Monday, 1 October 2012

BAIKPULIH ACER ASPIRE 4755G MASALAH BLANKSCREEN

Masalah Laptop ACER ASPIRE 4755G ini, Laptop mengalami masalah blankscreen (Laptop boleh Power-On tapi skrin tak keluar apa-external skrin pun tiada), Bios juga tak POST.

Sebelum kena masalah blankscreen yang disebutkan, owner bagi info yang webcam Laptop tak detect, kat device menager pun tiada.Owner dari daerah Paka, Terengganu, dia Poslaju Laptop ini pada aku di Wangsa Maju.

Masalah berlarutan sehinga Laptop mengalami masalah tak boleh Power-On, kalau boleh Power-On pun, selepas Shutdown, Laptop gagal untuk Power-On semula.
MASALAH
  1. Laptop mengalami masalah blankscreen (Laptop boleh Power-On tapi skrin tak keluar apa-external skrin pun tiada), Bios juga tak POST.





SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, aku akan periksa, adakah Laptop menggunakan GPU dari AMD atau Nvidia.

Ini kerana, kebiasaanya untuk masalah blankscreen biasanya terjadi untuk Laptop yang menggunakan chipset GPU dari 2 pengeluar yang disebutkan.

Laptop ACER ASPIRE 4755G ini menggunakan teknologi (OPTIMUS) dual display iaitu display chipset Nvidia Geforce GT540m serta built-in display chipset Intel .

Dengan kata lain, Laptop ini mempunyai dua display chipset, jika run dalam keadaan biasa, display hanya menggunakan display chipset Intel dan jika run untuk Gaming atau software grafic yang perlu kuasa yang tinggi baru  ia bertukar automatik guna display chipset Nvidia Geforce GT540m.

Untuk masalah Laptop ini, masalah blankscreen dapat diselesaikan dengan teknik reflow chipset Nvidia Geforce GT540m serta program balik IC Eeprom Bios Laptop.

Jika berminat nak baiki  masalah Blankscreen atau Laptop boleh power, tapi tak keluar POST Bios pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




BAIKPULIH LAPTOP SONY VAIO S-Series VPCSB36 MASALAH BUNYI BAHAGIAN ENGSEL




Masalah Laptop LAPTOP SONY VAIO S-Series VPCSB36 ini, Laptop mengalami kerosakkan engsel(hinges) jem dan berbunyi pada pemegang engsel(Hinges) sebelah kanan.

Dari info daripada owner, masalah ini terjadi akibat dari Laptop terjatuh dari meja.
MASALAH
  1. Laptop mengalami kerosakkan engsel(hinges) jem dan berbunyi pada pemegang engsel(Hinges) sebelah kanan.
SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, technician laptop yang detail, dia akan buka keseluruhan Laptop dari housing bawah sehingga ke panel LCD, untuk mencari punca kerosakkan yang disebutkan.
Selepas aku buka, keseluruhan housing casing laptop ini didapati, masalah berpunca dari engsel kanan laptop yang telah bangkok sedikit.

Engsel ini, aku buka dan dibetulkan balik serta diletakkan dengan minyak grease bagi melicinkan pergerakkan engsel.




Jika berminat nak baiki  masalah Housing Laptop crack atau patah Housing pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...