𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛
Masalah PC blank & berbunyi Buzer ini sering dialami oleh pengguna komputer desktop, kebiasaannya masalah ini biasanya menunjukkan :
- RAM bermasalah.
- Slot RAM bermasalah.
- Ada hardware disistem komputer yang faulty.
Untuk masalah yang dialami oleh PC model Dell XPS 8700 ini. Antara simptom yang dikenal pasti:
- PC boleh ON (kipas dan lampu menyala)
- Skrin monitor kosong (tiada paparan)
- Bunyi beep berulang kali dari motherboard
- Tidak boleh masuk BIOS
- Sistem gagal melakukan POST (Power-On Self-Test)
Jika masalah ini bukan disebabkan berpunca dari RAM biasanya membuatkan pengguna menyangka kerosakan besar telah berlaku seperti motherboard atau CPU rosak.
𝗦𝗢𝗟𝗨𝗧𝗜𝗢𝗡
Untuk masalah ini, beberapa step yang korang kena check & pastikan. Antara cara troubleshoot paling efektif (step by step)
- Ikut urutan ni (penting):
- Reset BIOS (cabut Bateri CMOS)
Boot Komputer dengan minimum setup:
- CPU
- 1 RAM
- No GPU (guna onboard)
- Tukar slot RAM
- Test tanpa HDD/SSD
- Dengar pattern beep
- Periksa motherboard (visual check)
- Re-seat CPU
🔌 Peripheral / short circuit
Kadang benda kecil buat sistem fail boot.
Contoh:
- USB rosak
- HDD short
- Front panel rosak:
Jadi untuk test. Cabut semua:
- HDD/SSD
- USB device
- GPU (optional)
Just tinggalkan :
CPU + RAM + motherboard sahaja.
Jika masih sama, kemungkinan, RAM slot motherboard rosak. Walaupun RAM dah servis, slot RAM mungkin rosak.
Jadi untuk Test. Tukar RAM ke slot lain
Guna 1 stick sahaja.
Ada beberapa langkah diagnostik telah untuk PC ini telah dilakukan:
- Pemeriksaan RAM (dalam keadaan baik) & contact RAM telah di servis
- Slot RAM juga di servis menggunakan contact cleaner
- Ujian Power Supply (PSU) – berfungsi normal. Voltage 12V, 5V, 3V semua berada dalam keadaan normal.
- Pemeriksaan sambungan hardware
- Pembersihan dan pemasangan semula komponen.
Namun, masalah masih tidak selesai.
Selepas pemeriksaan lebih teliti, punca sebenar telah dikenal pasti:
👉 Bateri CMOS didapati lemah (low voltage)(sepatutnya bacaan normal utk bateri CMOS adalah 2.9v - 3v) tapi bacaan yang di ukur hanya 1.5v sahaja
Apa yang aku lakukan adalah:
- Cabut bateri CMOS lama
- Reset BIOS (clear power dari motherboard)
- Gantikan dengan bateri CMOS baru (CR2032)
Hidupkan semula sistem komputer.
KESIMPULAN
Masalah PC tak boleh POST, skrin blank dan bunyi beep berulang tidak semestinya berpunca daripada kerosakan hardware yang serius.
Dalam kes PC DELL XPS 8700 ini agak pelik, hanya kerana bateri CMOS yang lemah (sepatutnya bacaan normal utk bateri CMOS adalah 2.9v - 3v) tapi bacaan yang di ukur hanya 1.5v sahaja, telah menyebabkan sistem komputer gagal boot.
👉 Pengajaran penting:
- Jangan terus tukar motherboard atau CPU
- Lakukan diagnosis asas terlebih dahulu
- Periksa bateri CMOS sebagai langkah awal
Dengan kos pembaikan yang murah berbanding kos menukar/membaiki motherboard, masalah dapat diselesaikan tanpa perlu mengganti komponen yang mahal.
𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗣𝗨𝗟𝗜𝗛 𝗦𝗜𝗔𝗣
Masalah PC ini akhirnya telah berjaya diselesaikan.
PC telah ditest dan heatsink processor serta GPU telah diservis & telah di apply thermal paste baru serta telah dipastikan berada dalam keadaan normal. Baik pulih selesai dan PC berkeadaan baik.
▪ Jika ada yang berminat nak baiki masalah PC atau masalah LAPTOP atau mengalami apa-apa masalah kerosakkan pada Laptop/PC , boleh hubungi CALL WHATSAPP : 0122411959/hafizam.







0 comments:
Post a Comment