Monday, 10 September 2012

BAIKPULIH COMPAQ PRESARIO CQ20 POWER CUT OFF TIBA-TIBA

Masalah Laptop COMPAQ PRESARIO CQ20 ini, Windows dapat boot dan start macam biasa, tapi  pakai tak sampai 1-5 minit, Laptop Power-Off (shutdown) secara tiba-tiba semasa guna, macam voltage elektrik di cut off  dengan sendiri.

MASALAH
  1. Laptop Power-Off (shutdown) secara tiba-tiba semasa guna.
TROUBLESHOOTING
1. Pemeriksaan telah dibuat pada motherboard Laptop , dan aku suspek komponen yang bekalkan voltage Vcore pada processor yang menyebabkan masalah shutdown ini.

2. Housing casing Laptop dibuka bagi pemeriksaan untuk memastikan ianya, tiada habuk dan thermal compound berada didalam keadaan yang baik.

SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan didapati komponen yang membekal dan mengawal Vcore telah rosak dan tak stabil, penggantian komponen baru yang disebutkan untuk motherboard dilakukan .

Dan untuk  memastikan masalah telah dibaiki , pemeriksaan dan pengujian stabiliti  Laptop dilakukan menggunakan software Pcmark7 serta HP stabiliti tester.

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.


BAIKPULIH ACER ASPIRE 4710Z POWER START BUTTON KABEL ROSAK

Masalah Laptop ACER ASPIRE 4710Z ini, laptop tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup, owner juga complaint yang Laptop ada password pada bios.
 MASALAH
  1. Laptop tak boleh Power-On.
  2. Laptop bios ada password.





 TROUBLESHOOTING
1.Pemeriksaan telah dibuat pada Laptop Start button, dan aku dapati riben kabel flex start button telah dipastikan telah rosak kerana telah koyak.

2.Bios motherboard laptop ada password, dan walaupun bateri cmos telah dicabut, password bios masih ada. Owner menceritakan password pada Bios terjadi semasa dia hantar Laptop ke kedai lain untuk baiki kerosakkan laptop sebelum ini.



SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, penggantian kabel riben flex baru dilakukan .Dan untuk masalah bios password, aku terpaksa program balik IC Bios secara manual, dengan menanggalkan IC bios dan program balik bios baru menggunakan   EEPROM Programmer .






Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...