Monday, 29 April 2013

BAIKPULIH COMPAQ PRESARIO CQ40-INTEL MOTHERBOARD MASALAH POWER ON HANYA 5 SAAT

MASALAH
Masalah Laptop  COMPAQ PRESARIO CQ40-INTEL ini  boleh Power-On.Apabila  jack dari adapter charger Laptop disambung ke connector Laptop. Led indicator adapter power charger menyala dan Laptop boleh Power-On, tapi voltan hanya bertahan 5 saat sahaja sebelum laptop Power-Off dengan sendiri. LCD Laptop langsung tiada video (blankscreen).

Tapi kadang-kadang, power led di jack Laptop tiada lansung dan Laptop lansung tak boleh Power-ON.

TROUBLESHOOTING
Dari info dari owner, aku suspek masalah mungkin berpunca dari bahagian Power Mosfet serta bahagian I.C chipset  controller motherboard .
SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati ada komponen pada bahagian litar pembahagi kuasa serta I.C chipset controller  motherboard Laptop telah rosak.

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Thursday, 25 April 2013

KERJA BAIKPULIH TOSHIBA SATTELITE T230 TAK BOLEH POWER-ON AKIBAT AIR HUJAN

MASALAH
Masalah Laptop  TOSHIBA SATTELITE T230 ini langsung tak boleh Power-On.Apabila  jack dari adapter charger Laptop disambung ke connector Laptop. Led indicator adapter power charger menyala tapi Laptop tak boleh Power-On.

Masalah ini disebabkan Laptop tertumpah air.Dari info owner, laptop terkena air hujan.Dia telah cuba keringkan Laptop tapi, tidak berhasil untuk Power-On Laptop.Untuk Tips serta Langkah Apa Nak Buat Kalau Tertumpah Air Ke Laptop Sila Ke Sini
 
TROUBLESHOOTING
Dari info dari owner, aku suspek masalah mungkin berpunca dari litar pintas yang terjadi di motherboard  akibat terkena air hujan. Untuk masalah shorting ini, ada beberapa hardware yang perlu diperiksa, antaranya bahagian power serta bahagian motherboard controller.

 
SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati ada komponen pada bahagian litar pembahagi kuasa serta I.C chipset controller  motherboard Laptop telah terjadi litar pintas akibat air, untuk masalah ini, aku cuci kawasan yang terkena air ini.

Masalah lain pada laptop ini, adalah tempat pemegang Hinges/Ensel telah patah, pembaikan untuk membaiki masalah ini telah dilakukan.


Laptop berkeadaan baik.Heat Sink serta kipas telah dicuci.Laptop telah di test dan berada didalam keadaan stabil.


Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

Wednesday, 3 April 2013

TIPS DIY BAIKI MASALAH HILANG PRODUK ID SERTA PRODUK NUMBER DI BIOS UNTUK LAPTOP DAN NETBOOK HP

Salam, rasanya bulan 3 lepas aku tak berapa active mengupdate BLOG Wangsa Maju Computer, ini adalah disebabkan kesibukan kerja serta hal peribadi yang terlalu banyak pada bulan lepas.

Di POST pada  kali ini, aku nak ajar sedikit TIPS untuk baiki masalah Laptop atau Netbook Brand HP yang mengalami masalah Product ID hilang pada BIOS info.

Masalah ini, biasanya terjadi jika korang kerap upgrade atau downgrade BIOS Laptop atau Netbook korang.Tapi kadang-kadang ada kes masalah terjadi dengan tiba-tiba, disebabkan  masalah BIOS mengalami tanda-tanda file ID corupt.

Jika berlaku masalah ini, korang masih boleh masuk ke OS Windows dengan menekan butang ENTER selepas keluarnya error yang disebutkan.

Ok , untuk menyelesaikan masalah ini, 

1st sekali, korang kena ada basic Dos Skills dan bootable USB Pendrive dan  HPUSB DISK TOOL , WIN98DOS dan utiliti  HPBQ138.EXE.

Dari sini korang hanya perlu boot kan Pendrive pada usb, serta ikut langkah berikut:
  1. Semasa BIOS POST, tekan key F9, pilih boot pada usb Pendrive
  2. Taip HPBQ138.exe 
  3. Penuhkan Basic Menu dengan info yang betul. Semua info korang boleh jumpa di bawah Housing atau di bateri Laptop / Netbook
Basic Menu

<0> Serial Number = Korang boleh jumpa S/N di belakang / bawah laptop

<1> Notebook Model= contoh Compaq Presario Cq61 NoteBook PC

<2> Guid Number= contoh  B#$%H 

<3> UUID Number= Select 1 untuk generate UUID

<4> SKU Number= Product Number contoh WA985UA#ABA

<5> CTO Localization Code = contoh ABA

<6> MAC Address = Tak perlu isi

<7> PCID = boleh jumpa di bawah Laptop atau bateri cover diprint atas Sticker.Di motherboard juga kemungkinan ada.

<8> System Board CT # = Tak perlu isi



Advanced Menu


<2> OS SKU = Jika tiada windows (0), Jika ada vista (1), Jika ada  windows 7 (2)

Platform Revision = contoh  110 



Selepas korang dah isi seperti diatas, tekan key Esc untuk keluar dan tekan key CTRL+ALT+DELETE untuk reboot Laptop atau Netbook HP.

Harap post ini membantu dan Selamat mencuba.Tapi disini aku ingin beri Amaran jangan cuba pada Laptop yang tiada mengalami masalah BIOS, dan aku tidak bertangungjawab jika Laptop korang mengalami kerosakan atau masalah selepas membuat TIPS yang aku terangkan ini.

Jika berminat nak baiki  masalah  yang terjadi pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...