Saturday 21 January 2012

MENGENAL TANDA LCD LOGIC CONTROLLER BOARD ROSAK



Macamna nak kenal kerosakkan LCD logic controller, kat bawah ni ada contoh video untuk korang tengok, dan bandingkan dengan kerosakkan laptop korang.Antara tanda-tanda kerosakkan board LCD:
  1. Lcd flashing white screen (dari normal ke white screen)
  2. Lcd video pixel melompat dan bergetar
  3. Lcd keluar line (1line atau berline(pelangi line))
Masalah LCD flashing jadi putih ni biasanya terjadi pada laptop yang telah digunakan lebih dari 2 tahun. LCD controller yang kawal pixel video LCD belakang panel LCD dah spoill.biasa terjadi pada LCD crystal bright (Masalah ni terjadi pada LCD lama yang jenis plain tapi dalam jangka masa 5-6 tahun juga).Biasanya masalah ni kena tukar LCD panel baru (kos dalam rm350 -300 + waranty + installation untuk yang baru).

Tapi perlu diingat kan, kalau Laptop korang pakai chipset NVIDIA atau ATI, jika LCD laptop jadi gambar pelik atau white screen kemungkinan chipset display laptop korang mungkin dah spoil/faulty.


ACER ASPIRE 4710 FLASHING WHITE SCREEN

SEBELUM BAIKI

SELEPAS BAIKI



Kalau nak tau adakah GPU tu yang problem atau LCD yang problem ada 2 cara, korang boleh guna,
  1. Test LCD dengan LCD lain (LCD tester, yang pecah pun takpa) yang diketahuai ok
  2. Test guna external monitor pada jack projector untuk detect masalah ni, sepatutnya jika chipset problem external akan keluar video yang pelik juga.
  3. Check ram,kadang -kadang ram pun boleh jadi penyebab masalah ini.

Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


Untuk contoh kerosakkan lain sila ke post ini:

Wednesday 18 January 2012

BAIKPULIH LCD LAPTOP/MONITOR YANG CALAR(SCRATCH)


LCD calar biasa terjadi, akibat kecuain atau faktor lain (mungkin anak nakal).Boleh ke masalah ini di baikpulih?

Boleh! dan ada beberapa cara boleh digunakan walaupun mungkin bukan 100% dapat hilang kesan calar tu.

Ada beberapa cara nak baikpulih masalah calar pada LCD panel ni.Antaranya

CARA 1:
Korang boleh guna vaseline(PETROLEUM JELLY) yang buat basahkan bibir tu (boleh beli kat guardian).Sapu vaseline tu kat kawasan calar tu sampai puas hati.

Lepas  tu korang lapiskan panel tu dengan screen protector (boleh beli kat kedai komputer).

                       +                


CONTOH


CARA 2:
Guna displex scratch display polish serta kertas pasir (cara ni agak merbahaya, jika calar tu tak dalam, guna displex sahaja).CD/DVD scratch remover juga boleh digunakan.Cara-caranya





  1. Tutup kawasan calar dengan musking tape.Ini supaya hanya kawasan yang calar sahaja yang terbabit dalam kerja baikpulih polish dan elakkan kawasan yang lain dari sebarang kerosakkan.
  2. Letakkan Displex pada LCD display yang calar.
  3. Dengan lembut polish kawasan calar/scratches dengan pad kapas yang bersih dan lembut atau guna kain lembut.
  4. Ulang kawasan yang calar/ scratches sehingga calar hilang.
  5. Untuk calar yang dalam guna kertas pasir dulu (gred paling halus-yang dalam gambar aku guna gred 1000).Gosok perlahan-lahan,selepas tu guna cara yang aku cerita sebelum ini.
  6. Gosok hingga puas hati, tapi kalau rasa lambat boleh guna mini drill untuk polish, selepas tu lapik dengan screen protector seperti yang aku cara 1.











Sumber:





BAIKPULIH ACER ASPIRE 4715Z MASALAH BSOD / RESTART /HANG DAN OVERHEATING


MASALAH

Laptop ACER ASPIRE 4715Z ini problem dia, masalah overheating , selalu hang dan selalu kena windows BSOD,bila laptop buat kerja lebih sikit macam install software atau kadang-kadang  windows loading boleh hang dan restart .

Dari kes ini, aku dapati masalah berpunca dari sistem kipas laptop yang tak berfungsi telah menyebabkan pengaliran udara tiada untuk mengeluarkan kepanasan dari heatsink dan didapati 1 Ram laptop telah rosak (laptop ni ada 2 keping Ram).

Jadi aku tukar kipas baru dan cuci semua habuk yang terkumpul, dan ram yang rosak dikeluarkan dan hanya 1 Ram asal yang ok digunakan.







Jika berminat nak baiki laptop boleh hubungi hafizam di 0122411959

Wednesday 11 January 2012

BAIKPULIH KEROSAKKAN PADA HINGES(ENGSEL) LCD LAPTOP


Laptop korang pernah rosak tak pada engsel/hinges Lcd.Masalah ni biasa terjadi pada Laptop.Aku biasa jumpa masalah ni pada semua brand Laptop seperti Acer, Dell , Compaq, HP, Asus dan dari survey kat internet juga terjadi pada Apple MacBook Pro serta Alienware.

Di post blog kali ni,aku nak cerita rosak hinges yang bukan disebab oleh factor kecuaian owner atau anak yang nakal pijak atau jatuhkan Laptop  (yang ni memang confirm patah selain benda lain juga akan rosak).

Korang nak tahu tak, yang masalah engsel ni memang akan rosak walaupun korang pakai dengan cermat dan teliti, ini kerana hinges-engsel ni juga perlu diservis.

Penyebab terjadi masalah ini adalah kualiti material yang digunakan oleh pengeluar laptop untuk menghasilkan Hinges untuk Laptop keluaran mereka tak dapat menangung beban tekanan serta geseran dari gerakkan buka dan tutup Laptop yang kerap.Masalah ini akan berlaku perlahan-lahan, biasanya dengan 2 tahun pemakain Laptop.
Adakah hinges yang rosak ni boleh di baik pulih?,.Biasanya jika korang hantar laptop yang rosak hinges pada kedai baik pulih komputer, biasanya technician kedai akan cakap kena tukar baru.jawapan itu separuh betul, ini kerana kena tengok pada keadaan teruk kerosakkan hinges tu dan kena tengok pada budget korang la untuk baik pulih.Ada kerosakkan hinges pada kedudukan yang critical dan ada kerosakkan yang minor sahaja.

Kerosakan pada kedudukan yang critical biasanya pada tempat hinges tu bergerak.dan kedudukan yang minor adalah tempat selain dari yang bergerak.

Ada 2 jenis meterial logam yang digunakan oleh pengeluar untuk menghasilkan hinges Laptop keluaran mereka:
  1. Jenis besi (keras/ susah nak crack/ susah nak rosak) -tapi bila rosak, hinges akan jem dan terlalu ketat dan akan merosakkan Lid housing LCD, serta mungkin LCD panel Laptop.
  2. Jenis Alloy (lembut,/senang nak crack/ selalu rosak) -tapi bila rosak, hinges akan jadi longgar
Macamana nak kesan kerosakkan pada hinges/engsel Laptop.Ada beberapa tanda /tips mudah yang boleh diikuti:
  1. Masa nak buka atau tutup Lcd Laptop akan terasa ketat serta berbunyi 
  2. Ada retakkan halus pada cover housing Lid LCD di kawasan hinges/engsel diskru.
Apa akibat dari kerosakkan hinges/engsel.Kerosakkan ini akan menyebabkan Lid cover LCD Laptop crack atau pecah selain pemegang hinges laptop patah/pecah serta paling teruk LCD Laptop itu sendiri boleh pecah.kerana bila gerakkan terlalu ketat, paksaan akan terjadi semasa hendak tutup atau buka, ini boleh menyebabkan LCD patah dan jika terlalu longgar LCD tak stabil dan mungkin akan selalu terjatuh kebelakang atau kedepan dan masalah ni boleh menyebabkan LCD panel rosak..
  1. Lid cover LCD pecah/crack

Apa yang perlu kita buat untuk menjaga hinges Laptop dari cepat rosak!
  1. Sila letak/sapu minyak gris atau minyak mesin jika terasa ada tanda-tanda yang aku sebutkan (tapi jika korang dah baca post ni sila periksa hinges laptop masing-masing, lebih baik mencegah dari berlaku sebelum rosak).

BAIKPULIH HINGES YANG ROSAK ATAU PATAH
Kerosakkan pada tempat critical(tempat gerakkan engsel) boleh dibaiki, tapi memerlukan kepakaran dan kebolehan kreativiti pembaik pulih, kalau korang suka aktiviti modified atau Mcgyver memang ada jalan nak baiki kerosakkan seperti yang disebut. Contoh adalah gambar dibawah ini.



Hinges Patah Kawasan Kritikal 



Hinges Patah Bukan Kawasan Kritikal 

Baik pulih seperti diatas ini hanya jika, budget baiki untuk tukar hinges baru, mahal dan parts ganti amat sukar diperolehi, disebabkan Laptop model lama atau jarang dipakai

Tapi bukan semua kerosakkan hinges/engsel boleh dibaik pulih, jika kerosakan kritikal atau model Laptop senang diperolehi (parts banyak, harga akan murah), baik tukar baru sahaja.

Tapi jika untuk Laptop yang jarang orang pakai, parts akan mahal dan option untuk baiki boleh dipertimbangkan.

Jika berminat nak baiki Laptop/Pc boleh hubungi aku di 0122411959.

Sumber:




http://lorenz.co.nz/2008/06/30/how-to-fix-a-broken-laptop-hinge

Thursday 5 January 2012

BAIKPULIH ACER ASPIRE 4741 MASALAH OVERHEATING DAN TEMPAT PEMEGANG HINGES PATAH


MASALAH

Laptop ACER ASPIRE 4741 ini problem dia, masalah overheating , bila laptop buat kerja lebih sikit macam main games atau buat recovery data, Tempeture/haba Laptop akan menjadi terlalu panas/tinggi dan laptop akan shutdown sendiri dan tak boleh ON untuk beberapa ketika sehingga suhu Laptop berada dalam keadaan sejuk sedikit.

Dari kes ini, aku dapati masalah berpunca dari sistem HFS yang problem dan didapati habuk didalam housing kipas laptop telah menghalang pengaliran udara dari mengeluarkan kepanasan dari heatsink.

Jadi aku servis kipas dan cuci semua habuk yang terkumpul,tetapi masalah shutdown sendiri masih ada juga. 
Selepas penelitian dibuat, didapati copper heatsink pipe plate tak menyentuh dengan sempurna pada processor serta Gpu chipset.Jadi penambahan di laku pada bahagian ini.

SOLUTION: 
ACER ASPIRE 4741 ini juga ada masalah tempat pemegang hinges sebelah kiri patah dan akibatnya housing penutup laptop juga patah.Masalah Laptop dapat dibaiki dan berkeadaan baik. 





DATABASE PROBLEM LAPTOP/NETBOOK YANG DIKETAHUI & TIPS MEMBAIKI (UNTUK SEMUA BRAND DAN MODEL)

ASUS  X42D (i7 / i5 /AMD Turion)
Masalah yang selalu dialami
1) Laptop blank screen, kipas hdd led semua menyala, tapi skrin tak keluar apa-apa
Penyebab Kerosakkan
1) Overheating AMD-ATI display chipset
Penyelesaian Masalah.
1) Chipset GPU perlu di tukar dengan chipset yang baru, reflow chipset hanya boleh hidupkan laptop untuk sementara sahaja.
2) Buat servis cuci sistem HFS(kipas) secara berkala (6bulan sekali) untuk elakkan overheating, sila monitor suhu laptop
ASUS Eee PC 1201T (AMD ATHLON NEO- MV)
Masalah yang selalu dialami
1) Laptop blank screen, kipas hdd led semua menyala, tapi skrin tak keluar apa-apa.
Penyebab Kerosakkan
1) Overheating RS780M/RS780MN (Radeon HD 3200 Graphics) chipset
Penyelesaian Masalah.
1) Chipset RS780M/RS780MN (Radeon HD 3200 Graphics) perlu di tukar dengan chipset yang baru, reflow chipset hanya boleh hidupkan laptop untuk sementara sahaja.
2) Buat servis cuci sistem HFS(kipas) secara berkala (6bulan sekali) untuk elakkan overheating, sila monitor suhu laptop
ASUS Eee PC 1001P
Masalah yang selalu dialami
1) No Power, adapter charger blinking. 

ASUS Eee PC 1215b / 1215N / 1215T 
Masalah yang selalu dialami
1) Touchpad netbook problem intermittent/kadang-kadang tak berfungsi untuk seketika.
Penyebab Kerosakkan
1) Masalah grounding pada touchpad
Penyelesaian Masalah.
1) Buka, netbook dan cuba isolate grounding di bahagian touchpad / buka aluminum tape touchpad dan buat grounding pada body Laptop-Touchpad
ASUS  G73JH-A1
Masalah yang selalu dialami
1) Touchpad Laptop problem intermittent/kadang-kadang tak berfungsi untuk seketika.
Penyebab Kerosakkan
1)Masalah grounding pada touchpad
Penyelesaian Masalah.
1)Buka, Laptop dan cuba isolate grounding di bahagian touchpad / buka aluminum tape touchpad dan buat grounding pada body Laptop-Touchpad

ACER ASPIRE 4738G
Masalah yang selalu dialami
1) Laptop boleh Power-On, tapi dalam masa 2-3 minit power auto shutdown, masalah blankscreen, masalah overheating.
2) Hardisk mudah kong (bad sector)
3) Wifi adapter (built-in) mudah rosak
Penyebab Kerosakkan
1) -
Penyelesaian Masalah.
1) Buat senggaraan secara berkala cuci heatsink serta kipas laptop.
2) Update bios version jika ada release yang baru dari website manufacture

ACER ASPIRE ONE
Masalah yang selalu dialami
1) Netbook tak boleh boot, boleh Power-On, masalah blankscreen.
Penyebab Kerosakkan
1) Eeprom IC bios di Motherboard corupted.
Penyelesaian Masalah.
1) Reflash bios baru link atau ganti IC Eeprom bios baru.
ACER ASPIRE 4535
Masalah yang selalu dialami
1) Laptop blank screen, kipas hdd led semua menyala, tapi skrin tak keluar apa-apa.
Penyebab Kerosakkan
1) Overheating AMD-ATI display chipset
Penyelesaian Masalah.
1) Buat servis cuci sistem HFS(kipas) secara berkala (6bulan sekali) untuk elakkan overheating, sila monitor suhu laptop.
2) Jika Acer Aspire 4535 ni blankscreen tanpa boleh post bios, boleh cuba cara flash bios guna bios recovery (ini hanya temporay solution, masalah sebenar adalah GPU chipset overheating).
ACER ASPIRE 6920 / 6920G 
Masalah yang selalu dialami
1) Bila Loading Windows jamm atau hang, LCD screen keluar gambar pecah-pecah
2) Laptop Autorestart atau Autoshutdown
Penyebab Kerosakkan
1) Komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail/faulty.
Penyelesaian Masalah.
1)Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah
ACER ASPIRE 5920G
Masalah yang selalu dialami
1) No Display, No Power, Cannot Charging, adapter charger blinking
Penyebab Kerosakkan
1) Ada komponen kat bahagian power di mothrboard laptop, shorting atau fail
Penyelesaian Masalah.
1) Tukar atau ganti komponen kat bahagian power di motherboard laptop yang, shorting atau fail
ACER ASPIRE 5750
Masalah yang selalu dialami
1) Laptop tak boleh boot, boleh Power-On, tapi 5sec Power-Off.
Penyebab Kerosakkan
1) Bateri CMOS-Rtc motherboard dah faulty/kong.
Penyelesaian Masalah.
1) Tukar Bateri CMOS-Rtc baru.
ACER ASPIRE 4935
Masalah yang selalu dialami
1) Laptop Autorestart atau Autoshutdown
Penyebab Kerosakkan
1) Komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail/faulty.
Penyelesaian Masalah.
1) Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah.
ACER ASPIRE 4937G
Masalah yang selalu dialami
1) Apabila  Power -ON button, kipas pusing elok sahaja.
 LCD skrin tiada dsplay.Bila cuba pada external monitor lain, tak keluar display

2) Laptop Autorestart atau Autoshutdown
Penyebab Kerosakkan
1) Vcore untuk Processor telah fail / faulty.
Penyelesaian Masalah.
1) Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah

ACER ASPIRE 2920
Masalah yang selalu dialami
1) Bila Loading Windows jamm atau hang, LCD screen keluar gambar pecah-pecah
2) Laptop Autorestart atau Autoshutdown
Penyebab Kerosakkan
1) Komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail/faulty.
Penyelesaian Masalah.
1) Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah.
ACER ASPIRE 4310
Masalah yang selalu dialami
1) Laptop mengalami masalah LCD whihe screen (WSOD)
Penyebab Kerosakkan
1) LCD laptop telah fail/faulty
Penyelesaian Masalah.
1) Sebenarnya Acer Service Center  tahu dan cover masalah untuk LCD laptop ini, jadi cuba rujuk dulu masalah ini jika terjadi walaupun waranti dah habis.Jika ACER Service Center sudah tak cover, sila tukar LCD baru atau secondhand
ACER ASPIRE 4736G / 4736Z
Masalah yang selalu dialami
1) Laptop shutdown bila masa Loading Windows
2) Jika power ON Laptop menggunakan bateri, LCD laptop blankscreen, LCD screen keluar gambar pecah-pecah
Penyebab Kerosakkan
1) Komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail/faulty 
Penyelesaian Masalah.
1) Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah

ACER ASPIRE 4741G 
Masalah yang selalu dialami
1) Laptop automatik shutdown bila guna dalam 20-30 minit
2) Overheating/laptop shutdown bila Load tinggi
3) Pemegang hinges sebelah kiri senang patahcontoh
Penyebab Kerosakkan
1) -
2) Pemasangan heatsink yang tak sempurna
3) Tiada bereket besi pada body cover laptop untuk diskru skali dengan hinges 
ACER ASPIRE 4540
Masalah yang selalu dialami
1) Laptop blank screen, kipas hdd led semua menyala, tapi skrin tak keluar apa-apa.
Penyebab Kerosakkan
1) Overheating AMD-ATI display chipset
Penyelesaian Masalah.
1) Chipset GPU perlu di tukar dengan chipset yang baru, reflow chipset hanya boleh hidupkan laptop untuk sementara sahaja.
2) Buat servis cuci sistem HFS(kipas) secara berkala (6bulan sekali) untuk elakkan overheating, sila monitor suhu laptop
ACER ASPIRE 3680, 5050, 5580
Masalah yang selalu dialami
1) No Display, No Power, Cannot Charging, adapter charger blinking
2) Cover Lid  LCD skrin laptop senang pecah/patah disebabkan engsel/hinges laptop jadi ketat/jem.
Penyebab Kerosakkan
1) Ada komponen kat bahagian power di mothrboard laptop, shorting atau fail
2) Engsel/hinges laptop jadi ketat/jem.
Penyelesaian Masalah.
1) Tukar atau ganti komponen kat bahagian power di motherboard laptop yang, shorting atau fail
2) Biasakan diri untuk tutup LCD laptop perlahan-lahan, supaya engsel tidak mengalami kerosakkan.

ACER ASPIRE  4715Z,  4720 / ASPIRE ONE D110, D150
Masalah yang selalu dialami
1) No Display, No Power, Cannot Charging, adapter charger blinking
Penyebab Kerosakkan
1) Ada komponen kat bahagian power di motherboard laptop, shorting atau fail
Penyelesaian Masalah.
1) Tukar atau ganti komponen kat bahagian power di motherboard laptop yang, shorting atau fail
ACER ASPIRE 4520  AMD-Nvidia
Masalah :
1.(Blankscreen)Nvidia GPU OVERHEATING
2.(Blankscreen)AMD CPU DEFECT(Biasa Kerana Overheating GPU)
3.Hinges LCD senang patah
4.Bios Corrupt

Penyebab Kerosakkan
1.Sistem HSF(heat sink fan) yang tak dapat handle kepanasan CPU dan GPU
2.AMD CPU affect dari masalah overheat GPU

Penyelesaian Masalah.
1.Reflow, tukar GPU,tukar motherboard Baru
2.Tukar CPU (Sila selalu servis sistem HSF Laptop ni)
3.Tukar Hinges(Untuk owner sila tutup Laptop model ni slow)
4.Reflash Bios

ACER ASPIRE 4530 AMD-Nvidia
Masalah 
1.Nvidia GPU OVERHEATING
2.AMD CPU DEFECT
3.Lan(network) I.C mati.

Penyebab Kerosakkan
1.Sistem HSF(heat sink fan) yang tak dapat handle kepanasan CPU dan GPU
2.AMD CPU DEFECT(batch untuk CPU laptop ni ada masalah)

Penyelesaian Masalah.
1.Reflow, tukar GPU,tukar motherboard Baru
2.Tukar CPU
3.Tukar Lan(network) I.C


FUJITSU LIFEBOOK LH520 (processor AMD Turion II)
Masalah :
1)  No power, Power-On boleh, tapi led indikator hanya berkelip-kelip 2 saat dan terus mati
Penyebab Kerosakkan
1) AMD Radeon Overheat, Sistem HSF(heat sink fan) yang tak dapat handle kepanasan CPU dan GPU
Penyelesaian Masalah.
1) Selalu service HFS(Heat Sink Fan) laptop.
SONY VAIO VGN-CS1xx, VGN-CS2xx, VGN-CS3xx,VGN-BZ5xx 
Masalah yang selalu dialami 
1.Kipas Laptop berbunyi kuat
Penyebab Kerosakkan 
1.Bilah Kipas tak stabil kena body housing kipas
Penyelesaian Masalah.
1.Jika masih ada waranty, sila claim waranty (pihak Sony pernah membuat recall untuk model terbabithttp://911pc.com/2010/05/sony-vaio-cs1-cs2-cs3-fan-issue/ )
2.Tukar dengan kipas lain kerana masalah sebenar adalah masalah design kipas original Sony
http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2012/01/baik-pulih-sony-vaio-vgn-cs23g.html


DELL INSPIRON N4010 / N5010 
Masalah yang selalu dialami
1.Laptop Hinges / Engsel senang patah
Penyebab Kerosakkan
1.Tempat skru Hinges / Engsel pada body Laptop tiada breket besi.
Penyelesaian Masalah.
1.Sila buka atau tutup Laptop ni dengan berhati-hati atau buka housing laptop untuk kuatkan tempat skru dengan menngunakan Gam yang kuat bagi mengelakkan berlaku kerosakkan yang disebutkan.

DELL INSPIRON N4020 
Masalah yang selalu dialami
1.Laptop on board/built in speaker hilang/tak berbunyi
Penyebab Kerosakkan
1.Shorting terjadi pada conector jack headphone.
Penyelesaian Masalah.
1.Tukar/repair komponen yang menyebabkan sistem speaker mengalami masalah.
DELL VOSTRO 1200 
Masalah yang selalu dialami
1.Laptop shutdown bila masa Loading Windows(Autoshutdown)
2.Jika Power ON Laptop menggunakan bateri, LCD laptop blankscreen.
3.Video display Hang atau Freeze
4.Masalah pada bahagian chraging bateri (tak boleh charging)
Penyebab Kerosakkan
1.Komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail/faulty .
Penyelesaian Masalah.
1.Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah.
DELL (Semua model yang mengunakan teknologi power identity chip)
Masalah yang selalu dialami
1.Dell AC power adapter type cannot be determined(Bios tak kenal adapter dan bateri tak charging)

Penyebab Kerosakkan 
1.Wayar identity(warna putih didalam kabel charger) putus.
2.Identity Chip didalam adapter charger dah blow/faulty.


IBM T22 T23 T43 T40
Masalah yang selalu dialami
1. No Display , BIOS password Locked


Lenovo Ideapad S10-3c/2c
Masalah yang selalu dialami
1.Laptop tak boleh boot, boleh Power-On, masalah blankscreen.
2.Netbook shutdown dengan sendiri, setelah beberapa ketika Power-ON, kena tunggu sejuk baru boleh Power-ON.
3.No Power
Penyebab Kerosakkan
1. Motherboard Netbook mungkin mengalami masalah overheating.
2.Chipset motherboard Netbook mati/dead.
Penyelesaian Masalah.
1. -

Lenovo Ideapad G450 / G460 / G470 / G475 / Z470
Masalah yang selalu dialami
1.Laptop mengalami masalah patah di bahagian pemegang skru Hinges
Penyebab Kerosakkan
1. Body Housing Laptop ini dibuat dari plastik yang agak nipis berbanding Laptop brand lain
Penyelesaian Masalah.
1. Elakan dari membuka LCD Laptop dengan kasar dan elakkan dari hentakan yang kuat ketika menggunakan Laptop ini.

Lenovo Ideapad G455
Masalah yang selalu dialami
1.Laptop mengalami blankscreen (tak ada video pada paparan LCD)
Penyebab Kerosakkan
1. Overheating AMD-ATI 4200 HD display chipset
Penyelesaian Masalah.
1.Chipset GPU perlu di tukar dengan chipset yang baru, reflow chipset hanya boleh hidupkan laptop untuk sementara sahaja.
2.Buat servis cuci sistem HFS(kipas) secara berkala (6bulan sekali) untuk elakkan overheating, sila monitor suhu laptop

Lenovo Ideapad Y570 - intel i7
Masalah yang selalu dialami
1.Laptop mati secara tiba-tiba , hibernate secara tiba-tiba, susah nak power-on
Penyebab Kerosakkan
1. Overheating Nvidia display chipset
Penyelesaian Masalah.
1.Chipset GPU perlu di tukar dengan chipset yang baru, reflow chipset hanya boleh hidupkan laptop untuk sementara sahaja.
2.Buat servis cuci sistem HFS(kipas) secara berkala (6bulan sekali) untuk elakkan overheating, sila monitor suhu laptop




HP DV1000/NX 4800 / COMPAQ Presario V2000/M2000
Masalah yang selalu dialami
1. Laptop blank screen, kipas hdd led semua menyala, tapi skrin tak keluar apa-apa.
Penyebab Kerosakkan
1.Power ic (mosfet) mengalami kerosakkan.
Penyelesaian Masalah.
1.Tukar power i.c (mosfet) yang baru..

HP MINI 210 / 110 / 311 / 5101 / 2133
Masalah yang selalu dialami
1.Netbook tak boleh boot, boleh Power-On, masalah blankscreen.
1.Netbook kadang-kadang boleh Power-On, kadang-kadang blankscreen.
Penyebab Kerosakkan
1.Motherboard Netbook mengalami masalah overheating.
Penyelesaian Masalah.
1.Service motherboard.


COMPAQ PRESARIO CQ20 (processor intel)
Masalah yang selalu dialami
1.Laptop Autorestart atau Autoshutdown
Penyebab Kerosakkan
1.Komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage Vcore untuk Processor telah fail/faulty.
Penyelesaian Masalah.
1.Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah

COMPAQ PRESARIO NX5000
Masalah :
1.Power intermitent problem (ON/OFF)
Penyebab Kerosakkan
1.IC Power Maxim faulty
Penyelesaian Masalah.
1.Kena tukar  IC Power Maxim

COMPAQ PRESARIO 2200/2500 (HP PAVILIION NX9010)
Masalah : 
1.Keyboard jadi gila (huruf pada keyboard bergerak sendiri)
Penyelesaian Masalah.
1.Kena tukar keyboard baru

COMPAQ PRESARIO CQ40-TU (processor intel)

Masalah :
1. LCD screen defect,LCD keluar line vertical atau horizontal,  pixel video jadik bergegar..
2. Overheat, puncanya, kipas x pusing
3.No power
Penyelesaian Masalah.
1.Try reseting LCD riben kabel dulu atau test guna LCD tester.Jika semua cara dah cuba, masih Problem,LCD screen tukar baru.
2.Selalu service HFS(Heat Sink Fan) laptop.

COMPAQ PRESARIO CQ40 AMD-ATI
Masalah :
1.ATI GPU OVERHEATING
2.AMD CPU DEFECT
3.LCD BERBELANG atau jadi White Screen bila pakai tak lebih 2 tahun.
Cara nak tau laptop korang akan jadi masalah ini adalah seperti berikut, tanda-tandanya:
1.LED CapsLock dengan Numlock berkelip serentak
Penyebab Kerosakkan
1.Sistem HSF(heat sink fan) yang tak dapat handle kepanasan CPU dan GPU
2.LCD yang dibekal oleh Compaq substandard(kurang berkualiti) (bergantung pada batch)
Penyelesaian Masalah.
1.Reflow, tukar GPU,tukar motherboard Baru
2.Tukar CPU
3.Tukar LCD panel
Untuk lebih info sila ke link inihttp://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/04/belajar-mengesan-masalah-pada-compaq.html

List model Laptop ada masalah GPU overheat
1.Compaq Presario v3000 nvidia Gpu
2.Acer Aspire 4520 nvidia Gpu
3.Compaq Presario F700 nvidia Gpu
4.Hp Pavillion Tx1000 Nvidia Gpu
5.Hp Pavillion tx2500 Ati Gpu
6.Hp pavillion Dv2500 Nvidia Gpu
7.Hp Pavillion 6000 Nvidia gpu
8.Compaq Presario Cq40 Ati Gpu
9.Dell Inspiron 1420 Nvidia Gpu


Cara nak tau laptop korang akan jadi masalah ini adalah seperti berikut, tanda-tandanya:
1.Wifi adapater tak detect
2.Laptop hang
3.Laptop susah nak hidup(on banyak kali baru boleh)
4.Laptop suka restart (walaupun habuk kat heatsink dalam laptop dah cuci)
5.Semua usb port Laptop tak berfungsi
6.Lcd screen Laptop berbayang

Penyelesaian Masalah.
1.Reflow, tukar GPU,tukar motherboard Baru
Untuk lebih info sila ke link ini http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/01/terlibat-dengan-masalah-nvidia-gpu.html  atau ke sinihttp://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2010/10/amaran-langkah-pencegahan-untuk-pemilik.html


TOSHIBA SATELLITE C640D
Masalah :
1.ATI RADEON HD6310-256MB GPU Overheating
Cara nak tau laptop korang akan jadi masalah ini adalah seperti berikut, tanda-tandanya:
1.Laptop boleh Power-On, tapi mengalami blankscreen.
2.Jika guna bateri sahaja, Laptop skrin mengalami blankscreen
Penyebab Kerosakkan
1.Sistem HSF(heat sink fan) yang tak dapat handle kepanasan CPU dan GPU
Penyelesaian Masalah.
1.Reflow, tukar GPU,tukar motherboard Baru


TOSHIBA SATELLITE L310
Masalah yang selalu dialami 
1.Skrin video laptop hanya pada kedudukan tertentu ada video
Penyebab Kerosakkan 
1.Riben kabel putus/reput disebabkan lama terkepit dengan cover laptop
Penyelesaian Masalah.
1.Tukar kabel riben baru atau baiki riben contoh

TOSHIBA SATELLITE M200/L200/L300/L510
Masalah.
Laptop Toshiba Satellite M200 ini masalah dia akan hang(freezing) apabila loading windows atau masa windows tengah running atau mengalami screen biru(bsod).Kadang - kadang screen Laptop akan mengalami masalah pixel pecah dan hang(freezing) serta reboot dengan sendiri(auto restart).Tetapi bila Laptop running menggunakan bateri laptop sahaja atau jika guna power adapter tapi hanya boleh run dalam Windows safe mode, Laptop tidak mengalami masalah-masalah yang aku sebutkan tadi.Tetapi apabila Laptop adapter charger disambung ke Laptop,Windows akan hang dan laptop terpaksa direstart.Laptop terpaksa menggunakan bateri jika hendak digunakan(maximum 2jam)lepastu Laptop bateri kena charge bagi penuh.


Penyelesaian masalah.
Boot Windows dalam safe mode, restart laptop dan tekan F8 key sebelum windows logo keluar sehingga keluar List booting

1.Pilih start Windows dengan safe mode
2.Pergi ke device manager (dalam My Computer)
3.Disable driver processor intel core Duo(ada 2,mula-mula disable 1 dulu jika tak jadi baru 4.disable kedua-dua driver processor tu)
5.Restart laptop (normal startup).
Untuk lebih info sila ke link ini http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/03/macamana-nak-setel-toshiba-satellite.html


MSI CR400
Masalah yang selalu dialami
1.Laptop boleh Power-ON, tapi mengalami masalah blankscreen
Penyebab Kerosakkan
1.Vcore untuk Processor telah fail / faulty.
Penyelesaian Masalah.
1.Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah



Ini adalah database untuk kerosakkan,penyebab dan beberapa cara solution yang boleh digunakan. 
Database Kerosakkan ni adalah untuk menolong pembaca blog aku atau diluar dari blog  ini untuk mengenali kerosakkan yang dialami oleh Laptop mereka.Jadi sebelum mereka hantar ke tukang repair, mereka dah tau serba sedikit masalah yang dialami oleh laptop mereka(jadi keberangkalian miss info tak akan berlaku dan salah location yang dibaik pulih tak berlaku).

Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.


Protected by Copyscape Web Plagiarism Software

Tuesday 3 January 2012

BAIK PULIH SONY VAIO VGN-CS23G KIPAS LAPTOP BERBUNYI KUAT


MASALAH
Masalah Laptop SONY VAIO VGN-CS23G ini adalah kipas Heatsink Laptop berbunyi kuat (bunyi klik-klek) walaupun kipas masih berfungsi dan Laptop tak mengalami masalah overheating tapi agak mengangu pendengaran.


Jadi aku pun periksa la kipas laptop untuk lihat apa dah jadi pada kipas Laptop Sony Vaio ni .
Tengok punya tengok , didapati 1 bilah kipas dah hampir patah dan besi yang memegang bilah ke motor juga dah patah.Aku cuba baiki dengan gamkan kawasan yang patah. Tapi selepas penelitian di buat, masalah kipas masih sama (ada bunyi)


 


SOLUTION:
Aku terpaksa tukar kipas Laptop Sony Vaio ni, disebabkan bunyi semakin lama, semakin kuat bila kipas dibiar berpusing dan masalah kemungkinan akan berlaku lagi.
Punca dari bunyi fan ni mungkin dari kelongaran batang besi dengan motor kipas serta banyak habuk yang berkumpul dalam housing kipas.
Bila batang besi ni dah tak stabil, bilah kipas bergoyang dan akan terkena cover tembaga serta plastic body cover kipas.
Dari penilitian yang dibuat masalah kipas ini memang lazim berlaku pada model SONY VAIO VGN-CS23G dan jika ditukar dengan kipas original SONY VAIO design yang sama, masalah berkemungkinan akan berlaku lagi .



BAIK PULIH SIAP:
Baik pulih siap dengan format Windows baru.Laptop berkeadaan baik.





Sebenarnya model laptop Sony Vaio ni ada defect pada kipas, dan pihak Sony telah membuat recall:
Antara Model yang terbabit:
This issue only applies to these VAIO® computer series models:
VGN-CS1xx, VGN-CS2xx, VGN-CS3xx
VGN-BZ5xx


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...