*MASALAH*
Masalah laptop HP PAVILLION G42 i5 ni adalah GPU AMD Radeon chipset display overheating, antara tanda-tanda kerosakkan ini adalah LCD blank serta key Caps Lock dan Numlock blinking (ada lagi tanda yang lain). Masalah ini selalunya akan
berulang samada pembaikan hanya dengan repair/reflow chipset ataupun dengan
menukar chipset GPU baru.
Korang boleh belajar bagaimana nak kenal kerosakan pada
Laptop Compaq-HP disini
Walaupun dengan penukaran chipset AMD Radeon baru, kebiasaanya, masalah overheating GPU akan berulang balik dan
akan tetap terjadi juga (ini adalah dari kes-kes yang aku jumpa).
Jadi boleh aku terangkan di POST untuk kali ini, samada pembaikan hanya dengan reflow/reball/tukar chipset baru ataupun tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish), masalah overheating chipset tetap akan berlaku, cepat atau
lambat (bergantung pada nasib owner serta penjagaan laptop) .
Ini adalah kerana HP PAVILLION G42 i5 ini walaupun telah ditukar dengan AMD RADEON GPU chipset baru atau ditukar denganmotherboard lain (secondhand atau refurbish) pun akan masih menggunakan chipset AMD Radeon Display yang sama serta sistem cooling HeatSink yang sama, jadi
masalah yang akan dihadapi oleh laptop pun akan tetap sama dan akan berulang
lagi.
Biasanya solution yang terbaik serta bertahan lama untuk jangka masa lebih 2-4 tahun bagi masalah AMD Radeon chipset overheating ni adalah menukar motherboard yang bermasalah GPU itu dengan
motherboard yang baru (yang betul-betul baru - berada dalam kotak lihat
disini) atau convert kepada motherboard intel yang guna intel chipset sahaja, ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku baiki masalah Laptop
model ni.
Untuk masalah Laptop HP PAVILLION G42 ini, Laptop pernah banyak kali rosak sebelum ini, iaitu
masalah chipset ATI Radeon Display Overheating yang terlalu panas, lepas repair, hanya
bertahan untuk beberapa bulan sahaja dan rosak balik dengan masalah yang sama
iaitu masalah blank screen dan Power off dengan sendiri menunjukkan masalah
chipset GPU chipset overheating berulang kembali.
Jadi, owner ambil keputusan untuk convert ke
motherboard COMPAQ CQ42 Intel HD selepas mendengar nasihat & penerangan dari aku.
Untuk info, motherboard untuk Laptop HP adalah sama dengan
Laptop Compaq CQ42, kerana kedua-dua brand ini datang dari company yang sama.
Spesifikasi Laptop
HP G42
O/S: dos
Processor: Intel® Core™ i5.
Chipset: Intel HM55.
Memory: 1 GB DDR3 SDRAM PC-8500, Max. Memory 8 GB (2 DIMMs).
Video: Ati Mobility Radeon Premium Graphic HD6370 (shared).
Display: 14" WXGA LED, Max. Resolution 1366 x 768.
Hard Drive: 500 GB Serial ATA 5400 RPM.
Untuk variant HP G42 atau Compaq CQ42, motherboard untul model Laptop ini ada yang guna ATI Radeon yang selalu bermasalah overheating Chipset GPU & ada 1 variant lagi menggunakan Display dari Intel VGA yang jarang bermasalah.
Untuk melakukan kerja convert
motherboard yang berlainan chipset bagi laptop model ini agak mudah , tak seperti
kerja convert sebelum ini yang aku pernah buat untuk beberapa model laptop
Compaq Lihat Sini dan Lihat Sini.Cuma untuk mendapatkan
motherboard Intel VGA chipset ini agak susah dan mencabar kerana motherboard ini
jarang-jarang ada pada stock suplier serta model ini adalah model lama iaitu keluaran tahun 2012.
Tapi untuk precaution, pastikan korang jika nak convert hantar pada technician yang biasa buat, atau jika nak buat sendiri, sila buat homework terlebih dahulu kerana takut kos akan meningkat akibat penambahan bayaran jika terlalu susah nak dapat motherboard serta untuk mengelak tersilap hardware yang perlu tukar.
Untuk kerja convert ini, hanya 1 sahaja Hardware yang perlu ditukar kerana processor serta heatsink adalah sama, iaitu:
1. Motherboard CQ42 Intel HD.
Jika
ada yang berminat nak baiki masalah password bios atau masalah bios
corrupted atau mengalami masalah kerosakkan pada Laptop/PC , boleh
hubungi CALL WHATSAPP : 0122411959/hafizam.
https://wa.link/1vl67t