Friday, 24 February 2012

BAIKPULIH ACER ASPIRE 5550 ROSAK DARI KOMPONEN GANTI ACER ASPIRE 3620

Laptop ACER ASPIRE 5550 centrino duo ni kakak aku punya(yang ni kakak Ngah).Sebelum ni aku pernah baiki Laptop kakak aku yang sulung baikpulih Acer Travelmate 4150.

Dia minta tolong aku repair balik laptop ni sebab dah  rosak, dimain oleh anak-anak dia(anak sedara aku).Nak buat macamana, budak-budak memang suka main dengan laptop (sama juga dengan anak aku).

Laptop ACER ASPIRE 5550  ni beli tahun 2005, sudah berusia 7 tahun tapi masih terus hidup tanpa sebarang masalah kerosakkan yang teruk misalnya membabitkan motherboard  atau LCD (laptop ni aku juga yang tolong belikan pada tahun 2005 untuk kak ngah aku).

Cuba korang bandingkan kualiti Laptop pada masa sekarang berbanding Laptop keluaran 2005 kebawah.

Kebanyakkan Laptop keluaran sekarang mudah rosak bila pakai tak sampai 2 tahun.Kenapa perkara ini terjadi?.
KEROSAKKAN
Antara kerosakkan laptop ialah:
  1. Breket pemegang Hinges(Engsel)LCD laptop Kiri patah.
  2. Cover Lid housing LCD Laptop kiri dan kanan (sepasang) telah patah dan pecah.
  3. Wifi antenna kabel(wayar) putus. 
  4. 1 key keyboard Laptop hilang  kerana dicungkil.
  5. Button suis Mousepad kiri dan kanan patah dah susah untuk berfungsi.
  6. Adapter charger original intermitent bekalkan power pada Laptop(kena lipat kabel charger baru-ok)
  7. Suis ON/OFF power button hilang kerana dicungkil.
PEMBAIKKAN 
Pembaikkan dijalankan dari Laptop sparepart 3620 (laptop rosak motherboard dan tiada LCD) yang aku beli (harga boleh tahanla untuk repair laptop lama ni TAPI AGAK BERBALOI DARI BELI PART BY PART yang dijual dikedai atau penjual di internet).

Sebenarnya Laptop Acer Aspire 3620  yang dijadikan sparepart ni hanya sama pada Lid Cover LCD panel, hinges , LCD dan mousepad sahaja.Parts yang lain tak sama.

Jadi cover panel Acer 3620 ni aku hanya pindahkan ganti cover Acer 5550 yang rosak ,berserta sekali dengan Lcd Acer 5550 .Aku beli laptop spareparts ni takda LCD original Acer 3620 (owner lama dah ambil ganti pada Laptop lain yang pecah).

Sebelum ni aku pernah baiki Acer Aspire 3620  juga pecah cover Lid LCD panel.


Buat Suis Button Baru.

Suis ON/OFF power button asal Acer 5550 ni telah hilang kerana dicungkil, dan bila dihantar ke kedai baiki komputer, tukang baiki pegi potong cover power button tu untuk senang capai suis power pada motherboard.

Bila dah buat macamtu, memang la senang nak capai suis power, tapi dah burukkan rupa laptop (dah jadi cacat dan rosak).


Cover Power Suis Acer 3620 memang sama, tapi button tak sama, jadi aku pindahkan button Acer 5550 asal pada cover Acer 3620 serta buat suis power button baru mengunakan gum epoxy.


Ganti Suis Button Mouse Pad Yang Rosak
Mousepad Acer 5550 ni juga rosak dan suis button kiri tak berfungsi, jadi aku pindahkan mousepad button serta suis dari Acer 3620 ke Acer 5550.





SEBELUM & SELEPAS LAPTOP DIBAIKPULIH



Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959



Monday, 20 February 2012

MASALAH DELL LATITUDE D620/640 LCD BLANKSCREEN

MASALAH
Baru-baru ni aku banyak terima Laptop rosak dari client tetap aku, dia ni kerja kat bahagian maintenance 1 kompeni IT yang terkenal.


Dia jumpa aku untuk baiki masalah Laptop-laptop office dia yang rosak.Biasanya komponi besar ni, kalau laptop rosak , diorang akan lupuskan dan beli baru.


Tapi masalah untuk kompeni client aku ni, budget untuk beli baru takda dan bos dia minta untuk dibaiki.


Kebanyakkan model yang rosak blankscreen ni model DELL LATITUDE D620/640. Laptop ni pakai grafik chipset NVIDIA Quadro NVS 110m sama seperti masalah dengan chipset Nvidia nforce 6000/7000/8400GS.




SOLUTION

Masalah Laptop DELL LATITUDE D620/640 ni adalah, grafik display chipset rosak.Sila tengok carta jadual specsification dibawah.




Teknik Reflow chipset tidak boleh digunakan untuk Laptop DELL LATITUDE D620/640 ini kerana hanya bertahan selama 1 minggu sahaja.Jadi solutionnya adalah kena tukar Nvidia chipset dengan yang baru.


Jadi , jika korang nak beli laptop second sila elak beli model DELL LATITUDE D620/640 - Nvidia chipset ini, kerana masalah overheating chipset biasa berlaku pada model ini.


 Jika berminat nak servis dan baiki boleh call/sms di no 0122411959.


SUMBER:
http://www.notebookcheck.net/Review-Dell-Latitude-D620-Notebook.3491.0.html

TIPS BAIK PULIH & DIY SPEAKER LAPTOP/NETBOOK PECAH/REPUT/TERKOYAK

MASALAH

Masalah Speaker Laptop pecah, koyak atau reput biasa terjadi pada mana-mana Laptop tak kira apa Brand sekalipun.


Biasanya, masalah Speaker koyak ni jika korang selalu set sound speaker korang pada maximum volume (kalau sound slow, memang selau set ke maximum).

Selain itu juga material speaker juga menjadi penyebab masalah kerana biasanya material yang digunakan adalah jenis kertas. Kertas Kon speaker ini akan reput, terkoyak atau berlubang bila laptop sudah berusia.Kadang-kadang serangga (contohnya semut halus) juga menjadi penyebab speaker berlubang.


Cara biasa untuk baiki masalah speaker ini, biasanya adalah mengantikan dengan yang baru atau used.Dan cara penggantian speker ini biasa membabitkan kos antara rm50-rm150 bergantung pada model, penjual atau spaeker tu baru atau secondhand.


Jika model laptop adalah jenis yang susah diperolehi, harganya mungkin melebihi harga angggaran yang aku sebutkan tadi


Jadi boleh ke speaker yang rosak pada Kon dibaiki?.



SOLUTION
Speaker yang rosak Kon masih boleh dibaiki sekiranya kertas kon masih ada pada speaker tu (walaupun dah pecak, koyak)
Laptop ACER ASPIRE 4520 ni rosak speakernya, kertas Kon speaker telah koyak disebabkan reput.Jadi aku cuba baiki masalah spaeker ni.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk baiki Kon Diaphragm Speaker adalah:
  1. Black Silicone Sealant - RM10.00
  2. Berus Lukisan - RM1.00 - 3.00


Masalah speaker pecah pada laptop telah tiada.Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


LINK:
:Blown Speaker

BAIK PULIH ACER ASPIRE 4736G BERMASALAH POWER OFF SENDIRI MASA LOADING WINDOWS

MASALAH
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4736G ni adalah, power Off sendiri semasa loading Windows, tapi jika buka BIOS masalah tu tiada.


Mula-mula, aku ingatkan, masalah overheating pada sistem HSF Laptop ni, jadi aku pun buat senggaraan cuci/servis kipas heatsink (HSF) Laptop.


Tapi masalah masih sama berulang, jadi aku suspek masalah adalah dari komponen motherboard laptop yang faulty atau fail.


 SOLUTION
Jadi aku pun buat checking pada komponen di motherboard, didapati 1 komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail. 


Komponen elektronik yang fail ini terpaksa ditukar dengan yang baru selepas usaha untuk membaikinya gagal.

Masalah pada laptop telah tiada.Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


KERJA BAIK PULIH DAN SENGARAAN SONY VAIO VGN-FZ15G


MASALAH
Masalah Laptop SONY VAIO VGN-FZ15G ni adalah, overheating (panas) dan resolution video/gambar LCD panel jadi besar dan tak boleh adjust ke resolution yang sebenar.

Jadi  owner complaint laptop Sony dia akan panas bila pakai 1-2 jam. 


SOLUTION
Jadi aku pun buat senggaraan cuci/servis kipas heatsink (HSF) laptop.Didapati habuk telah menutupi aliran udara kipas.



Resolution Laptop Sony ini juga telah dibaiki dengan menginstall driver grafik chipset untuk  SONY VAIO VGN-FZ15G yang terbaru.
Masalah overheating pada laptop telah tiada.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Wednesday, 15 February 2012

BAIKPULIH LAPTOP COMPAQ PRESARIO 2500


MASALAH
Masalah Laptop Compaq Presario 2500 ni adalah, tempat skru hinges(engsel) di LID housing Laptop dah pecah/patah.


Jadi bila owner nak tutup atau buka LCD panel, gerakkan panel jadi longggar dan brekat pemegang LCD nak terkeluar dari cover Laptop dan masalah ini jika dibiarkan akan menyebabkan cover atau hinges rosak..


 Laptop ni juga ada problem lain antaranya:

  1. HDD laptop dah rosak (HDD tak detect di BIOS dan windows tak dapat start)
  2. Laptop overheating (Laptop jadi hang dan jadi white screen kadang-kadang).
















SOLUTION
Jadi aku pun buat senggaraan cuci/servis kipas heatsink (HSF) laptop.Didapati 1 kipas tak berfungsi (laptop ni ada 3 kipas).Jadi aku buka komponen kipas tu 1-1, dan didapati ada rambut dah bergulung di bahagian tempat motor kipas.

Tempat skru yang patah pada panel LCD juga telah dibaiki dengan Gum.


Hardisk (HDD) lama yang rosak telah diganti dengan HDD baru.Masalah overheating pada laptop telah tiada.Jika berminat nak servis dan baiki boleh call/sms di no 0122411959.

Wednesday, 8 February 2012

KEPENTINGAN SERVIS CUCI RAM DAN SLOT RAM LAPTOP/PC

Aku nak bantu dan terangkan mengenai macamana cara nak repair/servis RAM Laptop.Mungkin sebelum ni korang pernah tahu cara servis/repair RAM menggunakan pemadam pensil.

Kenapa guna pemadam pensil?, sebab nak hilangkan kesan oxidation pada permukaan kontak RAM (kalau korang perasan, ram yang problem biasanya berwarna gelap berbeza dengan warna RAM baru dan berkeadaan baik yang berwarna gold bersinar).

Bila permukaan RAM dah oxidation (kotor), kontak dah tak bagus pada motherboard.
Tips mengenal RAM Rosak

Macam mana nak tahu Laptop/PC korang tak boleh hidup disebabkan problem RAM?

  1. Laptop/PC yang sebelum ni tiada apa-apa masalah, bila korang ON boleh dengar bunyi  'buzer' 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!', berulang-ulang kali pada speaker semasa Laptop/PC tu baru dihidupkan. 
  2. Laptop/PC yang sebelum ni tiada apa-apa masalah, bila korang ON, LCD/monitor blankscreen takda response hanya power LED yang menyala. 
  3. Laptop/PC yang sebelum ni tiada apa-apa masalah, bila korang ON, LCD/monitor blankscreen takda response tapi key CAPSLOCK dan NUMLOCK blinking.
  4. Korang ada RAM 2 keping misalnya 4GB.Tapi bila korang run windows rasa lembab dari biasa, pergi MyComputer>>System Properties>>Cuba periksa jumlah RAM jika hanya ada 2GB, mungkin salah satu RAM dah problem.

Tips jika tak berjaya baiki guna cara diatas.

Tapi kadang-kadang tak jadi juga dengan cara gosok kontak RAM dengan pemadam pensil.Ada lagi part RAM korang kena cuci iaitu Slot RAM motherboard Laptop/PC.

Slot RAM juga boleh mengalami oxidation (kotor) selain mungkin sebab habuk atau karbon yang terperangkap.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk cuci adalah:
  1. Alcohol pencuci head CD/DVD Rom - rm5.00
  2. Berus Lukisan - rm1.00
Sebenarnya korang boleh juga guna Contact Cleaner.Tapi cara yang aku ajar tu lagi murah.Kos tak sampai rm10.
Cuba korang ikut  tips dan cara yang aku bagi  ni. Kalau Laptop/PC korang hidup, jimatlah duit korang dari hantar repair dikedai repair. 

Kalau masih problem , cuba buat 2-3 kali.Jika masih problem, cuba cari RAM dengan pinjam dari rakan untuk pastikan kerosakkan memang berpunca dari RAM yang faulty (Ram rosak memang biasa juga terjadi disebabkan kerosakan dari chip RAM dan biasanya cara paling murah dan cepat dengan menganti dengan yang baru).

Jika dah pasti kerosakkan, baru beli RAM yang baru (kalau RAM komputer seperti DDR2/DDR3 rasanya sudah murah buat masa sekarang).

Aku harap tips ni, dapat membantu korang untuk menyelesaikan masalah Laptop/PC.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...