Thursday, 7 May 2026

❌ PC (Dell XPS 8700) TAK BOLEH ON? Skrin Blank & Bunyi Buzer Beep Berulang – Ini Punca Sebenar



𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛

Masalah PC blank & berbunyi Buzer ini sering dialami oleh pengguna komputer desktop, kebiasaannya masalah ini biasanya menunjukkan :
  1. RAM bermasalah.
  2. Slot RAM bermasalah.
  3. Ada hardware disistem komputer yang faulty.
Untuk masalah yang dialami oleh PC model Dell XPS 8700 ini. Antara simptom yang dikenal pasti:
  • PC boleh ON (kipas dan lampu menyala)
  • Skrin monitor kosong (tiada paparan)
  • Bunyi beep berulang kali dari motherboard
  • Tidak boleh masuk BIOS
  • Sistem gagal melakukan POST (Power-On Self-Test)
Jika masalah ini bukan disebabkan berpunca dari RAM biasanya membuatkan pengguna menyangka kerosakan besar telah berlaku seperti motherboard atau CPU rosak.


𝗦𝗢𝗟𝗨𝗧𝗜𝗢𝗡

Untuk masalah ini, beberapa step yang korang kena check & pastikan. Antara cara troubleshoot paling efektif (step by step)

  1. Ikut urutan ni (penting):
  2. Reset BIOS (cabut Bateri CMOS)
Boot Komputer dengan minimum setup:
  1. CPU
  2. 1 RAM
  3. No GPU (guna onboard)
  4. Tukar slot RAM
  5. Test tanpa HDD/SSD
  6. Dengar pattern beep
  7. Periksa motherboard (visual check)
  8. Re-seat CPU


🔌 Peripheral / short circuit
Kadang benda kecil buat sistem fail boot.
Contoh:
  • USB rosak
  • HDD short
  • Front panel rosak:
Jadi untuk test. Cabut semua:
  • HDD/SSD
  • USB device
  • GPU (optional)
Just tinggalkan :
CPU + RAM + motherboard sahaja.


Jika masih sama, kemungkinan, RAM slot motherboard rosak. Walaupun RAM dah servis, slot RAM mungkin rosak.
Jadi untuk Test. Tukar RAM ke slot lain
Guna 1 stick sahaja.

Ada beberapa langkah diagnostik telah untuk PC ini telah dilakukan:
  1. Pemeriksaan RAM (dalam keadaan baik) & contact RAM telah di servis
  2. Slot RAM juga di servis menggunakan contact cleaner 
  3. Ujian Power Supply (PSU) – berfungsi normal. Voltage 12V, 5V, 3V semua berada dalam keadaan normal.
  4. Pemeriksaan sambungan hardware
  5. Pembersihan dan pemasangan semula komponen.
Namun, masalah masih tidak selesai.

Selepas pemeriksaan lebih teliti, punca sebenar telah dikenal pasti:
👉 Bateri CMOS didapati lemah (low voltage)(sepatutnya bacaan normal utk bateri CMOS adalah 2.9v - 3v) tapi bacaan yang di ukur hanya 1.5v sahaja
Apa yang aku lakukan adalah:

  • Cabut bateri CMOS lama
  • Reset BIOS (clear power dari motherboard)
  • Gantikan dengan bateri CMOS baru (CR2032)
Hidupkan semula sistem komputer.

KESIMPULAN

Masalah PC tak boleh POST, skrin blank dan bunyi beep berulang tidak semestinya berpunca daripada kerosakan hardware yang serius.

Dalam kes PC DELL XPS 8700 ini agak pelik, hanya kerana bateri CMOS yang lemah (sepatutnya bacaan normal  utk bateri CMOS adalah 2.9v - 3v) tapi bacaan yang di ukur hanya 1.5v sahaja, telah menyebabkan sistem komputer gagal boot.

👉 Pengajaran penting:
  • Jangan terus tukar motherboard atau CPU
  • Lakukan diagnosis asas terlebih dahulu
  • Periksa bateri CMOS sebagai langkah awal
Dengan kos pembaikan yang murah berbanding kos menukar/membaiki motherboard, masalah dapat diselesaikan tanpa perlu mengganti komponen yang mahal.


𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗣𝗨𝗟𝗜𝗛 𝗦𝗜𝗔𝗣

Masalah PC ini akhirnya telah berjaya diselesaikan.


PC telah ditest dan heatsink processor serta GPU telah diservis & telah di apply thermal paste baru serta telah dipastikan berada dalam keadaan normal. Baik pulih selesai dan PC berkeadaan baik.



▪ Jika ada yang berminat nak baiki masalah PC atau masalah LAPTOP atau mengalami apa-apa masalah kerosakkan pada Laptop/PC , boleh hubungi CALL WHATSAPP : 0122411959/hafizam.

Sunday, 15 March 2026

Membaiki PC Gaming Dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti – Masalah Auto Off & Susah Start


Masalah: PC Gaming dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti sering auto power off, susah nak start, dan kadang-kadang perlu tekan butang power banyak kali baru hidup.

Post ini berdasarkan pengalaman aku membaiki sebuah PC gaming milik pelanggan yang telah dihantar ke kedai lain tetapi technician kedai tersebut tidak dapat mengenalpasti punca sebenar masalah PC gaming ini.


Proses Aku Membaiki PC Gaming RTX5060 Ti Yang Auto Off

1. Simptom Awal Yang Diberitahu Oleh Owner. Owner datang dengan beberapa aduan pelik:

  • PC kadang langsung tak boleh start
  • Bila tekan power, kipas berpusing sekejap kemudian mati
  • Kadang PC boleh hidup tetapi tiba-tiba auto shutdown
  • Perlu tekan power banyak kali baru sistem hidup
  • Pernah dihantar ke kedai lain tetapi tidak dapat menyebut dengan tepat kerosakan ditemui & menyalahkan masalah berpunca dari motherboard atau GPU.
Masalah seperti ini biasanya berkaitan dengan power delivery, motherboard, atau short circuit kecil pada hardware.

2. Pemeriksaan Fizikal Komponen.

Langkah pertama aku buat ialah pemeriksaan visual keseluruhan PC.
Komponen utama PC:
  • GPU : NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti
  • PSU : 750W Gaming Power Supply
  • CPU : Gaming class processor
  • RAM : 16GB DDR4
  • Storage : NVMe SSD
Semasa buka casing aku periksa:
✔ Kabel power GPU
✔ Kabel ATX 24-pin motherboard
✔ Kabel CPU 8-pin
✔ Kipas dan heatsink
✔ Tanda hangus atau capacitor rosak
Namun tiada kesan terbakar atau kerosakan jelas.

3. Ujian Power Supply (PSU)

Masalah auto off dan susah start sangat kerap berpunca daripada PSU.

Aku gunakan JIG PSU tester dan juga multimeter untuk semak rail voltage:
Rail yang diuji:
  • 12V
  • 5V
  • 3.3V

Keputusan:
Bacaan voltage normal utk power ke motherboard tapi power 12V ke gpu tiada voltan.


PSU tidak stabil, kadang voltage ke motherboard ada kadang tiada. 
Jadi aku simpulkan PSU adalah punca utama masalah auto off.



4. Menemui Punca Sebenar Masalah

Selepas pemeriksaan lebih teliti pada motherboard, aku try guna PSU tester yang lain untuk hidupkan PC gaming ini. PC boleh power on & hidup dengan normal.

Untuk memastikan diagnosis tepat aku buat ujian dengan power on & off banyak Kali PC gaming tersebut:

Keputusan:
👉 PC hidup setiap kali tanpa gagal
Ini membuktikan power supply adalah punca sebenar masalah.


5. Pemeriksaan GPU RTX5060 Ti

Kerana PC ini adalah gaming rig, aku juga syak GPU mungkin menyebabkan masalah.
GPU diuji dengan:
  • Stress test
  • Benchmark
  • GPU load
GPU NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti berfungsi dengan baik tanpa crash.
Jadi GPU juga bukan punca utama.



6. Cara Aku Menyelesaikan Masalah
Langkah pembaikan:


Dalam kes ini aku menasihatkan untuk customer:

✔ Tukar power supply yang baru.

Selepas penggantian dibuat:
  • PC start sekali tekan sahaja
  • Tiada lagi auto shutdown
  • Sistem stabil walaupun digunakan untuk gaming berat.

7. Kenapa Kedai Lain Gagal Diagnos Masalah Ini?

Pada pendapat aku, kedai sebelum ini mungkin tidak menguji PSU asal menggunakan jig PSU tester & PSU test yang digunakan untuk diagnosis mungkin telah problem & bermasalah.

Dalam dunia pembaikan komputer, masalah PC Gaming auto off, susah nak start atau restart sendiri adalah antara kerosakan yang paling kerap berlaku. 

Namun begitu, tidak semua technician dapat mengenalpasti punca sebenar masalah tersebut. 

Salah satu kes yang sering terjadi ialah masalah PSU yang tidak membekalkan voltan 12V dengan stabil kepada GPU, walaupun PSU telah ditukar untuk tujuan ujian.

Ramai pengguna pelik kenapa kedai repair komputer masih gagal diagnos masalah, walaupun mereka telah cuba menggunakan PSU lain. 

Ada beberapa sebab utama kenapa perkara ini boleh berlaku.


1. Technician Hanya Test Power On Sahaja.

Kesilapan paling biasa ialah technician hanya melakukan ujian asas iaitu power on test.

Apabila PC boleh hidup seketika, mereka menganggap PSU masih baik. Sedangkan dalam PC gaming, GPU memerlukan bekalan 12V yang stabil terutama ketika load tinggi seperti gaming atau benchmark.

Jika PSU tidak mampu memberi arus yang mencukupi:
  • PC boleh hidup
  • Windows boleh masuk
  • Tetapi akan auto off bila GPU mula bekerja kuat
  • Tanpa melakukan stress test GPU, masalah sebenar tidak akan dikesan.

2. PSU Test Tidak Menggunakan Multimeter atau JIG PSU TESTER.

Ramai technician hanya menggunakan cara berikut untuk test PSU:
  • Tukar PSU lain
  • Gunakan PSU tester murah
  • Tengok kipas berpusing
Tetapi kaedah ini tidak menunjukkan keadaan sebenar voltan 12V ketika load.

Kaedah yang lebih tepat ialah menggunakan multimeter atau JIG PSU TESTER untuk mengukur atau melihat rail 12V pada:
  • PCIe 6 pin / 8 pin GPU
  • 24 pin motherboard
  • CPU 8 pin
Kadang-kadang PSU masih hidup tetapi rail 12V drop atau tiada output ke kabel GPU.


3. PSU Ganti Yang Digunakan Juga Lemah.

Ada juga kes di mana technician menggunakan PSU test ganti yang tidak cukup kuasa atau sudah lama digunakan.
Contohnya:
  • PC gaming guna GPU high end
  • Tetapi PSU test hanya 450W / 500W cap ayam
Akibatnya:
  • Simptom masih sama
  • Technician fikir bukan PSU punca masalah
Padahal PSU test ganti tersebut sebenarnya tidak sesuai untuk PC tersebut.

4. Terlalu Cepat Menyalahkan Motherboard atau GPU

Apabila PC gaming menunjukkan simptom seperti:
  • Auto shutdown
  • Black screen
  • Susah power on
Sesetengah technician terus menganggap masalah berpunca daripada:
  • GPU rosak
  • Motherboard rosak
Sedangkan punca sebenar hanya bekalan 12V dari PSU tidak stabil.
Ini menyebabkan proses diagnos menjadi salah arah.


5. Tiada Ujian Beban (Load Test).



Dalam pembaikan PC gaming, satu perkara penting ialah melakukan load test.
Antara software yang biasa digunakan:
  • FurMark
  • OCCT
  • 3DMark stress test
Jika PSU bermasalah, biasanya dalam masa beberapa minit sahaja PC akan auto off ketika GPU menggunakan kuasa maksimum.

Tanpa ujian ini, masalah PSU sukar dikesan.


Kesimpulan

Masalah PC gaming auto off akibat PSU tidak membekalkan 12V kepada GPU adalah kerosakan yang agak tricky untuk didiagnos jika tidak menggunakan kaedah yang betul.

Antara sebab utama kedai repair gagal mengesan masalah ialah:
  1. Hanya melakukan power on test
  2. Tidak menggunakan multimeter
  3. PSU ganti tidak cukup kuasa
  4. Tidak memeriksa kabel PCIe GPU
  5. Terlalu cepat menyalahkan GPU atau motherboard
  6. Tidak melakukan stress test GPU
Dalam banyak kes sebenar, selepas PSU yang betul dipasang dan bekalan 12V stabil, PC gaming akan kembali berfungsi seperti biasa tanpa perlu menukar komponen mahal seperti GPU atau motherboard.

Dalam kes PC gaming dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti ini, punca sebenar hanyalah:
  • Power Supply (PSU) yang rosak.
Selepas diganti, PC kembali berfungsi normal tanpa sebarang masalah.

Masalah PC Gaming ini akhirnya telah berjaya diselesaikan.


PC telah ditest dan bahagian yang rosak dalam keadaan yang baik. Baik pulih selesai dan PC berkeadaan baik.

▪ Jika ada yang berminat nak baiki masalah PC atau masalah LAPTOP atau mengalami apa-apa masalah kerosakkan pada Laptop/PC , boleh hubungi CALL WHATSAPP : 0122411959/hafizam.








  • PC Gaming Auto Off & Susah Start? Ini Cara Baiki GPU NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti!
  • Masalah PC Gaming Tiba-Tiba Mati? Rahsia Baiki RTX 5060 Ti Yang Ramai Tak Tahu!
  • RTX 5060 Ti Buat Hal? Punca PC Gaming Auto Off & Cara Repair Paling Berkesan
  • Kenapa PC Gaming Susah Hidup? Solusi Lengkap Masalah RTX 5060 Ti Auto Shutdown
  • PC Gaming Tak Boleh Start? Ini Punca Sebenar GPU RTX 5060 Ti Auto Off!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...