Thursday, 5 September 2013

BAIKPULIH MASALAH DELL INSPIRON N4010 INTEL HD HANG SEMASA WINDOWS BOOT SELEPAS DRIVER GRAFIK INTEL HD DI INSTALL

MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N4010 ini akan hang semasa Windows Boot selepas install driver Grafik Intel HD.

Jika dalam Safe Mode atau tanpa ada driver Grafik Intel , Windows dapat Boot dan di gunakan secara normal seperti biasa.

Serba sedikit tentang Specification laptop ini:

Dell Inspiron N4010

Core i3

Win7 Home Basic

Intel HM57 chipset 



TROUBLESHOOTING

Seringkali sistem Windows akan Hang, dan apabila Laptop di restart semula, Windows akan Hang semasa process Boot di Logo Windows.Masalah berulang sentiasa.

Aku cuba test guna dell diagnostics, tetapi tiada kerosakkan pada hardware atau memori di laporkan. 

Aku cuba format baru sistem  Windows, installed Win7 Ultimate 64bit , dan  install semua drivers dan Laptop tidak mengalami masalah yang disebutkan sehingga aku install semula driver Intel Graphics Media Accelerator, aku cuba juga install dan updated driver ini yang terbaru, tapi masalah Hang masih sama.

Aku cuba test guna Intel Processor Diagnotics Tool juga tiada problem , keputusan test ok, cuba format 2-3 kali tapi masalah masih sama, Laptop ini hanya dapat menggunakan standard VGA graphics sahaja, tak boleh install Intel Graphics Media Accelerator driver jika tidak ia akan hang selepas selesai install.


Dari pemerhatian pada simptom dan tanda pada kerosakkan Laptop ini, aku suspek masalah mungkin berpunca dari Processor Intel i3  Laptop DELL INSPIRON N4010 .

Ini kerana lokasi Intel HD Grafik terletak didalam Processor Intel i3 ini.

Walaupun dari test yang di lakukan sebelum ini menunjukkan Processor berkeadaan baik. Tapi Intel Processor Diagnotics Tool ini  tidak dapat untuk test Intel HD yang terdapat dalam processor i3 Laptop ini secara lebih terperinci.

Kerosakan Processor intel i3 ini mungkin berpunca  di sebabkan overheating.Ini dapat dilihat dari banyaknya habuk pada kipas serta heatsink Laptop ini.


SOLUTION
Selepas menukar Processor i3 tersebut, masalah  Laptop DELL INSPIRON N4010 ini akan hang semasa Windows Boot selepas install driver Grafik Intel HD dapat di selesaikan.
Jika berminat nak baiki  masalah Hardware pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.






TIPS BAIKI MASALAH LAPTOP ASUS BERMASALAH WINDOWS EXPLORER SELALU HANG DAN RESTART


MASALAH
Baru-baru ni, ada custemer bawa Laptop Asus kepunyaan nya yang mengalami masalah Windows Explorer selalu hang dan restart.

Windows Explorer Laptop Asus ini akan berhenti berfungsi dan restart dengan menutup semua folder yang telah dibuka sebelum ini.Keadaan ini berlaku dengan kerap dan menyebabkan aktiviti kerja terganggu.


TROUBLESHOOTING
Dari pemerhatian pada simptom dan tanda pada kerosakkan Laptop ini, aku suspek masalah mungkin berpunca dari virus , malware.

Tapi masalah ini juga boleh terjadi dari sistem Windows yang corrupt atau setting pada Windows.

Dan ada juga disebabkan software yang telah di install  telah corrupt.

SOLUTION
Dari simptom tersebut, aku cuba buat restore recovery Windows dari partition recovery Laptop Asus ini.Sila Lihat Sini

Selepas siap buat original restore recovery Windows, masalah masih sama.
Selepas mencari punca masalah ini dengan scan virus, malware.Didapati sistem Windows bersih.




Jadi aku cuba try check dekat Event Viewer dekat Control Panel Windows, selepas di periksa didapati masalah ini disebakan dari AsusWSShellExt64.dll.

Selepas diperiksa, ia masalah terjadi dari software Asus WebStorage yang telah di install skali semasa procesess recovery Windows di lakukan.

Selepas uninstall  software Asus WebStorage masa lah Windows Explorer hang serta restart dapat diatasi.



Jika berminat nak baiki  masalah Windows pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...