Wednesday, 14 November 2012

BAIKPULIH ASUS EeePC 1015B BERMASALAH HANG MASA BIOS POST

MASALAH
Masalah netbook ASUS EeePC 1015b ini boleh Power-On.Tapi Hang masa BIOS POST (Power-On Self Test) .

Logo Asus Eee PC tu akan Hang dan netbook ini tak Boot Loading Windows langsung, walaupun dibiarkan Power-On dalam 10minit.Sistem BIOS menu pun tak dapat masuk walaupun key F2 telah di tekan.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah BIOS hang ni, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  yang boleh menyelesaikan masalah BIOS Hang jika cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard tidak berjaya dilakukan.


Masalah netbook ASUS EeePC 1015b berjaya diselesaikan selepas IC BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.





Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

Monday, 12 November 2012

BAIKPULIH NEC VERSA E3100 ROSAK PELBAGAI

MASALAH
Laptop NEC VERSA E3100 ini, mempunyai pelbagai kerosakkan, Laptop boleh Power-On.
Tapi masa kat BIOS POST, akan keluar bunyi buzzer continuously, dan untuk hilangkan bunyi tersebut, 1 key pada keyboard terpaksa ditekan.


Windows pada Laptop ini juga, corrupt dan mempunyai masalah BSOD, serta LCD ada masalah horizontal line dan akan jadi putih keseluruhan sedikit demi sedikit dalam masa 1-2 minit Laptop di ON.
Menurut info dari owner, LCD laptop ini telah ditukar dan kedai yang tukar LCD ini menurutnya menukar dengan LCD yang baru.
Tetapi, setelah aku buka, didapati, LCD yang diganti adalah yang secondhand/refurbish sebab ada kesan-kesan telah dibuka dan dibaiki, tapi diclaim sebagai yang baru.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah keluar bunyi buzzer continuously masa Laptop POST, aku check keyboard dulu, aku cabut dan cuba BOOT windows, kalau tiada .bunyi buzzer continuously keluar seperti yang disebutkan tadi, masalah adalah berpunca dari IC didalam keyboard yang telah short atau rosak.

Penukaran keyboard baru dilakukan untuk Laptop NEC VERSA E3100 ini.

Untuk masalah LCD, penukaran LCD yang baru dilakukan untuk Laptop ini.



Untuk masalah BSOD, aku terpaksa format dan install windows.Masalah Laptop berjaya diselesaikan, walaupun ada 1 lagi masalah, iaitu keyboard dan mousepad tak berfungsi jika  bateri dipasang pada Laptop, seperti masalah yang pernah aku jumpa sebelum ini LINK 1 . 

Jadi aku berpendapat bateri Laptop ini juga mengalami shorting dan menggangu fungsi keyboard dan mousepad pada Laptop ini. Usb mouse tiada masalah.

Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.Laptop berada dalam keadaan baik.








Jika berminat nak baiki  masalah  pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...