Tuesday, 3 January 2012

BAIK PULIH SONY VAIO VGN-CS23G KIPAS LAPTOP BERBUNYI KUAT


MASALAH
Masalah Laptop SONY VAIO VGN-CS23G ini adalah kipas Heatsink Laptop berbunyi kuat (bunyi klik-klek) walaupun kipas masih berfungsi dan Laptop tak mengalami masalah overheating tapi agak mengangu pendengaran.


Jadi aku pun periksa la kipas laptop untuk lihat apa dah jadi pada kipas Laptop Sony Vaio ni .
Tengok punya tengok , didapati 1 bilah kipas dah hampir patah dan besi yang memegang bilah ke motor juga dah patah.Aku cuba baiki dengan gamkan kawasan yang patah. Tapi selepas penelitian di buat, masalah kipas masih sama (ada bunyi)


 


SOLUTION:
Aku terpaksa tukar kipas Laptop Sony Vaio ni, disebabkan bunyi semakin lama, semakin kuat bila kipas dibiar berpusing dan masalah kemungkinan akan berlaku lagi.
Punca dari bunyi fan ni mungkin dari kelongaran batang besi dengan motor kipas serta banyak habuk yang berkumpul dalam housing kipas.
Bila batang besi ni dah tak stabil, bilah kipas bergoyang dan akan terkena cover tembaga serta plastic body cover kipas.
Dari penilitian yang dibuat masalah kipas ini memang lazim berlaku pada model SONY VAIO VGN-CS23G dan jika ditukar dengan kipas original SONY VAIO design yang sama, masalah berkemungkinan akan berlaku lagi .



BAIK PULIH SIAP:
Baik pulih siap dengan format Windows baru.Laptop berkeadaan baik.





Sebenarnya model laptop Sony Vaio ni ada defect pada kipas, dan pihak Sony telah membuat recall:
Antara Model yang terbabit:
This issue only applies to these VAIO® computer series models:
VGN-CS1xx, VGN-CS2xx, VGN-CS3xx
VGN-BZ5xx


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...