Thursday 21 June 2012

BETUL ATAU SALAH TIPS BATERI LAPTOP PERLU DIGUNAKAN SEPENUHNYA SEHINGA HABIS BARU DICHARGE SEMULA


THE MYTH (MITOS/DONGENG):
Kita biasa mendengar atau diberitahu supaya pakai bateri sehingga habis sampai ia discharge sepenuhnya kerana kalau kita tak pakai habis, contohnya jika tinggal 10% dari kapasiti bateri, bateri hanya dapat pakai atau charging sampai 90% sahaja.Masalah ini biasanya dipanggil sebagai bateri Memory-Efects.

THE TRUTH (KEBENARAN):
Masalah bateri Memory-Effects pada realitinya adalah hanya terjadi untuk bateri yang mengunakan teknologi lama iaitu nickel cadmium bateri (NiCd) atau nickel metal Hydride (NiMH), bateri NiCd ni dulu banyak digunakan pada Laptop keluaran 2004 ke bawah.

Untuk bateri NiCd atau NiMH ini jika bateri tersebut tidak digunakan sepenuhnya, ia akan mengurangkan kapasiti bateri tersebut untuk menyimpan charge sepenuhnya (100%) untuk charging seterusnya.

SUMBER:
http://en.wikipedia.org/wiki/Memory_effect

Masalah ini disebabkan pembentukkan crystals yang kecil didalam bateri yang tidak discharge sepenuhnya.Ini bermakna bateri NiCd yang di charging apabila hanya tingal 10% dari keseluruhan kapasitinya hanya boleh membekalkan 540 mAh power dari kapasiti asal bateri iaiatu 600 mAh.



Tetapi sekarang, kebanyakkan laptop menggunakan bateri Litium Ion (Li-Ion) atau Litium polymer (LiPo).Bateri yang mengunakan teknologi Lithium ini tidak mengalami masalah Memory-Efect seperti bateri yang menggunakan teknologi Nickel.

Sebaliknya bateri mengunakan teknologi Lithium akan mengalami kerosakkan jika dibiarkan kosong sepenuhnya tanpa charge (drained compeletely).

Jika voltage pada bateri Lithium ini dibiarkan kosong tanpa charge untuk tempoh yang lama, ia akan menyebabkan  terbentuk copper bridge(jambatan tembaga) yang mengakibatkan bateri mengalami short circuit dan menyebabkan bateri faulty atau kong.Tetapi biasanya, laptop yang mengunakan bateri Lithium ada emergency cut out untuk mengelakkan bateri sepenuhnya discharge,tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, sila jangan biar bateri disimpan tanpa charge.

Pengujian yang dilakukan pada bateri Lithium, menunjukkan bateri ini boleh bertahan lama (recharge cycle lebih tinggi) walaupun bateri ini dicharge dengan kerap dan  perlakuan membiarkan charge dalam bateri tersebut berada dalam kapasiti yang rendah contohya bawah 50% akan mengakibatkan bateri tersebut terpaksa dicharge lama untuk memenuhkan charging sampai 100%.Bila dicharge dengan masa yang lama, kepanasan akan terjadi.

Ini mengakibatkan bateri cepat kong, disebabkan kepanasan akibat terlalu lama bateri ini dicharge.
Kepanasan akibat dari charging bateri terlalu lama, mengakibatkan kapasiti berkurangan dengan pantas.

Tips Menjaga Bateri Lithium-Ion Supaya Bertahan Lama:

  • Elakkan bateri Litium ion yang digunakan dipakai sampai habis dan selalu charge bateri dengan lebih kerap akan membolehkan bateri tersebut bertahan lama.
  • Elakkan menyimpan bateri dalam keadaan tanpa charge atau charge yang terlalu minimum.
  • Biasanya bateri akan auto-discharge dengan sendiri dari semasa ke semasa (masalah bateri auto-discharge dengan terlalu cepat lebih terjadi pada bateri yang disimpan dengan ada 100% charge didalamnya) .
  • Jika tiada sedikit pun charge didalam bateri pula, ini akan mengakibatkan bateri  akan terbentuk copper bridge(jambatan tembaga) yang mengakibatkan bateri mengalami short circuit dan tak boleh dicharging lagi kerana disebabkan didalam bateri ada protection circuit yang menghalang/disable charging dilakukan pada bateri yang ada short cicuit.
  • Lithium-Ion bateri sepatutnya disimpan pada tempat berudara sejuk contohnya didalam Peti ais 
  • Bateri Litium ion lagi cepat kong/faulty jika disimpan pada tempat yang panas.
  • Simpan bateri Lithium ion anda jika tidak digunakan dengan bateri tersebut mempunyai  sekurang-kurangnya 40% charge level.


SUMBER:
http://en.wikipedia.org/wiki/Lithium-ion_battery
http://batteryuniversity.com/learn/article/how_to_prolong_lithium_based_batteries
http://www.chip.com.my/the-magazine/



1 comments:

أحمد شكور said...

slm,sye nk tnye bleh terangkn psal 50% charge tu...saye x berape faham sangat...Mohon penerangan yang jelas...😀😀😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...