Monday 31 May 2021

KERJA CONVERT MOTHERBOARD HP PAVILLION G42 DISPLAY ATI RADEON GRAFIK YANG SELALU ROSAK OVERHEATING KE MOTHERBOARD DISPLAY INTEL VGA

*MASALAH*

Masalah laptop HP PAVILLION G42 i5 ni adalah GPU AMD Radeon chipset display overheating, antara tanda-tanda kerosakkan ini adalah  LCD blank serta key Caps Lock dan Numlock blinking (ada lagi tanda yang lain). Masalah ini selalunya akan berulang samada pembaikan hanya dengan repair/reflow chipset ataupun dengan menukar chipset GPU baru.

Korang boleh belajar bagaimana nak kenal kerosakan pada Laptop Compaq-HP 
disini

Walaupun dengan penukaran 
chipset AMD Radeon baru, kebiasaanya, masalah overheating GPU akan berulang balik dan akan tetap terjadi juga (ini adalah dari kes-kes yang aku jumpa).
 

Jadi boleh aku terangkan di POST untuk kali ini, samada pembaikan hanya dengan reflow/reball/tukar chipset baru ataupun tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish), masalah overheating chipset tetap akan berlaku, cepat atau lambat (bergantung pada nasib owner serta penjagaan laptop) .

Ini adalah kerana 
HP PAVILLION G42 i5 ini walaupun telah ditukar dengan AMD RADEON GPU chipset baru atau ditukar denganmotherboard lain (secondhand atau refurbish)  pun akan masih menggunakan chipset AMD Radeon Display yang sama serta sistem cooling HeatSink yang sama, jadi masalah yang akan dihadapi oleh laptop pun akan tetap sama dan akan berulang lagi.


Biasanya solution yang terbaik serta bertahan lama untuk jangka masa lebih 2-4 tahun bagi masalah AMD Radeon chipset overheating ni adalah menukar motherboard yang bermasalah GPU itu dengan motherboard yang baru (yang betul-betul baru - berada dalam kotak lihat disiniatau convert kepada motherboard intel yang guna intel chipset sahaja, ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku baiki masalah Laptop model ni.


Untuk masalah Laptop  
HP PAVILLION G42 ini, Laptop pernah banyak kali rosak sebelum ini, iaitu masalah chipset ATI Radeon Display Overheating yang terlalu panas, lepas repair, hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja dan rosak balik dengan masalah yang sama iaitu masalah blank screen dan Power off dengan sendiri menunjukkan masalah chipset GPU chipset overheating berulang kembali.

Jadi, owner ambil keputusan untuk convert ke motherboard  
COMPAQ CQ42 Intel HD selepas mendengar nasihat & penerangan dari aku.

Untuk info, motherboard untuk Laptop HP adalah sama dengan Laptop Compaq CQ42, kerana kedua-dua brand ini datang dari company yang sama.

Spesifikasi Laptop HP G42
O/S: dos
Processor: Intel® Core™ i5.
Chipset: Intel HM55.
Memory: 1 GB DDR3 SDRAM PC-8500, Max. Memory 8 GB (2 DIMMs).
Video: Ati Mobility Radeon Premium Graphic HD6370 (shared).
Display: 14" WXGA LED, Max. Resolution 1366 x 768.
Hard Drive: 500 GB Serial ATA 5400 RPM.

Untuk variant HP G42 atau Compaq CQ42, motherboard untul model Laptop ini ada yang guna ATI Radeon yang selalu bermasalah  overheating Chipset GPU & ada 1 variant lagi menggunakan Display dari Intel VGA yang jarang bermasalah.  


Untuk melakukan kerja convert motherboard yang berlainan chipset bagi laptop model ini agak mudah , tak seperti kerja convert sebelum ini yang aku pernah buat untuk beberapa model laptop Compaq Lihat Sini dan Lihat Sini.Cuma untuk mendapatkan motherboard Intel VGA chipset ini agak susah dan mencabar kerana motherboard ini jarang-jarang ada pada stock suplier serta model ini adalah model lama iaitu keluaran tahun 2012.

Tapi untuk precaution, pastikan korang jika nak convert hantar pada technician yang biasa buat, atau jika nak buat sendiri, sila buat homework terlebih dahulu kerana takut kos akan meningkat akibat penambahan bayaran jika terlalu susah nak dapat motherboard serta untuk mengelak tersilap hardware yang perlu tukar.

Untuk kerja convert ini, hanya 1 sahaja Hardware yang perlu ditukar kerana processor serta heatsink adalah sama, iaitu:

1.     Motherboard CQ42 Intel HD.


Untuk kerja Convert kali ini, customer yang terlibat adalah 2 orang, jadi Laptop yang terlibat dalam kerja kali ini adalah 2 biji Laptop HP Pav G42 ATI Radeon.

1 laptop tak mengalami masalah yang banyak dan kerja convert berjalan dengan baik, manakala 1 laptop lagi mengalami masalah tiada display di screen Laptop, selepas penukaran motherboard Intel HD dilakukan.

Selepas, penelitian, di buat pada bahagian ribel penyambung antara motherboard ke LCD skrin, didapati, riben ada kesan koyakkan dan apabila lebih penilitian dijalankan pada bahagian koyakkan, didapati ada 4 wayar pada riben telah putus.Jadi kerja baikpulih riben terpaksa dilakukan.

Jika ada yang berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted atau mengalami masalah kerosakkan pada Laptop/PC , boleh hubungi CALL WHATSAPP : 0122411959/hafizam.
https://wa.link/1vl67t


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...