atau (602) ini, menunjukkan yang bateri utama Laptop menunjukkan ada kerosakkan dan penyelesaiannya adalah dengan menukar bateri baru jika korang hendak menggunakan Laptop secara mobile.

MASALAH
Tetapi bagaimana jika Laptop LAPTOP HP / COMPAQ  G42 / CQ42 ini pada mulanya mengeluarkan error  PRIMARY INTERNAL BATTERY (601) dan selepas itu langsung tidak boleh Power-On dengan menggunakan bateri.

Laptop masih boleh  Power-On menggunakan Adapter Charger, tetapi bateri langsung tidak dapat dikenali oleh sistem Motherboard.


Masalah masih sama walaupun dengan menggunakan bateri yang baru.


Gambar Contoh

TROUBLESHOOTING

Ada beberapa cara untuk mencari punca masalah ini iaitu, dengan menggunakan cara:
  1. Pengujian Bateri yang bermasalah dengan menggunakan BIOS F2 System Diagnostics Lihat Sini dan Lihat Sini
  2. Pengujian Bateri yang bermasalah dengan menggunakan HP batery test Untuk Win2k/XP & Win7/Win8
  3. Uji dengan Bateri baru.
Tetapi jika semua yag aku sebutkan telah dibuat dan tak berjaya, masalah adalah dari bahagian I.C charging Motherboard Laptop yang telah rosak.Komponen yang aku sebutkan itu perlu di tukar baru.

Laptop telah di test dan berada didalam keadaan baik dan sempurna.
Jika berminat nak baiki  masalah Bateri pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Friday 6 September 2013

KERJA CONVERT MOTHERBOARD HP PAVILLION G42 AMD RADEON DISPLAY KEPADA MOTHERBOARD COMPAQ CQ42 INTEL HD DISPLAY


MASALAH

Masalah laptop HP PAVILLION G42 i5 ni adalah GPU AMD Radeon chipset display overheating, antara tanda-tanda kerosakkan ini adalah  LCD blank serta key Caps Lock dan Numlock blinking (ada lagi tanda yang lain). Masalah ini selalunya akan berulang samada pembaikan hanya dengan repair/reflow chipset ataupun dengan menukar chipset GPU baru.

Korang boleh belajar bagaimana nak kenal kerosakan pada Laptop Compaq-HP disini

Walaupun dengan penukaran chipset AMD Radeon baru, kebiasaanya, masalah overheating GPU akan berulang balik dan akan tetap terjadi juga (ini adalah dari kes-kes yang aku jumpa).
 

Jadi boleh aku terangkan di POST untuk kali ini, samada pembaikan hanya dengan reflow/reball/tukar chipset baru ataupun tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish), masalah overheating chipset tetap akan berlaku, cepat atau lambat (bergantung pada nasib owner serta penjagaan laptop) .

Ini adalah kerana HP PAVILLION G42 i5 ini walaupun telah ditukar dengan AMD RADEON GPU chipset baru atau ditukar dengan motherboard lain (secondhand atau refurbish)  pun akan masih menggunakan chipset AMD Radeon Display yang sama serta sistem cooling HeatSink yang sama, jadi masalah yang akan dihadapi oleh laptop pun akan tetap sama dan akan berulang lagi.


Biasanya solution yang terbaik serta bertahan lama untuk jangka masa lebih 2-4 tahun bagi masalah AMD Radeon chipset overheating ni adalah menukar motherboard yang bermasalah GPU itu dengan motherboard yang baru (yang betul-betul baru - berada dalam kotak lihat disini) atau convert kepada motherboard intel yang guna intel chipset sahaja, ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku baiki masalah Laptop model ni.


Untuk masalah Laptop  HP PAVILLION G42 ini, Laptop pernah rosak sebelum ini, iaitu masalah chipset Display Overheating yang terlalu panas, lepas repair, hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja dan rosak balik dengan masalah yang sama iaitu masalah blank screen dan Power off dengan sendiri menunjukkan masalah chipset GPU chipset overheating berulang kembali.

Jadi, owner ambil keputusan untuk convert ke motherboard  COMPAQ CQ42 Intel HD selepas mendengar nasihat dari aku.

Untuk info, motherboard untuk Laptop HP adalah sama dengan Laptop Compaq, kerana kedua-dua brand ini datang dari company yang sama.

Spesifikasi Laptop HP G42
O/S: dos
Processor: Intel® Core™ i5.
Chipset: Intel HM55.
Memory: 1 GB DDR3 SDRAM PC-8500, Max. Memory 8 GB (2 DIMMs).
Video: Ati Mobility Radeon Premium Graphic HD6370 (shared).
Display: 14" WXGA LED, Max. Resolution 1366 x 768.
Hard Drive: 500 GB Serial ATA 5400 RPM.


CONVERT MOTHERBOARD HP G42 KE  CQ42-INTEL HD

 
Untuk melakukan kerja convert motherboard yang berlainan chipset bagi laptop ini agak mudah , tak seperti kerja convert sebelum ini yang aku pernah buat untuk beberapa model laptop Compaq Lihat Sini dan Lihat Sini.Cuma untuk mendapatkan motherboard Intel chipset ini agak susah dan mencabar kerana motherboard ini jarang-jarang ada pada stock suplier.

Tapi untuk precaution, pastikan korang jika nak convert hantar pada thecnician yang biasa buat, atau jika nak buat sendiri, sila buat homework terlebih dahulu kerana takut kos akan meningkat akibat penambahan bayaran jika terlalu susah nak dapat motherboard serta untuk mengelak tersilap hardware yang perlu tukar.

Untuk kerja convert ini, hanya 1 sahaja Hardware yang perlu ditukar kerana processor serta heatsink adalah sama, iaitu:
  1. Motherboard CQ42 Intel HD.
Laptop telah di test dan berada didalam keadaan baik dan sempurna.Untuk oder motherboard HP Pavillion G42 intel HD ini boleh contact aku.


Jika berminat nak baiki  masalah Hardware pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Thursday 5 September 2013

BAIKPULIH MASALAH DELL INSPIRON N4010 INTEL HD HANG SEMASA WINDOWS BOOT SELEPAS DRIVER GRAFIK INTEL HD DI INSTALL

MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N4010 ini akan hang semasa Windows Boot selepas install driver Grafik Intel HD.

Jika dalam Safe Mode atau tanpa ada driver Grafik Intel , Windows dapat Boot dan di gunakan secara normal seperti biasa.

Serba sedikit tentang Specification laptop ini:

Dell Inspiron N4010

Core i3

Win7 Home Basic

Intel HM57 chipset 



TROUBLESHOOTING

Seringkali sistem Windows akan Hang, dan apabila Laptop di restart semula, Windows akan Hang semasa process Boot di Logo Windows.Masalah berulang sentiasa.

Aku cuba test guna dell diagnostics, tetapi tiada kerosakkan pada hardware atau memori di laporkan. 

Aku cuba format baru sistem  Windows, installed Win7 Ultimate 64bit , dan  install semua drivers dan Laptop tidak mengalami masalah yang disebutkan sehingga aku install semula driver Intel Graphics Media Accelerator, aku cuba juga install dan updated driver ini yang terbaru, tapi masalah Hang masih sama.

Aku cuba test guna Intel Processor Diagnotics Tool juga tiada problem , keputusan test ok, cuba format 2-3 kali tapi masalah masih sama, Laptop ini hanya dapat menggunakan standard VGA graphics sahaja, tak boleh install Intel Graphics Media Accelerator driver jika tidak ia akan hang selepas selesai install.


Dari pemerhatian pada simptom dan tanda pada kerosakkan Laptop ini, aku suspek masalah mungkin berpunca dari Processor Intel i3  Laptop DELL INSPIRON N4010 .

Ini kerana lokasi Intel HD Grafik terletak didalam Processor Intel i3 ini.

Walaupun dari test yang di lakukan sebelum ini menunjukkan Processor berkeadaan baik. Tapi Intel Processor Diagnotics Tool ini  tidak dapat untuk test Intel HD yang terdapat dalam processor i3 Laptop ini secara lebih terperinci.

Kerosakan Processor intel i3 ini mungkin berpunca  di sebabkan overheating.Ini dapat dilihat dari banyaknya habuk pada kipas serta heatsink Laptop ini.


SOLUTION
Selepas menukar Processor i3 tersebut, masalah  Laptop DELL INSPIRON N4010 ini akan hang semasa Windows Boot selepas install driver Grafik Intel HD dapat di selesaikan.
Jika berminat nak baiki  masalah Hardware pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.






TIPS BAIKI MASALAH LAPTOP ASUS BERMASALAH WINDOWS EXPLORER SELALU HANG DAN RESTART


MASALAH
Baru-baru ni, ada custemer bawa Laptop Asus kepunyaan nya yang mengalami masalah Windows Explorer selalu hang dan restart.

Windows Explorer Laptop Asus ini akan berhenti berfungsi dan restart dengan menutup semua folder yang telah dibuka sebelum ini.Keadaan ini berlaku dengan kerap dan menyebabkan aktiviti kerja terganggu.


TROUBLESHOOTING
Dari pemerhatian pada simptom dan tanda pada kerosakkan Laptop ini, aku suspek masalah mungkin berpunca dari virus , malware.

Tapi masalah ini juga boleh terjadi dari sistem Windows yang corrupt atau setting pada Windows.

Dan ada juga disebabkan software yang telah di install  telah corrupt.

SOLUTION
Dari simptom tersebut, aku cuba buat restore recovery Windows dari partition recovery Laptop Asus ini.Sila Lihat Sini

Selepas siap buat original restore recovery Windows, masalah masih sama.
Selepas mencari punca masalah ini dengan scan virus, malware.Didapati sistem Windows bersih.




Jadi aku cuba try check dekat Event Viewer dekat Control Panel Windows, selepas di periksa didapati masalah ini disebakan dari AsusWSShellExt64.dll.

Selepas diperiksa, ia masalah terjadi dari software Asus WebStorage yang telah di install skali semasa procesess recovery Windows di lakukan.

Selepas uninstall  software Asus WebStorage masa lah Windows Explorer hang serta restart dapat diatasi.



Jika berminat nak baiki  masalah Windows pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...