Masalah laptop HP PAVILLION DV2700 ni adalah Nvidia chipset display overheating,sama dengan masalah yang dialami Laptop Compaq Presario V3000-AMD.
Ini kerana kedua-dua HP Pavillion DV2+++ dan Compaq Presario V3+++ menggunakan motherboard yang sama, jadi masalah yang dihadapi laptop pun sama.
Biasanya solution yang terbaik serta bertahan lama untuk sekurang-kurangnya lebih 2tahun bagi masalah nvidia chipset overheating ni adalah menukar motherboard yang bermasalah GPU tu dengan yang baru (betul-betul baru) atau convert kepada motherboard intel yang guna intel chipset sahaja, ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku baiki masalah Laptop model ni.
Tukar chipset Nvidia baru biasanya, masalah overheating GPU kadang-kadang akan berulang balik dan terjadi juga (dan ada beberapa kes yang aku jumpa).
Tapi nak menukar motherboard untuk Laptop HP-Compaq ni pun, walaupun seakan sama dan menggunakan processor seakan sama ada beberapa problem yang akan jumpa.
Tukar motherboard baru laptop ini bukan semudah atau sesenang yang disangkakan, walaupun macam untuk tukar Motherboard V3000-AMD baru yang mempunyai Processor dan chipset Nvidia yang sama, tapi tetap ada masalah, kerana untuk HP-Compaq motherboard nya ada beberapa version untuk model yang sama, antara masalah yang akan dihadapi:
- Heatsink Processor tak sama (tempat untuk skru berbeza)
- Adapter Wifi card tak compatible
- Power adapter charger tak sama
- Processor tak di support oleh chipset motherboard
- Touchpad riben connector tak sama
- Tiada connector soket untuk optional hardware contohnya (webcam, finger print sensor, bluetooth)
CONVERT MOTHERBOARD HP DV 2700 KE HP DV2000
PENUKARAN PROCESSOR
PENUKARAN TOUCHPAD
PENUKARAN PROCESSOR
PENUKARAN POWER ADAPTER
Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959
Jika berminat nak baiki masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.
1 comments:
tumpang tanya...kalau acer 4520 tu boleh buat camni tak?means ada tak motherboard yg sama dgn 4520 tapi pakai intel gpu?..thank you.
Post a Comment