Tuesday, 29 November 2011

BAIKPULIH LAPTOP BENQ JOYBOOK S31V MOUSE PAD DAN KEYBOARD GAGAL BERFUNGSI

MASALAH

Masalah Laptop BENQ JOYBOOK S31V  ini adalah mouse pad dengan keyboard tak berfungsi ketika run Windows, owner terpaksa guna keyboard dan mouse external semasa menggunakan laptop ini.


Dan owner  mengatakan ,problem terjadi apabila dia cuba baiki masalah bluescreen dan laptop hang dan mati sendiri dikedai komputer sekitar tempat tinggalnya, masalah bluescreen dah setel tapi masalah  mouse pad dengan keyboard gagal berfungsi pula terjadi dan laptop masih shutdown- mati dengan sendiri, jadi owner telah approach aku untuk baiki Laptop ini kerana kakak owner pernah baiki laptop dengan aku.


Apabila Windows run dalam Safe Mode mouse pad dengan keyboard boleh berfungsi, tapi jika windows run dalam keadaan biasa, masalah seperti yang disebutkan tadi berlaku.
Aku cuba format windows baru, tapi masalah masih sama, format menggunakan HDD lain juga masih sama.Laptop akan berkeadaan begitu dan mouse pad dengan keyboard masih tak berfungsi ketika run windows dalam keadaan normal

video
video



BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop BENQ JOYBOOK S31V ni akhirnya berjaya juga diselesaikan.
Rupa-rupanya bateri pack Laptop menjadi punca masalah mouse pad dengan keyboard tak berfungsi ketiaka windows run dalam keadaan normal.


Ini berkemungkinan disebabkan bateri pack menggangu driver mouse pad dengan keyboard ketika windows dalam keadaan mengesan semua hardware di Laptop selepas Bios Post.


Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.
video


1 comments:

Anonymous said...

sy pakai samsung x11 dan pnye mslh sm...cmne nk repair?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...