MASALAH
Baru-baru ini, custemer aku dari Terengganu ada hantar 1 Netbook HP mini 110 yang katanya rosak kipas dan Netbook itu bermasalah overheating.
Apabila Netbook ini di cuba untuk Power-On, terdapat error (90B) yang menyatakan kipas tak normal dan Netbook Power-Off dengan sendiri selepas 5 saat.
Eror (90B) ini disebabkan motherboard tidak dapat mengesan atau mengesan kipas berada dalam keadaan tak normal.
Sebelum ni, custemer aku ini dah hantar netbook ini untuk di baiki di kedai sekitar tempat tinggalnya.Tapi masalah tak selesai dan kipas asal Netbook juga telah rosak kerana, juruteknik tersebut telah tersalah supply voltan pada kipas Netbook.
Masalah yang lain pula ialah, pin connector untuk Kipas Netbook ini juga telah terkopek dan track untuk solder semula conector juga telah tercabut.
Masalah ini bermakna pin conector asal tak boleh digunakan dan kipas baru perlu di wiring baru.
TROUBLESHOOTING
Jadi, untuk selesaikan masalah netbook ini, aku terpaksa trace wiring menggunakan schematic drawing Netbook ini.
SOLUTION
Jadi selepas mengantikan kipas yang rosak dengan yang baru serta proceses re wiring baru di lakukan, masalah Netbook HP mini berjaya diatasi.
Netbook ini berkeadaan baik serta telah di uji kestabilan dan bahagian kipas Heatsink telah di cuci bersih.
Jika berminat nak baiki masalah Kipas serta Overheating pada Laptop/PC/Netbook , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
Untuk Kipas Laptop & Netbook kebiasaanya ada 3 kabel, merah untuk +ve, hitam untuk -ve, kuning untuk signal kipas.
Biasanya kipas Laptop & Netbook menggunakan voltan 5v.
Untuk voltan +ve dan -ve 5v kipas Netbook aku ambil dari voltan usb port. Untuk signal kipas aku terpaksa trace dari lukisan sekamatik Motherboard.Signal kipas aku dapat trace berpunca dari chipset controller motherboard.
Jika berminat nak baiki masalah Kipas serta Overheating pada Laptop/PC/Netbook , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.