Wednesday, 29 July 2020

BAIKI TOSHIBA PROTEGE Z830 MASALAH BATERI TAK BOLEH CHARGING 100%

MASALAH

Masalah Laptop TOSHIBA PROTEGE Z830  ini adalah tak boleh nak charging 100% penuh bateri walaupun bateri baru telah di tukar sebanyak 3 kali.


Owner  call aku mengatakan , bateri Laptopnya tak boleh nak charging penuh 100% walaupun setelah menukar bateri baru sebanyak 3 kali. Masalah Laptopnya belaku apabila bateri asal Laptop mengalami masalah bateri Kong dan perlu di tukar.

Kisah terjadi apabila owner telah pergi menukar bateri asal dengan bateri baru di sebuah kedai di Kuantan. Tetapi setelah menukar bateri baru, masalah Laptop tak boleh charging 100% terjadi, Laptop hanya dapat charge sehingga 66% sahaja. Jadi owner telah pergi semula kekedai tersebut untuk menukar semula bateri baru.

Walaubagaimanapun masalah ini tetap terjadi walaupun telah menukar bateri sebanyak 3 kali serta owner telah meninggalkan Laptopnya selama seminggu di kedai tersebut untuk diperiksa.

Setelah bermcam-macam usaha dilakukan untuk membaiki masalah Laptop ini telah dibuat,akhirnya Kedai tersebut mengaku kalah & meminta owner menghantar kekedai lain untuk dibaiki.


Pada luaran laptop didapati berkeadaan baik, jadi aku buka ruang motherboard laptop dengan buka case bawah Laptop, dari pemeriksaan aku dapati ada komponen telah rosak di bahagian kawasan charging Board dan .Penukaran komponen rosak tersebut telah dilakukan.
BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop TOSHIBA PROTEGE Z830 ni akhirnya berjaya diselesaikan.




Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri. Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.

PC berkeadaan baik, selepas  kerosakkan dibaiki. .Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


Tips jika korang terkena kes seperti ini 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...