Masalah Komputer lembab?
Banyak kali hantar ke kedai tapi Komputer anda masih lembab?
Bermacam cara telah dilakukan tetapi masalah masih berulang?
Korang mungkin salah seorang yang menghadapi masalah berikut:
program selalu “hang” atau “freeze” ketika digunakan
games tiba-tiba “lag” tanpa sebab yang pasti
Komputer masih lembab biarpun baru sahaja di format
sudah tukar cakera keras (HDD) baharu tapi masalah Komputer
lembab tidak selesai
Jika masalah ini tidak diatasi, banyak kerja penting tidak
dapat disiapkan dan menyebabkan produktiviti kerja korang terjejas teruk.
Jadi, apa penyelesaiannya? Mudah.
Ya, mudah sahaja sebenarnya.
Berikan peluang kedua kepada Komputer korang dengan
menggunakan Solid-State Drive (SSD).
Apa itu Solid-State Drive @ SSD?
SSD adalah singkatan solid-state drive atau solid-state disk
yang menggunakan himpunan litar bersepadu sebagai ingatan untuk
menyimpan data secara berterusan.
Ia berbeza dengan pemacu cakera keras (HDD) atau cakera
liut (floppy disk) yang mengandungi cakera berputar dan read/write
heads.
Ia juga lebih tahan terhadap kejutan fizikal, senyap, masa
akses yang lebih cepat dan kependaman (latency) yang lebih rendah.
Adakah SSD lebih bagus dari HDD?
Perbezaan antara hard disk dan solid state drives adalah
teknologi yang digunakan untuk menyimpan dan mengakses data.
HDD adalah lebih murah dan anda dapat kapasiti storan data lebih
besar dengan harga yang anda bayar manakala SSD adalah lebih cepat,
ringan,lebih lasak dan menggunakan kurang tenaga berbanding HDD.
Kenapa SSD lebih laju?
Ini kerana informasi data disimpan dalam microchips,
manakala hard disk pula menggunakan kepala tetangan mekanikal membaca/menulis untuk bergerak dan membaca
data dari cakera storan. Perbezaan inilah
yang membuatkan kelajuan SSD lebih cepat.
Kenapa anda perlu beralih cinta kepada SSD?
Kelajuan membaca dan menulis 20 kali lebih pantas berbanding
dengan cakera keras (hard disk) biasa, melajukan boot up laptop kurang daripada 10 saat, lebih lancar dan responsif seperti start up, shut down,
salin fail, guna pelayar Internet dan imbas virus.
Penggunaan perisian seperti PhotoShop, Lightroom dan
Premiere sangat responsif dan mampu meningkatkan produktiviti, melajukan proses loading ketika bermain games, menjimatkan penggunaan bateri laptop kerana penggunaan kuasa SSD adalah lebih efisien dari HDD.
SSD lebih tahan lasak dan kurang risiko kehilangan data sekiranya
terjatuh kerana tiada komponen mekanikal yang bergerak, lebih ringan, senyap dan sejuk berbanding dari Hardisk (HDD) biasa.
Jika korang berminat untuk Upgrade dari Hardisk biasa ke SSD, boleh hubungi WANGSA MAJU COMPUTER REPAIR di 0122411959 (HAFIZAM).
0 comments:
Post a Comment