Salam, pada Post untuk kali ini, aku nak perkenalkan accessories Laptop yang agak berguna jika korang ingin menambah bilangan hardisk laptop korang yang sedia ada tanpa perlu menggunakan external hardisk.
Nama untuk accessories Laptop ini adalah Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter.
Nama untuk accessories Laptop ini adalah Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter.
Biasanya untuk Laptop atau notebook, bilangan hardisk yang boleh digunakan didalam adalah 1 sahaja, kecuali untuk Laptop kategori High End yang dapat menggunakan 2 hardisk didalam Laptop.
Dengan menggunakan hardisk caddy yang berbentuk CD/DVD Laptop ini, korang dapat menambah kapasiti asal Laptop, terutamanya untuk Laptop lama yang hanya dapat menggunakan maximum 160GB Kapasiti hardisk laptop.Ataupun jika korang hadapi masalah mencari Hardisk baru jenis Type IDE untuk mengganti hardisk lama yang rosak, accessories ini amat berguna.
Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ada 2 jenis interface, IDE atau SATA.Jadi jika korang nak guna accessories pastikan korang tahu interface DVD/CD drive serta hardisk yang ingin korang pasang untuk secondary terlebih dahulu.
Cara gunanya senang sahaja, pasang hardisk secondary yang ingin dipasang ke dalam caddy ini.Buka DVD/CD drive dan slot kan sahaja accessories ini ke dalam compartment CD/DVD Laptop ini.
Tapi dengan menggunakan Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ini, korang terpaksa mengorban CD/DVD Laptop kerana ruang untuk hardware telah digunakan bagi accessories ini.
Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ini juga dapat merendahkan temperature dalaman keseluruhan serta tempreture hardisk itu sendiri.
Perubahan kedudukan hardisk ini juga untuk sesetengah Laptop yang mempunyai design Hardisk terletak terlalu dekat dengan Heatsink serta Kipas Processor Laptop amat membantu mengurangkan masalah overheating.Caranya adalah dengan memindah hardisk asal ke Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ini.Contoh
2 comments:
berapa harga adaptor ni bang? - zul
Adapter ni harga dalam rm50 rasanya.
Post a Comment