Thursday, 21 June 2012

BETUL ATAU SALAH TIPS BATERI LAPTOP PERLU DIGUNAKAN SEPENUHNYA SEHINGA HABIS BARU DICHARGE SEMULA


THE MYTH (MITOS/DONGENG):
Kita biasa mendengar atau diberitahu supaya pakai bateri sehingga habis sampai ia discharge sepenuhnya kerana kalau kita tak pakai habis, contohnya jika tinggal 10% dari kapasiti bateri, bateri hanya dapat pakai atau charging sampai 90% sahaja.Masalah ini biasanya dipanggil sebagai bateri Memory-Efects.

THE TRUTH (KEBENARAN):
Masalah bateri Memory-Effects pada realitinya adalah hanya terjadi untuk bateri yang mengunakan teknologi lama iaitu nickel cadmium bateri (NiCd) atau nickel metal Hydride (NiMH), bateri NiCd ni dulu banyak digunakan pada Laptop keluaran 2004 ke bawah.

Untuk bateri NiCd atau NiMH ini jika bateri tersebut tidak digunakan sepenuhnya, ia akan mengurangkan kapasiti bateri tersebut untuk menyimpan charge sepenuhnya (100%) untuk charging seterusnya.

SUMBER:
http://en.wikipedia.org/wiki/Memory_effect

Masalah ini disebabkan pembentukkan crystals yang kecil didalam bateri yang tidak discharge sepenuhnya.Ini bermakna bateri NiCd yang di charging apabila hanya tingal 10% dari keseluruhan kapasitinya hanya boleh membekalkan 540 mAh power dari kapasiti asal bateri iaiatu 600 mAh.



Tetapi sekarang, kebanyakkan laptop menggunakan bateri Litium Ion (Li-Ion) atau Litium polymer (LiPo).Bateri yang mengunakan teknologi Lithium ini tidak mengalami masalah Memory-Efect seperti bateri yang menggunakan teknologi Nickel.

Sebaliknya bateri mengunakan teknologi Lithium akan mengalami kerosakkan jika dibiarkan kosong sepenuhnya tanpa charge (drained compeletely).

Jika voltage pada bateri Lithium ini dibiarkan kosong tanpa charge untuk tempoh yang lama, ia akan menyebabkan  terbentuk copper bridge(jambatan tembaga) yang mengakibatkan bateri mengalami short circuit dan menyebabkan bateri faulty atau kong.Tetapi biasanya, laptop yang mengunakan bateri Lithium ada emergency cut out untuk mengelakkan bateri sepenuhnya discharge,tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, sila jangan biar bateri disimpan tanpa charge.

Pengujian yang dilakukan pada bateri Lithium, menunjukkan bateri ini boleh bertahan lama (recharge cycle lebih tinggi) walaupun bateri ini dicharge dengan kerap dan  perlakuan membiarkan charge dalam bateri tersebut berada dalam kapasiti yang rendah contohya bawah 50% akan mengakibatkan bateri tersebut terpaksa dicharge lama untuk memenuhkan charging sampai 100%.Bila dicharge dengan masa yang lama, kepanasan akan terjadi.

Ini mengakibatkan bateri cepat kong, disebabkan kepanasan akibat terlalu lama bateri ini dicharge.
Kepanasan akibat dari charging bateri terlalu lama, mengakibatkan kapasiti berkurangan dengan pantas.

Tips Menjaga Bateri Lithium-Ion Supaya Bertahan Lama:

  • Elakkan bateri Litium ion yang digunakan dipakai sampai habis dan selalu charge bateri dengan lebih kerap akan membolehkan bateri tersebut bertahan lama.
  • Elakkan menyimpan bateri dalam keadaan tanpa charge atau charge yang terlalu minimum.
  • Biasanya bateri akan auto-discharge dengan sendiri dari semasa ke semasa (masalah bateri auto-discharge dengan terlalu cepat lebih terjadi pada bateri yang disimpan dengan ada 100% charge didalamnya) .
  • Jika tiada sedikit pun charge didalam bateri pula, ini akan mengakibatkan bateri  akan terbentuk copper bridge(jambatan tembaga) yang mengakibatkan bateri mengalami short circuit dan tak boleh dicharging lagi kerana disebabkan didalam bateri ada protection circuit yang menghalang/disable charging dilakukan pada bateri yang ada short cicuit.
  • Lithium-Ion bateri sepatutnya disimpan pada tempat berudara sejuk contohnya didalam Peti ais 
  • Bateri Litium ion lagi cepat kong/faulty jika disimpan pada tempat yang panas.
  • Simpan bateri Lithium ion anda jika tidak digunakan dengan bateri tersebut mempunyai  sekurang-kurangnya 40% charge level.


SUMBER:
http://en.wikipedia.org/wiki/Lithium-ion_battery
http://batteryuniversity.com/learn/article/how_to_prolong_lithium_based_batteries
http://www.chip.com.my/the-magazine/



Tuesday, 19 June 2012

BAIKPULIH FTEC W2 T2220P MASALAH OPERATING SYSTEM NOT FOUND


MASALAH
Masalah FTEC W2 T2220P-21H ni adalah tak jumpa hardisk.Jadi laptop ni tak boleh boot windows(Operating system not found).

Laptop ni juga ada masalah lain, selain tak jumpa  hardisk, masalah lain adalah keyboard bermasalah beberapa key tak function seperti key (Enter serta  arrow kekanan dan kekiri tak function), semua usb port di Laptop  juga tak recognize hardware yang dicucuk padanya, contohnya usb keyboard atau usb pendrive.




SOLUTION :
1st sekali, aku suspek masalah berkemungkinan berpunca dari motherbord, sama ada bios corrupt atau masalah pada connector SATA hardisk .

Jadi 1st sekali, aku flash balik IC EEPROM motherboard ni dengan file bios baru, serta baiki connector SATA hardisk motherboard.

Untuk pengetahuan korang, Company FTEC dari Malaysia ni dah tutup kedai, jadi website link untuk download driver semua Laptop keluaran mereka dah takda kerana website tersebut juga dah ditutup.

Tapi, aku dapat tahu sebenarnya laptop-laptop keluaran mereka adalah laptop rebadge dari Laptop Brand Clevo.Laptop FTEC W2 T2220P-21H ni adalah Laptop CLEVO M720S-P link




Laptop berkeadaan baik, selepas  kerosakkan dibaiki. .Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Monday, 18 June 2012

BAIKPULIH TOSHIBA SATELITE M200 LCD WHITE SCREEN/SCREEN PUTIH

 
MASALAH
Masalah laptop TOSHIBA SATELLITE M200 ni macam biasa, masalah video artifact, pecah-pecah masa guna adapter charger.Masalah Toshiba M200
Laptop ni juga ada masalah lain, iaitu masalah LCD screen jadi putih, owner dah cuba baiki ditempat lain, tapi kos agak tinggi kerana membabit penukaran LCD baru serta motherboard.

Masalah mengenai, LCD Screen Putih ni, pernah aku ulas dulu di tajuk WSOD.Untuk  masalah WSOD pada laptop ni, kerosakkan adalah berpunca dari logic board dibelakang panel LCD, punca ini dapat diketahuai dengan pengujian menggunakan LCD yang lain.
SOLUTION
Adakah masalah WSOD yang berpunca dari logic board dibelakang panel LCD diperbaiki ?.

Jawapanya adalah boleh!, jika ada sparepart untuk ganti komponen yang faulty pada logic board.

1st sekali, aku terpaksa buka panel dan buka plastic yang melindungi logic board  LCD. Pengujian dan penukaran komponen yang rosak dilakukan.

Laptop berkeadaan baik, selepas  kerosakkan dibaiki. .Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959








Thursday, 14 June 2012

BAIKPULIH TOSHIBA SATELLITE A100 MASALAH POWER-ON


MASALAH
Masalah laptop TOSHIBA SATELLITE A100  ni susah nak Power-ON , kekadang boleh Power-ON, tapi dalam beberapa saat, Laptop Power-Off balik.




Laptop ni, owner dah cuba baiki, tapi makin bermasalah, sehingga riben-riben fconector antara buton Laptop dengan motherbord, kebanyakkannya  sudah rosak.

SOLUTION :
1st sekali, aku terpaksa tukar, riben-riben flex laptop kerana bila aku check kebanyakkanya dah rosak akibat putus dan hujung pinnya dah tercabut.

Tapi, laptop still, bermasalah Power-Off beberapa saat selepas Power-ON. masalah susah nak Power-On  sudah tiada.

Jadi, aku suspek motherboard dah problem, motherboard terpaksa dibuka dan diservis.

Masalah, Laptop berjaya diselesaikan, Tapi masih ada masalah pada laptop ini, kerana Hardisk dah corrupt dan speaker Laptop dah koyak ke 2-2 belah.
.

Laptop berkeadaan baik, selepas  kerosakkan dibaiki. .Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959



Thursday, 7 June 2012

TIPS BAIKPULIH ACER ASPIRE ONE BLANKSCREEN MENGUNAKAN BIOS RECOVERY CRISIS DISK



MASALAH

Masalah yang selalu dialami Netbook Acer Aspire One  biasanya adalah masalah blankscreen.
Bila power-on, Netbook boleh hidup, tapi kat screen tak keluar apa-apa (netbook tak POST pun).


Bila test kat external monitor juga, tiada apa-apa yang keluar .


SOLUTION :


Biasanya, masalah blankscreen pada Netbook Acer Aspire One ni, adalah berpunca dari IC EEPROM bios pada motherboard dah corrupted atau faulty.


Untuk pertama kali masalah ini terjadi boleh  flashing balik IC EEPROM bios netbook asal.Tapi jika masalah sama terjadi lebih pada sekali (berulang kali).IC EEPROM lama perlu ditukar dengan IC yang baru.


Ada 3 jenis EEPROM IC yang biasa digunakan oleh motherboard Laptop/Desktop



PLCC EEPROM









TSOP EEPROM










SOIC EEPROM








Cara Untuk Flash Bios Acer One Jika Berlaku Masalah Blankscreen :
  1. Pasang USB pendrive pada Komputer yang running Windows. 
  2. Open My Computer. 
  3. Right-click pada USB Drive dan pilih Format.
  4. Pilih untuk File system pendrive kepada FAT32 dan tekan Start. 
  5. Selepas format dah siap download BIOS terbaru untuk netbook korang di ftp://ftp.acer-euro.com/netbook/aspire_one_110/bios atau dari alternative download location yang lain..
  6. Buka ZIP file yang korang dah  downloaded (guna winrar atau 7zip) dan copy semua  files tu pada USB pendrive:  > FLASHIT.EXE  > serta bios file (katakan bernama 3309.FD) (nama BIOS mungkin berbeza berdasarkan model) 
  7. Di usb pendrive, rename BIOS file (3309.FD) kepada ZG5IA32.FD ( nama ini dapat dari code nama motherbord laptop)
  8. Cabut atau remove USB pendrive dari komputer korang, cucuk pada usb port netbook Acer One yang bermasalah.
  9. Tekan key Fn dan Esc secara serentak.Tekan key tersebut serentak dan tekan power-on button. Release Fn+Esc selepas beberapa saat. Kalau korang perasan led pendrive akan blinking semasa kaedah ini dilakukan. 
  10. Semasa kaedah ini dilakukan Acer Aspire One akan access  file bios firmware didalam pendrive yang korang buat tadi dan  flashing Bios firmware baru pada IC EEPROM Bios. 
    Selepas beberapa ketika, led pendrive akan berhenti blinking dan netbok Acer one akan reboot dengan sendiri.
Lakukan dengan hati-hati, serta sila pastikan bios file yang korang masukkan di pendrive adalah untuk model yang betul.

Jika silap cara yang digunakan, kemungkinan netbook Acer tersebut akan bermasalah tak dapat detect usb pendrive, jika masalah ini terjadi,korang terpaksa buka casing netbook dan cabut IC EEPROM bios netbook untuk flash menggunakan EEPROM programmer.




Perlu diberi perhatian cara diatas hanya untuk netbook Acer One sahaja, untuk laptop atau netbook brand lain, ada cara recovery bios dia yang tersendri serta step-step nya berlainan.Sila jangan keliru atau cuba cara yang aku terangkan diatas  pada Laptop atau Netbook brand atau model yang berlainan.

Harap post ini membantu dan Selamat mencuba.Tapi disini aku ingin beri Amaran jangan cuba pada Laptop yang tiada mengalami masalah BIOS, dan aku tidak bertangungjawab jika Laptop korang mengalami kerosakan atau masalah selepas membuat TIPS yang aku terangkan ini.


Netbook berkeadaan baik, selepas  EEPROM bios lama diganti dengan yang baru. .Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...