Saturday, 21 May 2011

LAPTOP TERTUMPAH AIR DAN TINDAKAN YANG PERLU UNTUK MEMBAIK PULIH





KEROSAKKAN YANG BAKAL DI ALAMI LAPTOP TERTUMPAH AIR MINUMAN
 

Kecuaian memang tidak dapat dielakkan berlaku apabila kita selalu menggunakan komputer atau Laptop dalam kerja seharian.Cuai,gopoh,nak cepat tidak mungkin dapat dielakkan berlaku, makan dan minum di depan komputer juga biasa dalam kerja seharian dan kejadian air dan makanan tertumpah di atas keyboard komputer atau keatas keypad laptop mungkin terjadi..Kalau air atau makanan tertumpah diatas keyboard komputer mungkin kerosakkan hanya melibatkan pada keyboard tersebut sahaja, tapi bagaimana pula terjadi pada laptop kesayangan korang  Jadi apa yang perlu korang lakukan jika laptop korang terkena atau tertumpah air minuman. 

1.Tutup serta merta laptop dan cabut adapter atau charger jika dipasang dan cabut bateri laptop korang dengan segera9pantas) jangan tungu-tungu dah. Ini perlu untuk mengelakkan kejutan atau litar pintas berlaku pada laptop korang.

2.Segera terbalikkan laptop seperti gambar kat bawah ni serta letakkan kain tebal atau tuala yang dapat menyerap air dengan efective dan cepat diatas tempat yang berkenaan.Ini bertujuan membuang air yang bertakung diatas laptop dari terus mengalir kebawah bahagian motherboard laptop.




3.Lepas buang air yang dah bertakung atas laptop tu, korang kena buka bahagian yang kena air tu.Cabut semua bahagian yang kena air.Kalau kena air bergula dan air panas kat keyboard tu guna air sejuk cuci keypad laptop takut air gula tu melekat kat keypad bila dia kering nanti.Tapi kalau dah teruk sangat memang kena buka 1-1 key kat keypad tu dan cuci bahagian dalam keypad.

4.Guna hair dryer(jangan set panas sangat nanti cair keypad tu) untuk keringkan bahagian laptop yang terkena air.Kalau takda hair dryer, jemur parts yang kena air lapik atas suratkhabar dalam kereta yang parking kat tengah panas sehingga benar-benar kering.Bila dah rasa parts tu dah kering pasang balik laptop dan try ON.


5.Untuk elakkan air tertumpah kat atas laptop aku syorkan korang pasany keypad protector macam gambar ni.Benda ni selalu akan bergerak-gerak jika korang terbalikkan laptop tapi kalau korang tampal benda tu guna double sided tape memang dah tak gerak dah.



6.Tapi kalau dah buat macam kat atas tapi masih tak boleh on laptop macam video kat bawah ni atau tak tau nak buka laptop,hantar je la kekedai untuk di servis.




COMPAQ PRESARIO CQ-42 INTEL BAIK-PULIH SELEPAS TERTUMPAH AIR

Laptop ni custermer minta aku repair, dia cerita yang anak dia main dengan laptop ni sambil minum air dan tertumpah atas laptop.Aku tanya kenapa tak hantar waranty sebab dia cerita baru beli laptop tak sampai 3 bulan lagi dah rosak,dia cakap dah hantar, tapi service center nak charge ganti motherboard baru sebab rosak sebab kecuaian owner.Jadi kosnya, faham-faham je la.


KEADAAN LAPTOP SELEPAS DIBERSIHKAN KESAN TUMPAH AIR MINUMAN




COMPAQ PRESARIO CQ-42 INTEL SELEPAS DIBAIK PULIH 






Protected by Copyscape Web Plagiarism Software

6 comments:

muhian said...

Bagus la blog nih.Nanti kalo aku ada customer laptop rosak bleh la hantar kat awak.
nak tanya skit.chip apa yg rosak tu?kat bahagian mana?
berapa kos repair nih?

Anonymous said...

aku nk tnyer skit nie..tmpat cucuk charger aku dah rosak..kalo nak repair bape erk..lagi 1...laptop acer aku ade masalah cm kat atas nie..pastu die kdg2 die ade kuar error overcurrent at usb port bla bla bla...F1 to continue..aku tekan loading window kuar bluescreen..kalo de pape email aku erk...nik.azhar88@yahoo.com/nicklodean95@yahoo.com

Anonymous said...

Aftaga,laptop saya pon sama,yang sedihnya sebab terlalu takut saya cepat2 lap luar laptop tanpa lap yg kat dlm,sebab takut sgt dan nak tahu sgt,saya pon on==' then rosak,ok sengal kan.baiklah taknak ckp pjg da,agak2 berapa kos nak baiki,kalau boleh tolong sangat g tau,kakak saya tak tahu saya dah rosak lapton yg sama jenis diatas,acer...nanti email kat saya bper kos nak baiki,tolong ya,miera_roxygurlz@yahoo.com thanks:`)

HAFIZAM said...

Biasanya saya check dulu sebelum untuk baiki Laptop tertumpah air.Jika berminat nak baiki boleh call saya di 0122411959

sarhan said...

Agak2 berapa kos baik pulih laptop yang tertumpah air ni...??

Unknown said...

assalam keyboard laptop saya rosak. Kalau nak suh awak repair mcm mne nk contact?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...