Tuesday, 28 August 2012

KERJA SERVIS & BAIKPULIH DELL INSPIRON N4010


Baru-baru ni, sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung, ada saudara minta tolong untuk tengokkan Laptop. Nasib baik dia dah cakap awal-awal tentang hasratnya, jadi aku dah standby spareparts Laptop dan peralatan.

Masalah Laptop DELL INSPIRON N4010 ini, ada beberapa key pada keyboard yang tak function, owner juga complaint yang Laptop terasa panas pada bahagian bawah.

MASALAH
  1. Laptop keyboard ada beberapa key tak function.
  2. Laptop mengalami overheating.

TROUBLESHOOTING







1.Pemeriksaan telah dibuat pada Laptop keyboard dengan menggunakan external keyboard dan telah dipastikan telah rosak

2.Housing casing Laptop dibuka bagi pemeriksaan  dan  telah dipastikan ada segumpal habuk telah menghalang pengaliran udara Heatsink Laptop





SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, penggantian keyboard baru dilakukan.Dan untuk masalah overheating, servis Laptop dilakukan.

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.



Friday, 17 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H/2012M

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada pembaca dan custemer blog Wangsa maju Computer Repair.Segala kesalahan (perbuatan,perkataan) jika ada, harap dimaafkan.Semoga korang menyambut hari yang mulia ini dengan penuh ceria dan penuh keberkatan.

Wangsa Maju Computer Repair  akan bercuti selama 1 minggu sehingga 27hb Ogos 2012  mulai hari ini.

Terima kasih kerana membaca dan mengikuti blog aku yang tak seberapa ini.  

Monday, 13 August 2012

[NOTEBOOK] REVIEW ACER ASPIRE V3-471 - RM1299






Quick Overview

  • Acer Aspire V3-471-32312G50
  • Intel Core i3-2310M-2.1GHz
  • Mobile Intel® HM77 Express Chipset
  • 14" HD 1366 x 768 resolution, Acer CineCrystal™ LED
  • 2GB DDR3, 500GB HDD
  • Intel® HD Graphics 3000
  • 8X DVD Super Multi Plus Drive 
  • Gigabit Ethernet, Wake-on-LAN ready
  • Multi-in-1 card reader (SD™, MMC, MS PRO & xD)
  • Bluetooth® 4.0+HS
  • Acer InviLink™ Nplify™ 802.11b/g/n Wi-Fi CERTIFIED™ 
  • Multi-gesture touchpad, supporting two-finger scroll, pinch, rotate, flip
  • Acer Crystal Eye HD webcam, 1280 x 1024 resolution
  • OS: DOS
  • Battery 48.8 W 4400 mAh 6-cell Li-ion standard battery pack ,Estimated battery life: 4.5 hours
  • 2.3 kg with 6-cell battery pack
REVIEW

Baru-baru ni, aku di minta oleh customer untuk beli Laptop baru bagi wife dia.

Wife dia ni Cikgu, sebelum ni dah ada 2 Laptop, tapi nak beli Laptop baru untuk di pakai buat kerja di sekolah dengan di rumah.

Oleh sebab dia dah lama tak mengikuti perkembangan teknologi computer yang terkini serta ingin mencari Laptop yang tahan lama (2 Laptop dia sebelum ini, aku juga yang tolong carikan dan beli, dan tahan sampai sekarang tanpa rosak mejor terutamanya pada bahagian motherboard), jadi owner minta jasa baik aku untuk mencari model Laptop yang memenuhi budget dan specification yang dia ingini.

Ciri-ciri laptop yang dia mahukan adalah, yang tahan lama (tanpa rosak mejor terutama pada bahagian motherboard), bateri tahan lama ketika digunakan ,  ringan serta nipis. Wife dia hanya guna untuk kerja-kerja sekolah,  untuk tengok movie dan dengar lagu sahaja.Budget adalah bawah RM 1300.

Antara ciri-ciri Laptop yang menjadi pilihan aku adalah dalam lingkungan pada post ini http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2012/03/tips-membeli-laptop-baru-yang-tahan.html
  1. Chipset yang digunakan oleh Laptop.
  2. Waranti yang ditawarkan pada Laptop (manufacture waranti).
  3. Spareparts senang dicari serta design Laptop yang senang untuk upgrade, contohnya upgrade Ram serta Hardisk. 
  4. Hardware contohnya Audio, Wifi , Bateri memenuhi kualiti dan standard serta tahan lama.
  5. Kualiti Body/Housing/Hinges(Engsel Design) Laptop.
  6. Design housing laptop senang untuk penyenggaraan, contohnya bersihkan kipas dan heatsink.
Selepas compare dengan Design ,Brand dan model serta harga dengan Brand Asus, Compaq , Dell serta Lenovo yang dalam range  harga RM 1300, aku sugest pada dia untuk beli  Aspire ACER ASPIRE V3-471  harga dalam RM 1299 + 6 free gift .

ACER ASPIRE V3-471  ini ada 1 spec lagi iaitu  V3-471G , harga agak tinggi dari budget yang dia ingini dan pakai display chipset Nvidia 640M serta processor Intel  i5.






Aku agak impressed dengan performance Laptop ini walaupun hanya pakai Processor i3, Ram asal adalah 2gb sahaja tapi aku upgrade 2gb ( + RM 34 ) lagi jadi jumlah Ram sekarang adalah 4gb.

Sound dari speaker Laptop agak kuat serta Keyboard agak responsive, touchpad laptop ini juga lebar serta selesa digunakan.

Bateri yang dibekalkan bersama Laptop ini adalah jenis Lithium Ion 6 cells yang kalau dilihat pada review website lain boleh mencapai selama 6 jam 44 minit penggunaannya.

 






BAIKPULIH LAPTOP SAMSUNG R40 TAK BOLEH POWER-ON GUNA ADAPTER CHARGER


Masalah Laptop SAMSUNG R40 ini langsung tak boleh Power-On jika hanya menggunakan adapter charger. Tapi boleh Power-On jika hanya menggunakan bateri.Masalah mula terjadi apabaila Laptop intermitent charge bateri (kadang-kadang -ok, kadang-kadang tak charge bater langsung),  menurut info dari owner Laptop ini.

Penukaran adapter charger baru pun, tak berjaya menyelesaikan masalah Laptop ini.

MASALAH
-Laptop boleh Power-On jika hanya menggunakan bateri.
-Laptop tak boleh Power-On jika hanya menggunakan adapter charger.
-Laptop tak boleh charging bateri
-Indicator led AC pada Laptop tak menyala.

TROUBLESHOOTING

1.Pemeriksaan telah dibuat pada Laptop adapter charger dan telah dipastikan berkeadaan baik.

2.Housing casing Laptop dibuka bagi pemeriksaan lebih lanjut pada DC connector dan  telah dipastikan berkeadaan baik.

3.Tetapi bila jack adapter charger disambung pada Laptop, AC led indicator hanya menyala dalam 1 saat dan selepas itu terus tidak menyala lagi.

SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati ada komponen elektronik pada bahagian litar charger dan bekalan kuasa motherboard Laptop tu yang telah rosak.Jadi kena GANTI komponen elektronik YANG TELAH ROSAK tersebut.

Masalah untuk Laptop ini bukan DC poer connector Laptop Samsung R40.
Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

Monday, 6 August 2012

BAIKPULIH DELL INSPIRON 1420-INTEL TAK BOLEH POWER ON SERTA ADAPTER CHARGER OFF SENDIRI BILA SAMBUNG KE LAPTOP

MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON 1420 ini langsung tak boleh Power-On.Apabila  jack dari adapter charger Laptop disambung ke connector Laptop. Led indicator adapter power charger akan mati dan bila ditest mengunakan multimeter pada jack power adapter, tiada arus elektrik yang mengalir(voltan tiada). Masalah ini terjadi walaupun guna adapter yang lain.


Mula-mula owner, ingat adapter charger Laptop yang telah rosak.jadi dia pun beli adapter charger baru, tapi masalah adapter charger Laptop masih terjadi dan Laptop masih tak boleh Power-On.


Masalah ini seakan sama dengan kerosakkan pada Laptop Dell Latitude 510m yang pernah aku baiki dulu. Boleh lihat di Link ini.

Cuma perbezaan, yang ini langsung tak boleh Power-On guna adapter charger ataupun bateri.

TROUBLESHOOTING
Jadi, aku suspek masalah adalah berpunca di motherboard kerana semua charger Laptop Dell yang ditest di matikan oleh laptop ketika disambung. Untuk masalah shorting ini, beberapa hardware yang perlu diperiksa, antaranya:

  1. CPU / RAM / ADAPTER CHARGER diperiksa berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect ada komponen di motherboard yang shorting pada bahagian blok(bahagian) litar pembahagi kuasa.
  2. Untuk mencari komponen yang bermasalah tersebut, Laptop ini, aku lakukan pemeriksaan dengan menyeluruh  (bukak casing housing Laptop) dengan hanya tinggal motherboard sahaja. 




SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati ada komponen elektronik pada bahagian litar pembahagi kuasa motherboard Laptop tu yang telah rosak.Jadi kena GANTI komponen elektronik YANG TELAH ROSAK tersebut.


Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

Thursday, 2 August 2012

MITOS KEBURUKKAN GUNA LAPTOP TANPA BATERI


THE MYTH (MITOS/DONGENG):
Di internet atau daripada penjual Laptop kita akan biasa mendengar pendapat atau diberitahu mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri.

Kita di beritahu penggunaan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Kita juga diberitahu, penyebab hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Kita juga diterangkan, selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Kita juga diberitahu, dengan adanya bateri pada laptop dapat menghindarkan litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, yang ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop korang. Kita juga diberitahu, adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.(Mitos ini aku copy-paste dari Forum http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=354076)


THE TRUTH (KEBENARAN):
Salam, sebenarnya pernyataan ini hanya betul untuk penjagaan bateri laptop yang menggunakan bateri Litium Ion serta penjagaan Hardisk serta data-data penting didalamnya.

Untuk perlindungan litar pintas, itu tak betul, kerana arus dari power adapter charger akan melalui motherboard terlebih dahulu, baru kebahagian charging BATERI laptop, jadi jika berlaku litar pintas dari soket outlet AC biasanya akan melalui adapter dulu serta merosakkan adapter charger dulu, dan jika arus LITAR PINTAS itu terlampau tinggi baru ianya merosakkan motherboard (BIASANYA BAHAGIAN LITAR POWER).

Jadi, jika pakai Laptop tanpa bateri, hanya guna adapter charger, tidak menjadi masalah.Adapter adalah pembekal voltage pada motherboard laptop, dan di adapter, sudah ada circuit protection untuk mengelak lebihan arus serta voltage yang dibekalkan telah distabilkan untuk kegunaan laptop.

Bateri sebenarnya hanya, sebagai  sumber kuasa Secondary untuk laptop jika kita hendak portable atau jika tiada bekalan kuasa AC yang berdekatan dengan laptop.

Dan adapter charger adalah sumber kuasa utama (Primary) bagi laptop yang menukarkan 240 AC dari soket outlet ke sumber kuasa DC (15v-20v) pada laptop.Baca di post ini mengenai adapter charger http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/12/tips-memilih-ac-adapter-charger-laptop.html

Kenapa aku cakap, mitos tersebut betul untuk menjaga bateri Laptop?.Kebanyakkan tips yang kita tahu tentang penjagaan bateri laptop datangnya dari semasa laptop masih mengguna kan bateri NiCd.

Kalau dulu kebanyakkan laptop keluaran tahun 2002 ke bawah biasanya mengunakan bateri NiCad (Nickel Cadmium), bateri ini perangainya kena fully discharge selepas digunakan sekurang-kurangnya 30 cycle charging atau 1bulan sekali, jika tidak bateri tak boleh simpan 100% charge, masalah ini di panggil memori efek .

Tapi sekarang, semua laptop guna teknologi bateri LiOn (Lithium Ion) yang lebih bagus dari bateri NiCad (Nickel Cadmium), bateri ini tak perlu untuk full discharge sampai 0v, tapi sebaliknya bateri ini perlu dicharge dengan lebih kerap, kerana bateri LiOn boleh rosak jika ianya disimpan tanpa ada sekurang-kurangnya 40% charge didalamnya.


Boleh baca di post ini, untuk penambahan ilmu tentang bateri LiOn http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2012/06/betul-ke-tips-bateri-lebih-tahan-lama.html

Jadi, pernyataan laptop lebih tahan lama jika guna bateri + adapter charger adalah betul hanya untuk penjagaan bateri serta untuk penjagaan HDD bagi laptop yang menggunakan bateri Litium ion .

Guna charger serta bateri di laptop juga adalah menyamai sistem sistem UPS di komputer, untuk korang save kan segala kerja yang dibuat jika tiba-tiba ada masalah power break down di office atau dirumah.

Laptop sekarang, sistem chargingnya akan cut off charging bateri, sekiranya bateri telah penuh dan akan hanya guna power dari adapter sahaja.

Tapi, perlu diingat mana-mana bateri juga ada lifecycle serta akan mengalami oxidation dan akan perlu ditukar apabila sudah dipakai sekian lama.Bateri yang disimpan lama juga akan rosak walaupun tidak digunakan, kerana bahan kimia didalam bateri akan mengalami oxidation atau corrosion dari masa ke masa.

SUMBER:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...