Salam, rasanya bulan 3 lepas aku tak berapa active mengupdate BLOG Wangsa Maju Computer, ini adalah disebabkan kesibukan kerja serta hal peribadi yang terlalu banyak pada bulan lepas.
Di POST pada kali ini, aku nak ajar sedikit TIPS untuk baiki masalah Laptop atau Netbook Brand HP yang mengalami masalah Product ID hilang pada BIOS info.
Masalah ini, biasanya terjadi jika korang kerap upgrade atau downgrade BIOS Laptop atau Netbook korang.Tapi kadang-kadang ada kes masalah terjadi dengan tiba-tiba, disebabkan masalah BIOS mengalami tanda-tanda file ID corupt.
Jika berlaku masalah ini, korang masih boleh masuk ke OS Windows dengan menekan butang ENTER selepas keluarnya error yang disebutkan.
Ok , untuk menyelesaikan masalah ini,
1st sekali, korang kena ada basic Dos Skills dan bootable USB Pendrive dan HPUSB DISK TOOL , WIN98DOS dan utiliti HPBQ138.EXE.
Dari sini korang hanya perlu boot kan Pendrive pada usb, serta ikut langkah berikut:
- Semasa BIOS POST, tekan key F9, pilih boot pada usb Pendrive
- Taip HPBQ138.exe
- Penuhkan Basic Menu dengan info yang betul. Semua info korang boleh jumpa di bawah Housing atau di bateri Laptop / Netbook:
Basic Menu
<0> Serial Number = Korang boleh jumpa S/N di belakang / bawah laptop
<1> Notebook Model= contoh Compaq Presario Cq61 NoteBook PC
<2> Guid Number= contoh B#$%H
<3> UUID Number= Select 1 untuk generate UUID
<4> SKU Number= Product Number contoh WA985UA#ABA
<5> CTO Localization Code = contoh ABA
<6> MAC Address = Tak perlu isi6>5>4>3>2>1>0>
<0> Serial Number = Korang boleh jumpa S/N di belakang / bawah laptop
<1> Notebook Model= contoh Compaq Presario Cq61 NoteBook PC
<2> Guid Number= contoh B#$%H
<3> UUID Number= Select 1 untuk generate UUID
<4> SKU Number= Product Number contoh WA985UA#ABA
<5> CTO Localization Code = contoh ABA
<6> MAC Address = Tak perlu isi6>5>4>3>2>1>0>
<7> PCID = boleh jumpa di bawah Laptop atau bateri cover diprint atas Sticker.Di motherboard juga kemungkinan ada.
<8> System Board CT # = Tak perlu isi
8>7>
Advanced Menu
<2> OS SKU = Jika tiada windows (0), Jika ada vista (1), Jika ada windows 7 (2)2>
Platform Revision = contoh 110
Selepas korang dah isi seperti diatas, tekan key Esc untuk keluar dan tekan key CTRL+ALT+DELETE untuk reboot Laptop atau Netbook HP.
Harap post ini membantu dan Selamat mencuba.Tapi disini aku ingin beri Amaran jangan cuba pada Laptop yang tiada mengalami masalah BIOS, dan aku tidak bertangungjawab jika Laptop korang mengalami kerosakan atau masalah selepas membuat TIPS yang aku terangkan ini.
Jika berminat nak baiki masalah yang terjadi pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
1 comments:
bagaimana pula dengan computer Dell? ada software apa yang boleh guna?
Post a Comment