Thursday, 12 December 2013

MEMBAIKI HP MINI 110 MASALAH ERROR (90B) SYSTEM FAN & OVERHEATING


MASALAH
Baru-baru ini, custemer aku dari Terengganu ada hantar 1 Netbook HP mini 110 yang katanya rosak kipas dan Netbook itu bermasalah overheating.

Apabila Netbook ini di cuba untuk Power-On, terdapat error (90B) yang menyatakan kipas tak normal dan Netbook Power-Off dengan sendiri selepas 5 saat.

Eror (90B) ini disebabkan motherboard tidak dapat mengesan atau mengesan kipas berada dalam keadaan tak normal.

Sebelum ni, custemer aku ini dah hantar netbook ini untuk di baiki di kedai sekitar tempat tinggalnya.Tapi masalah tak selesai dan kipas asal Netbook juga telah rosak kerana, juruteknik tersebut telah tersalah supply voltan pada kipas Netbook.
Masalah yang lain pula ialah, pin connector untuk Kipas Netbook ini juga telah terkopek dan track untuk solder semula conector juga telah tercabut.

Masalah ini bermakna pin conector asal tak boleh digunakan dan kipas baru perlu di wiring baru.


TROUBLESHOOTING
Jadi, untuk selesaikan masalah netbook ini, aku terpaksa trace wiring menggunakan schematic drawing Netbook ini.
Untuk Kipas Laptop & Netbook kebiasaanya ada 3 kabel, merah untuk +ve, hitam untuk -ve, kuning untuk signal kipas.

Biasanya kipas Laptop & Netbook menggunakan voltan 5v. 

Untuk voltan +ve dan -ve 5v kipas Netbook aku ambil dari voltan usb port. Untuk signal kipas aku terpaksa trace dari lukisan sekamatik Motherboard.Signal kipas aku dapat trace berpunca dari chipset controller motherboard.


SOLUTION

Jadi selepas mengantikan kipas yang rosak dengan yang baru serta proceses re wiring baru di lakukan, masalah Netbook HP mini berjaya diatasi.


Netbook ini berkeadaan baik serta telah di uji kestabilan dan bahagian kipas Heatsink telah di cuci bersih.

Jika berminat nak baiki  masalah Kipas serta Overheating pada Laptop/PC/Netbook , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.





BAIKPULIH DELL INSPIRON N5010 DISPLAY INTEL TAK BOLEH POWER-ON & ADAPTER CHARGER OFF SENDIRI BILA SAMBUNG KE LAPTOP

MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N5010 ini langsung tak boleh Power-On.Apabila  jack dari adapter charger Laptop disambung ke connector Laptop. Led indicator adapter power charger akan mati dan bila ditest mengunakan multimeter pada jack power adapter, tiada arus elektrik yang mengalir(voltan tiada). Masalah ini terjadi walaupun guna adapter yang lain.

Masalah ini seakan sama dengan kerosakkan pada Laptop Dell Latitude 510m  & Dell Inspiron N4030 yang pernah aku baiki dulu. Boleh lihat di Link  Link ini.


TROUBLESHOOTING
Jadi, aku suspek masalah adalah berpunca di motherboard kerana semua charger Laptop Dell yang di test di matikan oleh laptop ketika disambung. Untuk masalah shorting ini, beberapa hardware yang perlu diperiksa, antaranya:

  1. CPU / RAM / ADAPTER CHARGER diperiksa berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect ada komponen di motherboard yang shorting pada bahagian blok(bahagian) litar pembahagi kuasa.
  2. Untuk mencari komponen yang bermasalah tersebut, Laptop ini, aku lakukan pemeriksaan dengan menyeluruh  (bukak casing housing Laptop) dengan hanya tinggal motherboard sahaja. 
  3. Bahagian Komponen Power blok(bahagian) litar pembahagi kuasa  perlu di buka & di periksa satu per satu untuk mencari punca kerosakan ini.

SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati ada komponen pada bahagian litar pembahagi kuasa motherboard Laptop tu yang telah rosak.

Jadi kena GANTI komponen elektronik YANG TELAH ROSAK tersebut.
Laptop berkeadaan baik serta telah di uji kestabilan dan bahagian kipas Heatsink telah di cuci bersih.

Jika berminat nak baiki  masalah power / takleh Power-ON pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...