Monday, 21 March 2011

MACAMANA NAK BAIK PULIH MASALAH HINGES(ENGSEL) LCD LAPTOP TERLAMPAU KETAT

 

MASALAH:
Masalah laptop ni adalah bila buka LCD panel Lid punya la susah(siap berbunyi krak-krak dekat hinges (engsel Laptop).Masalah ni berlaku apabila hinges LCD terlalu ketat dan kehilangan gris dibahagian tempat gerakkan hinges.Masalah ini jika dibiarkan terlalu lama akan menyebabkan Hinges patah serta Lid panel (cover LCD) patah/pecah/retak atau lebih parah lagi LCD panel boleh patah dan rosak.
 

SOLUTION:
Penyelasaian untuk masalah ini adalah buka cover LCD panel untuk check hinges yang rosak.Setiap laptop cara penyelesaiannya adalah berbeza-beza.Untuk hinges laptop ini aku perasan ada 2 bahagian yang bergerak pada hinges ini.Hanya 1 bahagian yang terlau teruk(tak dapat pusing jika tak guna sepenuh tenaga untuk pusingkannya).Jadi aku ambil keputusan potong bahagian yang rosak.


SELESAI:
*Laptop telah dibaiki (kipas & Air ventilation juga telah cuci).  



Thursday, 17 March 2011

DELL INSPIRON 510m LAPTOP CHARGER ADAPTER OFF SENDIRI BILA SAMBUNG KE LAPTOP

MASALAH:
  1. Masalah Laptop ini adalah masih boleh Power-On bila guna bateri tapi tak boleh  Power-On  apabila hanya menggunakan adapter charger .Masalah lain pula adalah, apabila  jack dari power adater charger laptop disambung ke Laptop. Led power charger akan mati dan bila ditest pada jack power adapter, menggunakan multimeter tiada sumber kuasa elektrik yang mengalir(voltan tiada).Dari simptom-simptom yang ditujukkan ini, aku masalah berpunca dari motherboard Laptop kerana adapter charger laptop di matikan oleh laptop ketika disambung. 









SOLUTION:
  1. CPU / RAM / ADAPTER CHARGER telah diperiksa berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect motherboard defect pada bahagian blok(bahagian) power.
  2. Laptop ini aku check (bukak casing) dan memang betul ada komponen elektronik pada bahagian blok (bahagian) power motherboard laptop tu yang telah rosak.Jadi kena GANTI komponen elektronik YANG ROSAK pada motherboard.
SELESAI:
*Laptop telah dibaiki (kipas & Air ventilation juga telah cuci). Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...