Tuesday, 27 December 2011

BAIKPULIH KEYBOARD LAPTOP KEY YANG ROSAK DAN MASALAH WINDOWS TAK BOLEH SHUTDOWN

MASALAH

Masalah Laptop ACER ASPIRE 4250 ini adalah tak boleh power ON lansung kerana akibat masalah pada chipset nvidia yang overheating.Sila baca post ini untuk lebih info mengenai
MASALAH ACER ASPIRE 4520

Aku dah baiki masalah overheating tu, tapi laptop ni ada masalah yang lain, iaitu windows XP tak boleh shutdown walaupun dah tekan icon shutdown di windows, dia jadi restart(reboot) balik, terpaksa manual shutdown cara paksa pulak dengan tekan butang ON/OFF di laptop.

Kes windows tak boleh shutdown atau reboot pada arahan OFF windows ni dah lama sejak dari Windows 2000 hingga ke Windows 7 lagi. Dan ada beberapa penyebab kenapa windows tidak boleh shutdown atau  reboot pada arahan OFF windows ni , kat bawah ni aku letak beberapa penyebab masalah ini;
  1. Ada program-software-service yang tidak dapat dihentikan oleh window(contohnya yang diketahuai ialah roxio burner atau Acer Webcam untuk WinXP) yang menghalang arahan shutdown tapi sebaliknya membuatkan windows untuk restart atau menghalang windows dari shutdown.
  2. Virus (windows tak boleh hentikannya dan mengangu sistem)
  3. File sistem windows corrupt
  4. Masalah update/upgrade windows yang tidak sempurna
  5. Masalah driver Hardware
Untuk masalah pada laptop Acer ni,masalah berpunca dari software, aku disablekan program-software yang menghalang laptop dari shutdown bila dibagi arahan OFF.


Tapi korang boleh juga remove program tu dengan:
Click Start >> Control Panel >> Add or Remove Programs.


Jika, korang rasa program tersebut masih digunakan, sila disable kan application atau service windows tersebut


Click Start >> run >> msconfig>> untick program yang tak selalu digunakan.





BAIKPULIH SIAP: 
Masalah lain untuk laptop Acer ni, adalah semasa nak load windows ada bunyi buzer seperti ada key yang stuck.Jadi aku pun cari la punca problem masalah tu, dan dapat dipastikan 1 key $ dah faulty.

Oleh kerana custemer budget sikit (ngam-ngam) untuk baiki laptopnya, aku baiki je keyboard laptop dia tanpa kos.Kerana key lain masih berfungsi dengan baik.


Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana jika terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink akan menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.



Tuesday, 20 December 2011

TIPS HACK MASALAH LUPA PASSWORD WINDOWS


Korang pernah ada masalah lupa password tak? macamana nak buat untuk reset/buang masalah password pada windows ni!


Aku selalu kena masalah ni, bila custemer terlupa password Windows tak kira la  pakai WinXP atau Vista, 7 . Biasa lah, kadang-kadang manusia selalu lupa, nak lagi Laptop/Komputer tu dah lama rosak..


Kenapa password untuk buka windows ini perlu?, sebab untuk memudahkan technician untuk backup dan test kerosakkan/functional  hardware pada Laptop/Komputer atau sistem windows.


Disini aku nak kongsikan satu utiliti (Offline NT Password & Registry Editor) yang boleh digunakan untuk membuang password admin Windows 7. Tak kira lah apa version nya pun korang boleh cubanya. Setakat hari ini masih berkesanlah, tak taulah jikalau Microsoft nak blok maka mereka boleh ubah kedudukan password Windows 7 untuk keluaran yang baru.


Korang boleh download  software dalam bentuk ISO iaitu Hiren Boot CD sebuah utiliti berasaskan LiveCD.File ISO ini agak besar (200mb) dan memerlukan masa untuk lengkap download jika line internet lambat. Sesudah download korang bolehlah gunakan program burner seperti NERO untuk “burn image to cd”. Setelah selesai menjadi cd maka bootkan komputer yang hendak di buang password itu dan run Hiren Boot CD dan pilihlah  Offline NT Password & Registry Editor


CRACK PASSWORD 



PASSWORD WINDOWS DAH CRACK DAN DIBUANG

MASALAH

Masalah Laptop HP PAVILION DV6000  ini adalah blankscreen disebabkan GPU nvidia bermasalah overheating.


Jadi aku pun, buka dan baiki chipset nvidia yang problem tu . Bila dah siap repair, windows ada password pulak, tanya owner, apa password dia, dia bagi list password (list tu agak banyak, tapi semua tak boleh guna), aku dah pening, takkan nak format balik windows ni Laptop ni, dah 2 kali kerja, last-last sekali aku crack dan reset password pakai Offline NT Password & Registry Editor  tu.Siapa-siapa yang berminat nak repair boleh hubungi  aku di no 012-2411959 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...