Monday, 25 February 2013

BAIKPULIH ACER ASPIRE ONE AO150 BERMASALAH BLANKSCREEN

MASALAH
Masalah yang selalu dialami Netbook Acer Aspire One biasanya adalah masalah blankscreen.

Bila power-on, Netbook boleh hidup, tapi kat screen tak keluar apa-apa (netbook tak POST pun).

Bila test dekat external monitor juga, tiada apa-apa yang keluar .

SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati kemungkinan bios corupted telah terjadi pada netbook ini.

Cara Untuk Flash Bios Acer One Jika Berlaku Masalah Blankscreen :
  1. Pasang USB pendrive pada Komputer yang running Windows. 
  2. Open My Computer. 
  3. Right-click pada USB Drive dan pilih Format.
  4. Pilih untuk File system pendrive kepada FAT32 dan tekan Start. 
  5. Selepas format dah siap download BIOS terbaru untuk netbook korang di ftp://ftp.acer-euro.com/netbook/aspire_one_110/bios atau dari alternative download location yang lain..
  6. Buka ZIP file yang korang dah  downloaded (guna winrar atau 7zip) dan copy semua  files tu pada USB pendrive:  > FLASHIT.EXE  > 3309.FD (nama BIOS mungkin berbeza berdasarkan model) 
  7. Di usb pendrive, rename BIOS file (3309.FD) kepada ZG5IA32.FD 
  8. Cabut atau remove USB pendrive dari komputer korang, cucuk pada usb port netbook Acer One yang bermasalah.
  9. Tekan key Fn dan Esc secara serentak.Tekan key tersebut serentak dan tekan power-on button. Release Fn+Esc selepas beberapa saat. Kalau korang perasan led pendrive akan blinking semasa kaedah ini dilakukan. 
  10. Semasa kaedah ini dilakukan Acer Aspire One akan access  file bios firmware didalam pendrive yang korang buat tadi dan  flashing Bios firmware baru pada IC EEPROM Bios. 
    Selepas beberapa ketika, led pendrive akan berhenti blinking dan netbok Acer one akan reboot dengan sendiri.

Lakukan dengan hati-hati, serta sila pastikan bios file yang korang masukkan di pendrive adalah untuk model yang betul.

Jika silap cara yang digunakan, kemungkinan netbook Acer tersebut akan bermasalah tak dapat detect usb pendrive, jika masalah ini terjadi,korang terpaksa buka casing netbook dan cabut IC EEPROM bios netbook untuk flash menggunakan EEPROM programmer

Perlu diberi perhatian cara diatas hanya untuk netbook Acer One sahaja, untuk laptop atau netbook brand lain, ada cara recovery bios dia yang tersendri serta step-step nya berlainan.Sila jangan keliru atau cuba cara yang aku terangkan diatas  pada Laptop atau Netbook brand atau model yang berlainan.

Harap post ini membantu dan Selamat mencuba.Tapi disini aku ingin beri Amaran jangan cuba pada Laptop yang tiada mengalami masalah BIOS, dan aku tidak bertangungjawab jika Laptop korang mengalami kerosakan atau masalah selepas membuat TIPS yang aku terangkan ini.

Netbook berkeadaan baik, selepas  EEPROM bios di program balik semula. .Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959



Thursday, 21 February 2013

MEMAHAMI KEPENTINGAN DAN FUNGSI HEATSINK LAPTOP

Apa fungsi heatsink pada komputer?, fungsinya adalah untuk membantu penyebaran kepanasan yang terhasil dari processor atau chipset  tersebar dengan lebih efisien.  

Banyak pengguna tidak memahami kepentingan heatsink bagi processor serta chipset didalam PC serta Laptop/Notebook mereka.

Dan lebih parah lagi, ada tukang baiki komputer yang tidak memahami kepentingan serta fungsi heatsink ini.

Terutama untuk Laptop, ramai yang tidak menyedari yang  sistem penyejukan Laptop mereka bukan hanya membuang udara panas dari dalam Laptop seperti sistem penyejukkan PC yang biasa kita jumpa.

Sistem  penyejukan Laptop sebenarnya adalah lebih  sophisticated dari sistem penyejukkan Komputer PC. 

Sistem  penyejukan Laptop (kipas serta heatsink pipe) telah didesign dengan teliti dengan mengira kepanasan yang dikeluarkan oleh Processor, Chipset , GPU, Motherboard serta Hardisk dan Ram oleh jurutera komputer semasa pembuatan laptop korang. 

Sistem  penyejukan Laptop menggunakan heat pipe, jika korang buka dalaman laptop, korang akan perasan ada batang paip tembaga pada kipas.

Perlu di fahami bahawa heat pipe tembaga ini, bukan kosong atau hanya batang tembaga  tanpa fungsi kerana didalam heatpipe ini ada cecair yang akan bertukar menjadi gas bila ia dipanaskan.

Prinsip heat pipe heatsink Laptop adalah sama dengan prinsip  yang ada Airconditioner atau Peti ais di rumah korang.

Cuba lihat gambar di bawah ini.

Jadi jika terjadi kebocoran pada heatsink hingga menyebabkan gas keluar akibat masalah kimpalan heatsink yang tak tahan tekanan atau heatsink terlalu nipis adalah amat mustahil untuk korang repair atau buat heatsink atau tambah heatsink baru sendiri untuk Laptop korang.Jadi pembaikpulih hanya dapat dilakukan dengan beli heatsink yang sama dengan original.

Jadi jika, pengilang tersalah design atau sengaja bekalkan sistem penyejukkan yang berkualiti rendah.Laptop atau komputer korang akan mengalami masalah overheting atau masalah power-off dengan sendiri. Masalah yang menyebabkan processor dan grafik chipset mengalami panas melampau boleh menggangu prestasi Laptop/PC serta memendekkan jangka hayat Laptop/komputer korang kerana disebabkan chipset boleh rosak.

MASALAH
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4740 ini  boleh Power-On.Tapi selepas loading windows, jika tengok movie atau guna software berat sikit, Laptop akan shutdown dengan sendiri.

Aku install software Open hardware serta HW monitor untuk melihat suhu Processor dan didapati amat panas iaitu  92c dalam keadaan idle tanpa buat apa-apa kerja.Suhu mencapai lebih 100c jika tengok movie.Jadi Laptop ada masalah overheating.

Sebenarnya owner, telah hantar pada kedai di Imbi Plaza, tapi masalah masih terjadi lagi setelah guna Laptop ini tidak beberapa lama kemudian.Jadi dia cuba cari tempat repair di internet dan terjumpa blog ini.


SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati kabel kipas asal laptop telah dipotong dan voltan untuk kipas telah di by-pass untuk kipas sentiasa berpusing.

Tapi masalahnya, kabel kipas yang diby-pass tersebut putus di tengah menyebabkan kipas tak berfungsi.
Setelah aku baiki balik kabel kipas seperti dengan yang original, masalah overheating pada processor, masih berlaku dan Laptop masih autoshutdown.

Jadi disini, bermakna pembaik pulih sebelum ini, gagal untuk mengesan masalah sebenar Laptop ini iaitu kerosakkan pada heatpipe heatsink yang bocor.
Laptop berkeadaan baik setelah heatsink baru dipasang.Jika berminat nak baiki  masalah  yang terjadi pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.



TIPS BAGI MENAMBAH HARDISK KE DUA PADA LAPTOP

Salam, pada Post untuk kali ini, aku nak perkenalkan accessories Laptop yang agak berguna jika korang ingin menambah bilangan hardisk laptop korang yang sedia ada tanpa perlu menggunakan external hardisk.

Nama untuk  accessories Laptop ini adalah  Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter.

Biasanya untuk Laptop atau notebook, bilangan hardisk yang boleh digunakan didalam  adalah 1 sahaja, kecuali untuk Laptop kategori High End yang  dapat menggunakan 2 hardisk didalam Laptop.

Dengan menggunakan hardisk caddy yang berbentuk CD/DVD Laptop ini, korang dapat menambah kapasiti asal Laptop, terutamanya untuk Laptop lama yang hanya dapat menggunakan maximum 160GB  Kapasiti hardisk laptop.Ataupun jika korang hadapi masalah mencari Hardisk baru jenis Type IDE untuk mengganti hardisk lama yang rosak, accessories ini amat berguna.

Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ada 2 jenis interface, IDE atau SATA.Jadi jika korang nak guna  accessories pastikan korang tahu interface  DVD/CD drive serta hardisk yang ingin korang pasang untuk secondary terlebih dahulu.

Cara gunanya senang sahaja, pasang hardisk secondary yang ingin dipasang ke dalam caddy ini.Buka DVD/CD drive dan slot kan sahaja  accessories ini ke dalam compartment CD/DVD Laptop ini. 

Tapi dengan menggunakan Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ini, korang terpaksa mengorban CD/DVD Laptop kerana ruang untuk hardware telah digunakan bagi accessories ini.

Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ini juga dapat merendahkan temperature dalaman keseluruhan serta tempreture hardisk itu sendiri.

Perubahan kedudukan hardisk ini  juga untuk sesetengah Laptop yang mempunyai design Hardisk terletak terlalu dekat dengan Heatsink serta Kipas Processor Laptop amat membantu mengurangkan masalah overheating.Caranya adalah dengan memindah hardisk asal ke  Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ini.Contoh


BAIKPULIH DELL INSPIRON N4030 TAK BOLEH POWER-ON & ADAPTER CHARGER OFF SENDIRI BILA SAMBUNG KE LAPTOP

MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N4030 ini langsung tak boleh Power-On.Apabila  jack dari adapter charger Laptop disambung ke connector Laptop. Led indicator adapter power charger akan mati dan bila ditest mengunakan multimeter pada jack power adapter, tiada arus elektrik yang mengalir(voltan tiada). Masalah ini terjadi walaupun guna adapter yang lain.

Mula-mula owner, telah hantar pada beberapa kedai, tapi dia tidak setuju dengan harga yang di minta oleh kedai-kedai tersebut  yang menurutnya terlalu tinggi seperti harga tukar motherboard laptop baru.Jadi cuba cari tempat repair di internet dan terjumpa blog ini.

Masalah ini seakan sama dengan kerosakkan pada Laptop Dell Latitude 510m yang pernah aku baiki dulu. Boleh lihat di Link ini.

TROUBLESHOOTING
Jadi, aku suspek masalah adalah berpunca di motherboard kerana semua charger Laptop Dell yang ditest di matikan oleh laptop ketika disambung. Untuk masalah shorting ini, beberapa hardware yang perlu diperiksa, antaranya:

  1. CPU / RAM / ADAPTER CHARGER diperiksa berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect ada komponen di motherboard yang shorting pada bahagian blok(bahagian) litar pembahagi kuasa.
  2. Untuk mencari komponen yang bermasalah tersebut, Laptop ini, aku lakukan pemeriksaan dengan menyeluruh  (bukak casing housing Laptop) dengan hanya tinggal motherboard sahaja. 
  3. Bahagian Komponen Power blok(bahagian) litar pembahagi kuasa  perlu di buka & di periksa satu per satu untuk mencari punca kerosakan ini.
SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati ada komponen pada bahagian litar pembahagi kuasa motherboard Laptop tu yang telah rosak.Jadi kena GANTI komponen elektronik YANG TELAH ROSAK tersebut
Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.


Tuesday, 5 February 2013

TIPS DIY LAPTOP KEYBOARD KEY RETAINER PATAH TIP

MASALAH
Masalah laptop tercabut huruf atau  kaki dekat retainer pin tip patah ini biasa berlaku, terutama jika ada anak kecil.

Memang agak susah nak dapat retainer ni, setiap model laptop mempunyai keyboard yang berbeza dan key Cap serta key retainer juga mempunyai design dan ukuran yang berbeza.Kena cari model yang sama dengan laptop korang.

Untuk cari key cap serta key retainer ini, korang boleh cuba survey kedai Komputer / Laptop yang terdekat yang ada simpan keyboard rosak.

Dari pengalaman aku, biasanya kedai ada simpan keyboard rosak bila tukarkan keyboard custemer melainkan custemer tu mintak balik keyboard yang rosak tu.

Tapi sebabkan kerosakkan sebegini sebenarnya ada market, dorang akan mark up harga   key cap serta key retainer ni. Ada yang jual satu butang jugak, tapi harga dalam rm 30++. kadang-kadang ada yang jual murah rm10.Tapi kalau model yang rosak adalah model yang jarang orang guna, harga agak mahal atau kena tukar dengan keyboard baru kos antara rm80-rm120 bergantung pada model laptop. 

SOLUTION
Jadi, pada Post kali ini, aku nak bagi tips bagaimana nak baiki masalah Key Cap Retainer patah tip.

BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN:
1.Mini Drill serta mata Drill 0.6mm
2.Jarum Peniti
3.Gam UHU

Mula-mula sekali korang buka Key cap dan cungkil key retainer yang rosak tu.Buat berhati-hati, supaya retainer tidak terlebih rosak lagi.

Retainer key ada 2 bahagian buka kedua-dua bahagin ini.Ambil mini Drill, korang drill kat tempat tip yang rosak tu.

Drill akan buat lubang kecil yang akan muat Jarum peniti. Masukkan Jarum yang korang lumurkan gam UHU tu dan potong Jarum mengguna kan Cutter ke size Tip yang dikehendaki. Siap.

Cara lain selain cara DIY yang aku terangkan tadi, adalah ambil bahagian  key cap serta key retainer yang jarang digunakan pada keyboard laptop dan gantikan pada Key yang rosak tadi.

Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.




CONTOH LAIN UNTUK BAIKI KEROSAKKAN KEYBOARD


Cara diatas adalah bagaimana nak DIY kerosakkan jika rubber cap key hilang sebab dicungkil.Korang kena cari keyboard rosak dan ambil cap serta gam kan pada bahagian keyboard yang rosak itu.





Monday, 4 February 2013

BAIKPULIH ASUS A3500E PATAH BAHAGIAN HINGES

MASALAH
Masalah Laptop ASUS A3500E ini adalah patah di bahagian skru pemegang Hinges/Engsel Panel LCD.

Sebelum ini, owner telah hantar repair di Kedai yang lain, tapi masalah terjadi lagi, kerana gam yang digunakan tidak dapat menahan tekanan dari Hinges LCD laptop.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah ini aku akan guna gam epoxy dengan penambahan beberapa skru untuk memegang  Hinges pada Panel LCD.  

Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

BAIKPULIH DELL VOSTRO 1200 MASALAH FREEZE / AUTOSHUTDOWN / BLANKSCREEN / TAK CHARGING


MASALAH
Start dari tahun lepas, aku banyak terima  masalah Laptop DELL VOSTRO 1200 yang boleh Power-On.Tapi FREEZE / HANG / BLANKSCREEN / NO DISPLAY masa guna Windows atau masa startup Windows.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah  di atas berpunca dari kegagalan voltan ( Voltage Core ) yang seharusnya dibekalkan pada  Processor. Jika Processor tidak menerima voltan ( Voltage Core ) yang sepatutnya, masalah-masalah yang aku sebutkan akan terjadi.

Masalah dapat dibaiki dengan menukar komponen yang membekalkan  voltan ( Voltage Core ).
 Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

BAIKPULIH DELL VOSTRO V131 MASALAH FREEZE DAN MULIPLE BSOD

MASALAH
Masalah Laptop DELL VOSTRO V131 ini boleh Power-On.Tapi FREEZE / HANG masa guna Windows atau masa startup Windows.

Laptop ini juga mempunyai masalah BSOD (Blue Screen Off Death) yang teruk (multiple).

SOLUTION
Biasanya untuk masalah BSOD (Blue Screen Off Death) serta hang ni, aku suspek Ram atau Hardisk yang menjadi punca dan  penggantian Ram serta Hardisk baru adalah penyelesaian yang paling sesuai jika hardware yang disebutkan tidak dapat dibaiki.
Jika benar, hardware yang aku sebutkan bermasalah .Korang jangan panik dan terburu-buru untuk terus gantikan Ram serta Hardisk baru (ini last option) atau terus bawa ke Pembaik pulih/Kedai Komputer.Cuba check Error Code yang dikemukakan oleh BSOD (Blue Screen Off Death) tersebut.Sila rujuk disiniBSOD Chart

Laptop DELL VOSTRO V131 ini telah digantikan dengan Hardisk yang baru kerana yang lama tidak dapat diselamatkan.Laptop heatsink juga telah dicuci dan diservis. 

Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.


BAIKPULIH SONY VAIO PCG-6QPP MASALAH POWER-ON

MASALAH
Masalah Laptop SONY VAIO PCG-6QPP ini, Laptop tak boleh Power-ON, tekan suis power start button  laptop tak hidup, Led start button serta status lain tidak menunjukkan apa-apa.

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi dengan tiba-tiba.


SOLUTION
Tapi masalah laptop ini adalah masalah chipset GPU Nvidia yang bermasalah overheating .

 Jika berminat nak baiki  masalah  Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...