Thursday, 7 June 2012

TIPS BAIKPULIH ACER ASPIRE ONE BLANKSCREEN MENGUNAKAN BIOS RECOVERY CRISIS DISK



MASALAH

Masalah yang selalu dialami Netbook Acer Aspire One  biasanya adalah masalah blankscreen.
Bila power-on, Netbook boleh hidup, tapi kat screen tak keluar apa-apa (netbook tak POST pun).


Bila test kat external monitor juga, tiada apa-apa yang keluar .

video

video
SOLUTION :


Biasanya, masalah blankscreen pada Netbook Acer Aspire One ni, adalah berpunca dari IC EEPROM bios pada motherboard dah corrupted atau faulty.


Untuk pertama kali masalah ini terjadi boleh  flashing balik IC EEPROM bios netbook asal.Tapi jika masalah sama terjadi lebih pada sekali (berulang kali).IC EEPROM lama perlu ditukar dengan IC yang baru.


Ada 3 jenis EEPROM IC yang biasa digunakan oleh motherboard Laptop/Desktop



PLCC EEPROM









TSOP EEPROM










SOIC EEPROM








Cara Untuk Flash Bios Acer One Jika Berlaku Masalah Blankscreen :
  1. Pasang USB pendrive pada Komputer yang running Windows. 
  2. Open My Computer. 
  3. Right-click pada USB Drive dan pilih Format.
  4. Pilih untuk File system pendrive kepada FAT32 dan tekan Start. 
  5. Selepas format dah siap download BIOS terbaru untuk netbook korang di ftp://ftp.acer-euro.com/netbook/aspire_one_110/bios atau dari alternative download location yang lain..
  6. Buka ZIP file yang korang dah  downloaded (guna winrar atau 7zip) dan copy semua  files tu pada USB pendrive:  > FLASHIT.EXE  > serta bios file (katakan bernama 3309.FD) (nama BIOS mungkin berbeza berdasarkan model) 
  7. Di usb pendrive, rename BIOS file (3309.FD) kepada ZG5IA32.FD ( nama ini dapat dari code nama motherbord laptop)
  8. Cabut atau remove USB pendrive dari komputer korang, cucuk pada usb port netbook Acer One yang bermasalah.
  9. Tekan key Fn dan Esc secara serentak.Tekan key tersebut serentak dan tekan power-on button. Release Fn+Esc selepas beberapa saat. Kalau korang perasan led pendrive akan blinking semasa kaedah ini dilakukan. 
  10. Semasa kaedah ini dilakukan Acer Aspire One akan access  file bios firmware didalam pendrive yang korang buat tadi dan  flashing Bios firmware baru pada IC EEPROM Bios. 
    Selepas beberapa ketika, led pendrive akan berhenti blinking dan netbok Acer one akan reboot dengan sendiri.
Lakukan dengan hati-hati, serta sila pastikan bios file yang korang masukkan di pendrive adalah untuk model yang betul.

Jika silap cara yang digunakan, kemungkinan netbook Acer tersebut akan bermasalah tak dapat detect usb pendrive, jika masalah ini terjadi,korang terpaksa buka casing netbook dan cabut IC EEPROM bios netbook untuk flash menggunakan EEPROM programmer.




Perlu diberi perhatian cara diatas hanya untuk netbook Acer One sahaja, untuk laptop atau netbook brand lain, ada cara recovery bios dia yang tersendri serta step-step nya berlainan.Sila jangan keliru atau cuba cara yang aku terangkan diatas  pada Laptop atau Netbook brand atau model yang berlainan.

Harap post ini membantu dan Selamat mencuba.Tapi disini aku ingin beri Amaran jangan cuba pada Laptop yang tiada mengalami masalah BIOS, dan aku tidak bertangungjawab jika Laptop korang mengalami kerosakan atau masalah selepas membuat TIPS yang aku terangkan ini.


Netbook berkeadaan baik, selepas  EEPROM bios lama diganti dengan yang baru. .Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

2 comments:

MAZA AMFOTERIK said...

Salam..Bro., saya brminat nak hntar service laptop asus k40ab saya yg sudah rosak motherboared utk replace motherboard..sy di area gombak...macam mana ya nk hantar?

HAFIZAM said...

Salam, MAZA AMFOTERIK, boleh jumpa saya diseksyen 1, wangsa maju, rumah saya area jusco alpha angale.call/sms dulu nak datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...