Wednesday, 29 July 2020

BAIKI TOSHIBA PROTEGE Z830 MASALAH BATERI TAK BOLEH CHARGING 100%

MASALAH

Masalah Laptop TOSHIBA PROTEGE Z830  ini adalah tak boleh nak charging 100% penuh bateri walaupun bateri baru telah di tukar sebanyak 3 kali.


Owner  call aku mengatakan , bateri Laptopnya tak boleh nak charging penuh 100% walaupun setelah menukar bateri baru sebanyak 3 kali. Masalah Laptopnya belaku apabila bateri asal Laptop mengalami masalah bateri Kong dan perlu di tukar.

Kisah terjadi apabila owner telah pergi menukar bateri asal dengan bateri baru di sebuah kedai di Kuantan. Tetapi setelah menukar bateri baru, masalah Laptop tak boleh charging 100% terjadi, Laptop hanya dapat charge sehingga 66% sahaja. Jadi owner telah pergi semula kekedai tersebut untuk menukar semula bateri baru.

Walaubagaimanapun masalah ini tetap terjadi walaupun telah menukar bateri sebanyak 3 kali serta owner telah meninggalkan Laptopnya selama seminggu di kedai tersebut untuk diperiksa.

Setelah bermcam-macam usaha dilakukan untuk membaiki masalah Laptop ini telah dibuat,akhirnya Kedai tersebut mengaku kalah & meminta owner menghantar kekedai lain untuk dibaiki.


Pada luaran laptop didapati berkeadaan baik, jadi aku buka ruang motherboard laptop dengan buka case bawah Laptop, dari pemeriksaan aku dapati ada komponen telah rosak di bahagian kawasan charging Board dan .Penukaran komponen rosak tersebut telah dilakukan.
BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop TOSHIBA PROTEGE Z830 ni akhirnya berjaya diselesaikan.




Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri. Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.

PC berkeadaan baik, selepas  kerosakkan dibaiki. .Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


Tips jika korang terkena kes seperti ini 

Tuesday, 21 July 2020

MASALAH KOMPUTER LEMBAB? SOLUSINYA

Masalah Komputer lembab?
Banyak kali hantar ke kedai tapi Komputer anda masih lembab?
Bermacam cara telah dilakukan tetapi masalah masih berulang?
Korang mungkin salah seorang yang menghadapi masalah berikut:
program selalu “hang” atau “freeze” ketika digunakan
games tiba-tiba “lag” tanpa sebab yang pasti
Komputer masih lembab biarpun baru sahaja di format
sudah tukar cakera keras (HDD) baharu tapi masalah Komputer lembab tidak selesai

Jika masalah ini tidak diatasi, banyak kerja penting tidak dapat disiapkan dan menyebabkan produktiviti kerja korang terjejas teruk.
Jadi, apa penyelesaiannya? Mudah.
Ya, mudah sahaja sebenarnya.


Berikan peluang kedua kepada Komputer korang dengan menggunakan Solid-State Drive (SSD).



Apa itu Solid-State Drive @ SSD?
SSD adalah singkatan solid-state drive atau solid-state disk yang menggunakan himpunan litar bersepadu sebagai ingatan untuk menyimpan data secara berterusan.

Ia berbeza dengan pemacu cakera keras (HDD) atau cakera liut (floppy disk) yang mengandungi cakera berputar dan read/write heads.

Ia juga lebih tahan terhadap kejutan fizikal, senyap, masa akses yang lebih cepat dan kependaman (latency) yang lebih rendah.

Adakah SSD lebih bagus dari HDD?
Perbezaan antara hard disk dan solid state drives adalah teknologi yang digunakan untuk menyimpan dan mengakses data.

HDD adalah lebih murah dan anda dapat kapasiti storan data lebih besar dengan harga yang anda bayar manakala SSD adalah lebih cepat, ringan,lebih lasak dan menggunakan kurang tenaga berbanding HDD.

Kenapa SSD lebih laju?
Ini kerana informasi data disimpan dalam microchips, manakala hard disk pula menggunakan kepala tetangan mekanikal  membaca/menulis untuk bergerak dan membaca data dari cakera storan. Perbezaan inilah  yang membuatkan kelajuan SSD lebih cepat.

Kenapa anda perlu beralih cinta kepada SSD?

Kelajuan membaca dan menulis 20 kali lebih pantas berbanding dengan cakera keras (hard disk) biasa, melajukan boot up laptop kurang daripada 10 saat, lebih lancar dan responsif seperti start up, shut down, salin fail, guna pelayar Internet dan imbas virus.

Penggunaan perisian seperti PhotoShop, Lightroom dan Premiere sangat responsif dan mampu meningkatkan produktiviti, melajukan proses loading ketika bermain games, menjimatkan penggunaan bateri laptop kerana penggunaan kuasa SSD adalah lebih efisien dari HDD.


SSD lebih tahan lasak dan kurang risiko kehilangan data sekiranya terjatuh kerana tiada komponen mekanikal yang bergerak, lebih ringan, senyap dan sejuk berbanding dari Hardisk (HDD) biasa.

Jika korang berminat untuk Upgrade dari Hardisk biasa ke SSD, boleh hubungi WANGSA MAJU COMPUTER REPAIR  di 0122411959 (HAFIZAM).







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...