Tuesday, 27 March 2012

BAIKPULIH TOSHIBA SATELLITE M100 BERMASALAH BLANKSCREEN


MASALAH

Masalah laptop TOSHIBA SATELLITE M100 ni adalah blankscreen, bila Power (ON), boleh tapi LCD screen tak keluar apa-apa.
SOLUTION :
Ini tips , aku nak ajar pada korang jika laptop mengalami masalah blankscreen secara tiba-tiba, sila  servis Ram dan slot Ram laptop tu dulu, dan kalau korang hantar kat kedai repair, pastikan tukang repair periksa Ram dan slot Ram terlebih dahulu.


Kenapa aku suruh check ram dan slot ram, baca post nihttp://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2012/02/kepentingan-servis-cuci-ram-dan-slot.html


Untuk semua masalah laptop blankscreen,cara ini adalah 1st aku lakukan dahulu untuk memastikan problem bukan disebabkan Ram atau slot Ram.Jika dah confirm masalah bukan disebabkan ram, baru proceed hardware lain.  
Untuk kes ni, aku buka housing  TOSHIBA SATELLITE M100 ni sebab 1 ram ada dibawah Keyboard laptop .Aku pasang balik, hanya 1 Ram dan test Laptop boleh power (ON) atau tidak.Dengan cara ini aku dapat pastikan mana Ram dan slot Ram yang problem dan servis Ram dan slot Ram laptop yang problem tersebuat

Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959













Monday, 26 March 2012

KERJA CONVERT MOTHERBOARD HP PAVILION DV2700-NVIDIA DISPLAY KEPADA HP PAVILION DV2000-INTEL DISPLAY

MASALAH

Masalah laptop HP PAVILLION DV2700 ni adalah Nvidia chipset display overheating,sama dengan masalah yang dialami Laptop Compaq Presario  V3000-AMD.


Ini kerana kedua-dua HP Pavillion DV2+++ dan Compaq Presario V3+++ menggunakan motherboard yang sama, jadi masalah yang dihadapi laptop pun sama.


Biasanya solution yang terbaik serta bertahan lama untuk sekurang-kurangnya lebih 2tahun bagi masalah nvidia chipset overheating ni adalah menukar motherboard yang bermasalah GPU tu dengan yang baru (betul-betul baru) atau convert kepada motherboard intel yang guna intel chipset sahaja, ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku baiki masalah Laptop model ni.


Tukar chipset Nvidia baru biasanya, masalah overheating GPU kadang-kadang akan berulang balik dan terjadi juga (dan ada beberapa kes yang aku jumpa).


Tapi nak menukar motherboard untuk Laptop HP-Compaq ni pun, walaupun seakan sama dan menggunakan processor seakan sama ada beberapa problem yang akan jumpa.

Tukar motherboard baru laptop ini bukan semudah atau sesenang yang disangkakan, walaupun  macam  untuk tukar Motherboard V3000-AMD baru yang mempunyai Processor dan chipset Nvidia yang sama, tapi tetap ada masalah, kerana untuk HP-Compaq motherboard nya ada beberapa version untuk model yang sama, antara masalah yang akan dihadapi:
  1. Heatsink Processor tak sama (tempat untuk skru berbeza)
  2. Adapter Wifi card tak compatible
  3. Power adapter charger tak sama
  4. Processor tak di support oleh chipset motherboard
  5. Touchpad riben connector tak sama
  6. Tiada connector soket untuk optional hardware contohnya (webcam, finger print sensor, bluetooth)
Masalah seperti wifi adapter atau processor tak compatible, biasanya boleh di baiki dengan upgrade BIOS motherboard, tapi jika chipset motherboard yang nak di convert berlainan jenis contohnya, dari chipset Nvidia nak convert pada chipset intel, cara tersebut memang tak boleh digunakan.

 CONVERT MOTHERBOARD HP DV 2700 KE HP DV2000



PENUKARAN PROCESSOR 

PENUKARAN TOUCHPAD


PENUKARAN PROCESSOR   

PENUKARAN POWER ADAPTER  



Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959 

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.


  

BAIKI ACER ASPIRE 4736G AUTO POWER OFF MASA LOADING WINDOWS

MASALAH

Masalah laptop ACER ASPIRE 4736G  ni adalah, auto POWER (OFF) masa tengah loading nak masuk windowstapi jika buka BIOS masalah tu tiada.Kawasan soket power jack aku telah check, untuk confirmkan power soket tak longgar.
SOLUTION
Jadi aku pun buat checking pada komponen di motherboard, didapati 1 komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail. 

Masalah ini juga biasa terjadi pada model Acer Aspire 4736Z / 4935 /4937G.
Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959 

Friday, 23 March 2012

BAIKI MASALAH TOSHIBA SATELLITE L200 TAK BOLEH POWER ON GUNA CHARGER

MASALAH

Masalah laptop TOSHIBA SATELLITE L200 ni adalah,sama dengan masalah yang dialami Laptop Toshiba M200/L300.


SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan tukar komponen faulty yang menyebabkan masalah Laptop terjadi.Perlu diingatkan, kalau salah cara semasa kerja resolder (rework) komponen faulty tu dilakukan boleh menyebabkan motherboard Laptop rosak dan akan bermasalah untuk power ON.


Penggantian Komponen elektronik baru dilakukan pada motherboard laptop dan masalah berjaya diselasaikan.



Laptop ini juga mengalami masalah speaker pecah (kertas diaphragm speaker dah reput), jadi baik pulih dilakukan pada speaker Laptop.







Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

BAIKI COMPAQ PRESARIO C700 TIADA POWER DAN TAK BOLEH POWER ON


MASALAH

Masalah laptop COMPAQ PRESARIO C700 ni adalah, tak boleh power (ON ) laptop.Kawasan soket power jack juga tiada led biru  menyala yang menunjukkan ada voltage membekalkan power pada laptop .

SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan check motherboard laptop.Laptop charger telah di check dan berada dalam keadaan baik (18.5V/3.45A).


Kabel conector power juga telah diperiksa berada dalam keadaan baik.Tapi bila diukur pada bahagian I.C mosfet PQ2 Motherboard tiada voltage dibahagian itu.

Penggantian komponen power IC yang membekalkan voltage pada PQ2 mosfet dilakukan  pada laptop dan masalah berjaya diselasaikan.







Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/HAFIZAM


BAIKI ACER ASPIRE 4630Z TAK BOLEH POWER ON

MASALAH

Masalah laptop ACER ASPIRE 4630Z ni adalah, akan power OFF  sendiri setiap kali owner (ON ) laptop. 


SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan servis Motherboard laptop.Masalah Laptop dapat diselesaikan dan laptop dapat Power ON seperti biasa.

Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Thursday, 22 March 2012

MEMILIH ULTRABOOK YANG BAGUS

Sekarang tengah hot pasal ULTRABOOK, apa jenisnya ultrabook ni,
Apa itu Ultrabook?kalau ada yang masih tak tau lagi, Ultrabook adalah notebook higher-end  yang mempunyai berat yang ringan  (rata-rata dalam 1.4Kg), body housing yang nipis serta penggunaan bateri yang mencapai 8jam  (biasanya hanya dapat dalam 7 jam sahaja).
Ultrabook juga menggunakan Intel processor + intel intregrated grafik serta menggunakan  solid-state drives (SSD) untuk kelajuan. 
Sehingga kini, model Ultrabook yang telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia adalah dari Acer, Asus, Lenovo dan Toshiba.
Ciri-ciri notebook yang boleh diketegorikan sebagai ultrabook.
    1. Nipis- Tebal keseluruhan mestilah kurang dari 20 mm (0.8 inci)
    2. Ringan- Berat keseluruhan kurang dari 1.4 kg (3.1 pounds)
    3. Jangka hayat bateri- Melebihi 4 jam.
    4. Tiada DVD Player
    5. Berkemampuan menggunakan SSD
    6. Menggunakan Consumer Ultra-Low Voltage (17 W) processor.
    7. Menggunakan Intel graphics
    8. Berkemampuan untuk menyingkatkan waktu loading/booting

Baru-baru ni aku telah survey beberapa Brand dan model Ultrabook yang ada dipasaran.jadi aku sempat godek-godek model-model dibawah ni.

ACER ASPIRE S3 (RM2599)








Acer Aspire S3 Specs :
  • Processor : 1.6GHz Intel Core i5 2467M- choice of Core i3, i5 and i7 processors 
  • Memory : 4GB, 1,333MHz DDR3
  • Hard drive : 20GB SSD / 320GB 5,400rpm
  • Chipset : Intel UM67
  • Graphics : Intel HD3000
  • Display : 13.3 inch  (1366 x 768) display 
  • Operating system : Windows 7 Home Premium (64-bit)
BODY CASING: Bagus

WEB CAMERA:  Biasa (kadang-kadang Video Laging)

AUDIO SOUND: Biasa

RESPONSIVE: Biasa

WIFI SIGNAL: Bagus

USB PORT: 2 usb port (usb 2.0) dan tiada usb 3.0

UPGRADEABLE:  Senang untuk upgrade dari segi hardware SSD.
Ram dan processor tak boleh upgrade sebab telah di solder di Motherboard, jadi korang hanya dapat guna hanya 4gb sahaja serta tak boleh upgrade dari i5 ke i7.

SENGGARAAN: Senang untuk selengara dengan buka cover housing belakang.

HARDWARE YANG DIGUNAKAN: Hardware seperti HDD yang ditawar oleh ACER agak tinggi dari Brand lain.


HP FOLIO 13-1001TU (RM 2999.00)










HP Folio 13 Specification:
  • CPU Processor: Intel Core i5 2467M Processor Speed: 1400 Mhz
  • RAM: 4096 MB DDR3 SDRAM
  • HDD:SDD: 128GB mSATA SSD
  • Screen Size: 13.3 inch Resolution: 1366 x 768
  • Screen Type: LED-Backlit LCD
  • GPU: Intel HD Graphics 3000
  • GPU RAM: 128MB (Dedicated)
  • HDMI Ports: 1
  • USB Ports: USB 2.0 / USB 3.0
  • WiFi: Yes
  • Bluetooth: No
  • Mobile Internet: No Wireless WAN ( 3G cellular)
  • Keyboard: Backlit
  • Card Reader: Multi-format card reader
  • Webcam: HP TrueVision HD Webcam
  • Battery Life: Up to 9 hours
  • Bettery Type: Standard with 6 cells
  • Size (w/h/d inches) : 12.5/8.7/0.7
  • Weight: 1490 gm/ 52.6 oz
  • Note: Also available with Intel Core i5 CPU at 1.6GHz and expandable RAM up to 8GB

BODY CASING: Bagus

WEB CAMERA:   Sangat bagus

AUDIO SOUND: Sangat bagus

RESPONSIVE: Keyboard dan touchpad agak bagus

WIFI SIGNAL: Sangat bagus

USB PORT: 2 Usb port ( USB 2.0 / USB 3.0)

UPGRADEABLE: SSD agak sukar untuk upgrade kerana guna SSD mSATA yang sekarang tiada dalam pasaran Malaysia. Ram boleh di upgrade sampai 8gb

SENGGARAAN: Senang untuk selengara dengan buka cover housing belakang.

HARDWARE YANG DIGUNAKAN: Hardware yang ditawarkan oleh HP sama dengan brand lain.

BATERI : Dari reveiw website lain, bateri HP Folio adalah paling lama antara semua Ultrabook (7 jam)

http://www.mobile88.com.sg/news/read.asp?file=/2012/3/8/20120308154606&phone=HP_Folio_13_review_ultrabook

http://laptop-keyboard.over-blog.com/article-hp-folio-13-review-96118432.html

http://www.theverge.com/2012/1/3/2677280/hp-folio-13-review

ASUS ZEN BOOK (RM3290)















BODY CASING: Bagus

WEB CAMERA:   Biasa (kadang-kadang Video Laging)

AUDIO SOUND: Biasa (agak slow bagi aku)

RESPONSIVE: Biasa

WIFI SIGNAL:  Biasa

USB PORT: 2 Usb port 

UPGRADEABLE: SSD agak sukar untuk upgrade kerana guna SSD mSATA yang sekarang tiada dalam pasaran Malaysia.Processor boleh upgrade kerana pakai soket.Ram tak dapat nak upgrade sebab jenis solder dekat motherboard.

SENGGARAAN: Senang untuk selengara dengan buka cover housing belakang.

HARDWARE YANG DIGUNAKAN: Bagus

BATERI : Dari reveiw website lain, bateri Asus Zen


http://gadgetholic.net/asus-ux31-ultrabook-review-and-disassembly.html
http://www.ski-epic.com/2012_asus_zenbook_ux31_disassembly_teardown/index.html

TOSHIBA Z830 (RM3999)







BODY CASING: Bagus

WEB CAMERA:   Bagus

AUDIO SOUND: Biasa (agak slow bagi aku)

RESPONSIVE: Biasa

WIFI SIGNAL: Bagus

USB PORT: 3 Usb port  

UPGRADEABLE: SSD agak sukar untuk upgrade kerana guna SSD mSATA yang sekarang tiada dalam pasaran Malaysia.Processor boleh upgrade kerana pakai soket.Ram boleh upgrade sebab 1 slot dekat motherboard.

SENGGARAAN: Senang untuk selengara dengan buka cover housing belakang.

HARDWARE YANG DIGUNAKAN: Bagus

BATERI : Dari reveiw website lain, bateri Tosiba Z830

http://www.misco.co.uk/Product/Q520654/HP-Folio-13-Ultrabook-PC-Intel-Core-i5-2467M-13-3inch-LED-4GB-128GB-Windows-7-Pro-Laptop



CONCLUSION

Pada pendapat aku la, jika korang nak beli ultrabook, untuk ketegori value untuk duit korang, boleh pilih ACER ASPIRE S3 kerana paling murah. serta SSD diberi paling besar antara semua Ultrabook iaitu 320gb serta 20gb SSD (ini adalah hybrid HDD) tapi agak slow dari SSD yang sebenar.
ACER ASPIRE S3 juga tiada (usb 3.0), bermakana high speed transfer ke external HDD (usb 3.0) hanya berkelajuan (usb 2.0)

Tapi jika untuk multi purpose ultrabook seperti tengok movie, dengar lagu, buat kerja office,serta kerja-kerja lain  dan senang untuk upgrade pada masa akan datang pada pendapat aku HP FOLIO 13 adalah yang terbaik untuk kategori value for money untuk Ultrabook.

Tapi, nasihat aku, jika korang nak beli laptop baru, pergi survey sendiri dan cuba sendiri model dan brand Laptop idaman korang.Jangan percaya 100% review serta pandangan salesman. Sila kaji dulu model yang korang minati di internet serta test sendiri pada Demo Laptop.

Gunakan test demo Laptop yang ada di kedai komputer tu untuk lihat semua aspek Laptop yang korang nak beli tu.Jangan sampai menyesal bila dah beli nanti jika korang ada tak puas hati mengenai Laptop yang dibeli tu.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...