Friday, 24 February 2012

BAIKPULIH ACER ASPIRE 5550 ROSAK DARI KOMPONEN GANTI ACER ASPIRE 3620

Laptop ACER ASPIRE 5550 centrino duo ni kakak aku punya(yang ni kakak Ngah).Sebelum ni aku pernah baiki Laptop kakak aku yang sulung baikpulih Acer Travelmate 4150.

Dia minta tolong aku repair balik laptop ni sebab dah  rosak, dimain oleh anak-anak dia(anak sedara aku).Nak buat macamana, budak-budak memang suka main dengan laptop (sama juga dengan anak aku).

Laptop ACER ASPIRE 5550  ni beli tahun 2005, sudah berusia 7 tahun tapi masih terus hidup tanpa sebarang masalah kerosakkan yang teruk misalnya membabitkan motherboard  atau LCD (laptop ni aku juga yang tolong belikan pada tahun 2005 untuk kak ngah aku).

Cuba korang bandingkan kualiti Laptop pada masa sekarang berbanding Laptop keluaran 2005 kebawah.

Kebanyakkan Laptop keluaran sekarang mudah rosak bila pakai tak sampai 2 tahun.Kenapa perkara ini terjadi?.
KEROSAKKAN
Antara kerosakkan laptop ialah:
  1. Breket pemegang Hinges(Engsel)LCD laptop Kiri patah.
  2. Cover Lid housing LCD Laptop kiri dan kanan (sepasang) telah patah dan pecah.
  3. Wifi antenna kabel(wayar) putus. 
  4. 1 key keyboard Laptop hilang  kerana dicungkil.
  5. Button suis Mousepad kiri dan kanan patah dah susah untuk berfungsi.
  6. Adapter charger original intermitent bekalkan power pada Laptop(kena lipat kabel charger baru-ok)
  7. Suis ON/OFF power button hilang kerana dicungkil.
PEMBAIKKAN 
Pembaikkan dijalankan dari Laptop sparepart 3620 (laptop rosak motherboard dan tiada LCD) yang aku beli (harga boleh tahanla untuk repair laptop lama ni TAPI AGAK BERBALOI DARI BELI PART BY PART yang dijual dikedai atau penjual di internet).

Sebenarnya Laptop Acer Aspire 3620  yang dijadikan sparepart ni hanya sama pada Lid Cover LCD panel, hinges , LCD dan mousepad sahaja.Parts yang lain tak sama.

Jadi cover panel Acer 3620 ni aku hanya pindahkan ganti cover Acer 5550 yang rosak ,berserta sekali dengan Lcd Acer 5550 .Aku beli laptop spareparts ni takda LCD original Acer 3620 (owner lama dah ambil ganti pada Laptop lain yang pecah).

Sebelum ni aku pernah baiki Acer Aspire 3620  juga pecah cover Lid LCD panel.


Buat Suis Button Baru.

Suis ON/OFF power button asal Acer 5550 ni telah hilang kerana dicungkil, dan bila dihantar ke kedai baiki komputer, tukang baiki pegi potong cover power button tu untuk senang capai suis power pada motherboard.

Bila dah buat macamtu, memang la senang nak capai suis power, tapi dah burukkan rupa laptop (dah jadi cacat dan rosak).


Cover Power Suis Acer 3620 memang sama, tapi button tak sama, jadi aku pindahkan button Acer 5550 asal pada cover Acer 3620 serta buat suis power button baru mengunakan gum epoxy.


Ganti Suis Button Mouse Pad Yang Rosak
Mousepad Acer 5550 ni juga rosak dan suis button kiri tak berfungsi, jadi aku pindahkan mousepad button serta suis dari Acer 3620 ke Acer 5550.





SEBELUM & SELEPAS LAPTOP DIBAIKPULIH



Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959



5 comments:

muhian said...

bapak aku pun guna laptop design yang sama model 5610 beli 2005 jugak..memang tahan laptop nih aku tabik betul..cuma speaker je dah slow bunyi jadi pecah2 mungkin dah koyak agaknya..nak cuba repair cara silicon tu.

nak tanya kat nak beli gam epoxy tu?

HAFIZAM said...

Gum epoxy tu kat kedai hardware ada jual, 1 tiub rm9.90, dia banyak jenis, pilih ikut kesusuaian hardware.ok

Deeda said...

salam... saya nak tanye, saya ada beli tablet ainol advanced baru je sebulan pakai... jatuh dan screen retak dan x boleh on. Boleh repair ke? agak2 berapa kos dia? terima kaseh- yangdeeda@yahoo.com

TechTeamHKB said...

salam .. saya ade laptop acer aspire 5550, front cover pecah ..lcd ok..ade stock tak..saya nak beli..

Unknown said...

salam kenal mas
sy nyari casing acer aspire 5540

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...