Monday, 2 December 2013

BAIKPULIH ACER ASPIRE 4310 ROSAK TAK BOLEH POWER - ON

MASALAH
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4310 ini, Laptop lansung tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup.

Dari  info yang diberi oleh owner, beliau telah menghantar laptop ini untuk dibaiki ke beberapa kedai di sekitar tempat tinggalnya.

Kebanyakkan kedai itu tak dapat selesaikan masalah ini dab menyatakan yang motherboard Laptopnya telah rosak serta perlu di ganti baru yang kosnya antara rm400-500.. ada pula kedai menyatakan yang kerosakkan terjadi pada bahagian chipset dan power I.C serta meminta kos pembaikkan yang tinggi.

Jadi dia cari alternative lain dan pos laptopnya ke Wangsa Maju untuk dibaiki.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop tak boleh Power-ON ini, ada beberapa komponen yang perlu diperiksa terlebih dahulu, sebelum menyatakan apa komponen yang rosak.
  1. Bios I.C
  2. Motherboard  Power Komponen contohnya I.C / Diode / Mosfet
  3. Motherboard Chipset 
Untuk disebabkan Laptop ACER ASPIRE 4310 ini, aku dapat mengesan yang kerosakan berpunca dari BIOS  I.C yang telah corrupted. Kerosakkan bukan berpunca dari chipset atau komponen power motherboard.

Hanya cara Flash atau program balik  I.C BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  boleh menyelesaikan masalah ini, jika sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.
Laptop ACER ASPIRE 4310 ini juga ada masalah pada bahagian riben LCD, kerana jika Laptop LCD berada dalam keadaan tertentu, video LCD akan bergoyang.

Masalah ini aku selesaikan dengan menyelit sekeping plastik nipis di bahagian conector kabel LCD. 
Masalah ACER ASPIRE 4310 ini berjaya diselesaikan selepas i.c BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.


Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...