Thursday, 8 December 2011

KERJA BAIKPULIH HOUSING PENUTUP HINGES LAPTOP ACER TRAVELMATE 4150 YANG PATAH SERTA UPGRADE


MASALAH


Masalah Laptop ACER TRAVELMATE 4150  ini adalah Hinges patah serta cover penutup hinges telah patah.
Owner juga mengalami masalah external Harddisk corrupted. Bateri Laptop juga sudah kong (flat) dan perlu diganti dengan yang baru.


Dan owner  juga mahu Upgrade Laptop pada tahap maximum performance. 



KEROSAKKAN

Antara kerosakkan laptop ialah:
  1. Hinges(Engsel)laptop kanan  telah patah.
  2. Housing(casing) penutup hinges laptop di 1 tempat telah patah.
  3. Bateri kong.
  4. External HDD data telah corrupt dan tak dapat di akses
  5. Windows Laptop diserang virus menyebabkan sistem jadi slow dan lagging.


BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop ACER TRAVELMATE 4150 ni berjaya diselesaikan dengan pengantian parts baru serta dengan Ram  yang diupgradekan ke maximum Laptop boleh support.


Housing(casing) penutup hinges laptop yang telah patah  tu telah aku baik pulih dengan mengambil  plastic dari botol deodorant yang telah kosong dan dibentuk menyemai keadaan housing yang asal.

Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik serta normal.

Thursday, 1 December 2011

TIPS MEMILIH AC ADAPTER CHARGER LAPTOP YANG SESUAI UNTUK LAPTOP ANDA


Salam bro Hafizam,


Saya nak tanyer pendapat sket. Problem saya :
- Compaq CQ41 -Voltage 18.5V, 3.5A tapi adapter xder tp saya ada :
- POwer adapter CQ20 output voltage 19V, 4.7A


So boleh cocok ker adapter tu kt notebook CQ41. Sbb sblm nie pakai yang universal adapter jer. Tapi bila cocok x masuk charge. Universal adapter nie confim OK. Saya ingt nk sms jer tapi takut kacau so antor email jer la. Thanks bro sbb sudi bagi pendapat. Salam


Halim,
Kemaman, Terengganu


Ok, ini jawapan aku:

Power adapter CQ20 dengan output voltage 19V, 4.7A tak boleh pakai untuk Compaq CQ41 yang mempunyai voltage 18.5V, 3.5A kerana output voltan adapter CQ20 tu tinggi sikit dari output voltan adapter Compaq CQ41 iaitu sebanyak 5V . 

Bagaimana pula contohnya dengan AC power adapter yang mempunyai voltage yang sama tetapi Amps yang berlainan, contohnya:

Toshiba Sattelite M200 -Voltan  15.6V / 6.0A
Toshiba Sattelite L300 - Voltan   15.6V / 5.0A 


Kebiasaannya rating Ampere yanng tercatat pada AC adapter charger adalah Arus (Amps) maximum value yang dapat dibekalkan oleh adapter charger.
Ini bermakna AC adapter charger   15.6V/6A boleh mengantikan   AC adapter charge  15.6V/5A untuk laptop.Apa yang penting untuk pemilihan   AC adapter charger adalah, voltage output adalah sama dan Ampere samaada sama atau tinggi sikit dari original AC adpater charger.   Amps biasanya kalau tinggi tak apa kerana Laptop hanya ambil amps yang diperlukan sahaja

Untuk pemilihan pengantian baru laptop adapter ada 5 perkara yang penting:
  1. Pastikan polarity + dan - ve betul, kalau tidak motherboard burn.
  2. Voltan adapter kurang sikit takpe jangan lebih kalau tidak motherboard burn
  3. Amps biasanya kalau tinggi tak apa kerana Laptop hanya ambil amps yang diperlukan sahaja dan kalau rendah ada masalah dengan AC adpter charger overheating.Tetapi jangan juga guna Amps yang terlalu tinggi dari amps AC adapter asal.
  4. Pastikan  connector adalah sama size dan tak bergoyang atau longgar.  
  5. Jangan guna universal AC adapter charger untuk laptop korang kerana voltage ini biasanya tak stabil dan bila lama digunakan suis untuk melaras voltan adapter rosak dan ini boleh menyebabkan motherboard overvoltage atau kurang voltage.  
Contohnya adalah jika Rating Power Yang Diperlukan Laptop Acer adalah (19V / 3.42A),  korang boleh lihat pada bahagian bawah Laptop,  jangan guna AC Adapter Charger Salah (19V / 3.16A) tapi guna AC Adapter Charger Betul (19V / 3.42A)

Menggunakan   AC adapter charger yang mempunyai amps yang rendah dari adapter asal ( 5A ke atas 6A laptop) boleh menyebabkan:

  1. AC adapter charger cepat rosak serta mengalami masalah housing serta kabel power cair dan merekah disebabkan overheating  dari sebab penggunaan arus yang ditarik oleh Laptop.
  2. Bateri Laptop lambat charging untuk penuh.
Menggunakan   AC adapter charger yang mempunyai watt yang tinggi dari adapter asal ( 90w ke atas 65w laptop) boleh menyebabkan:
  1.  Bateri akan cepat kong
Macamana nak kira watt   AC adapter charger. Contoh untuk Acer.

V= 19v (V)
A= 3.42A (I)
P (W) = I x V
P = 19V x 3.42A = 64.98 (65w)


Jadi pemilihan mudah untuk penggantian Laptop adalah dengan memilih AC adapter original atau AC adapter original Local tapi mempunyai rating sama dengan rating yang diperlukan Laptop.

Jika korang nak cari Adapter Charger baru boleh ke link ni untuk tengok harga:

http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/p/adapter-charger-laptop-baru.html

  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...