Monday, 8 February 2010

MASALAH LCD BLANKSCREEN & TAK BOLEH START PADA COMPAQ V3000 & ACER ASPIRE 4520

8 Feb 2010


MASALAH 

Compaq Presario V3000 dan Acer Aspire 4520.Problem selalu pada overheating GPU nvidia nforce 6150/7000.Kalau GPU chip dia rosak, Laptop akan ada masalah tak boleh start(Blank Screen) Led laptop menyala.Cara nak bagi elok Laptop ni adalah dengan membaiki GPU chip dia.Gpu chip tu kalau nak kenal dia bersebelahan dengan CPU cip soket Laptop.Masalah ni mungkin disebabkan kesalahan engineering design pada sistem penyejukkan (HFS) Laptop ni.Pakai CPU AMD dan Gpu Nvidia. Dua-dua chipset ni memang famous dengan masalah overheat, selain dari nvidia nforce 8400GS.

Aku banyak terima Laptop yang disebut yang masalah dia GPU chipset.Solution dia, cari orang yang boleh repair chipset motherboard atau tukar motherboard yang baru (betul-betul baru).Tapi jika masalah overheting yang dah terlalu teruk ada yang boleh repair dan ada yang tak boleh repair.Kalau ada sapa-sapa yang nak repair boleh contact aku 012-2411959


Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959 

Friday, 29 January 2010

TIPS UNTUK MENGENAL & MENGESAN KEROSAKKAN LAPTOP ANDA BERPUNCA DARI LCD SKRIN / GPU / INVERTER / RIBEN / CCFL BULB ROSAK

29 Jan 2010
Hari ni aku rasa nak berkongsi tips, bagaimana nak mengesan/detect  kerosakkan Laptop berpunca dari LCD atau GPU atau kerosakkan yang berpunca dari hardware yang aku sebutkan tadi.

Selalu jugak aku dapat panggilan dari custemer tanya kerosakan laptop mereka.Kadang-kadang aku bertekak dengan mereka.Aku pun kadang-kadang tak faham dengan setengah-setengah customer ni.

Sesetengah dari mereka ni tak dapat terima diagnostic dari kami pembaik pulih Computer Laptop.Bila aku cakap LCD rosak mereka tak percaya.Macam mereka lebih tahu apa yang sebenarnya rosak.Kalau dah tahu tak payahla susah nak tanya.

Tapi selalunya aku minta mereka bawak Laptop untuk dilihat dulu untuk cari apa yang rosak.Jadi kat gambar yang di bawah ni aku ada letak contoh-contoh kerosakkan yang pernah aku jumpa dan repair.

LCD LOGIC CONTROLLER BOARD FAULTY/DEFECT

 
Ini contoh Laptop LCD logic board dah rosak.Kalau nak baik kena tukar baru la.Ada yang jadi LCD putih terus atau kadang-kadang putih.Kalau nak repair logic board dia boleh (sebenarnya agak rumit,kerana melibatkan chip controller pixel dibelakang LCD panel, kena cari sama dengan LCD korang) selalu jugak di sebabkan kat LCD panel riben yang sambung logic board dengan LCD panel screen, tapi tak jamin akan OK macam yang asal dan tak akan rosak balik.

Biasanya jika, kerosakkan berpunca dari panel LCD, aku nasihatkan tukar LCD baru atau secondhand yang belum pernah baiki lagi.
LCD 2nd yang telah dibaiki, ketahanan tak sama dengan yang baru atau yang belum pernah rosak.


LCD PANEL PECAH/CRACK

Laptop ni pulak LCD pecah.Confirm kena tukar seketul.

GPU CHIP DISPLAY FAULTY
Laptop ni pulak GPU motherboard rosak.Mula-mula dia blank screen.Lepas aku repair GPU dia jadi merah pulak LCD Laptop ni.Kalau GPU chipset rosak boleh try repair untuk 1st time.Tapi kalau rosak 2nd atau 3rd biasa saya nasihat tukar motherboard baru jika custemer masih nak pakai Laptop tu lagi.


INVERTER/CCFL BULB ROSAK
Contoh gambar diatas adalah kerosakkan Laptop yang bermasalah pada inverter atau kabel supply power inverter dan CCFL bulb rosak.

Antara tanda untuk untuk ketiga-tiga kersokkan adalah sama iaitu LCD jadi gelap dan kalau diteliti video masih nampak. Kalau laptop LCD gelap tapi macam ada bayang kat LCD tersebut cuba suluh dengan torchlight.

CCFL ROSAK 


CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps atau juga dipanggil lampu neon) berbentuk seperti lampu kalimantang panjang yang biasa(tetapi pada skala yang lebih kecil ) kalau nak rosak ada 3 tanda yang korang boleh ikuti:
  1. Lcd akan berkelip-kelip backlight macam lampu pendaflour kat rumah korang rosak.
  2. Bila korang adjust ke maximum keterangan LCD tiba-tiba lampu backlight terpadam (nampak macam gambar inverter rosak)tapi kalau restart balik laptop LCD berkeadaan seperti biasa
  3. LCD Laptop warna putih jadi kekuningan  . 


PROCESSOR MOTHERBOARD POWER SECTION PROBLEM
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...