Thursday, 6 November 2025

BAIKPULIH LAPTOP TECHLAST F7 PLUS 3 POWER ON SUSAH


 

𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛

Laptop Techlast ini, dulu nya pernah dibaiki oleh aku pada tahun 2022 kerana masalah POWER button pada keyboard yang sudah rosak.

Tapi, selepas beberapa tahun, owner telah Whatsapp aku semula, mengatakan laptop beliau mengalami masalah untuk power on semula.


𝗕𝗔𝗜𝗞𝗣𝗨𝗟𝗜𝗛

Untuk masalah sebegini, mula-mula aku akan cuba ukur voltan di connector suis power button & didapati ada voltan menunggu di point suis, jadi bukan masalah berpunca dari power button yang terjadi sebelum ini.


Antara cara lain yang biasanya aku gunakan untuk mencari  & detect punca kerosakkan seperti ini, pertamanya (1st), aku akan cabut dulu 1-1 hardware-hardware yang bersambungan dengan motherboard contohnya SSD, wifi adapter, DVD rom (jika ada). Ini bertujuan untuk mengesan adakah punca masalah disebabkan oleh hardware yang disebutkan tadi.

Jadi untuk masalah laptop Techlast ini, setelah aku cabut SSD dari motherboard laptop didapati penyebab masalah ini, adalah berpunca dari NVMe M2 SSD laptop yang telah rosak (shorting).

Laptop Techlast ini menggunakan SSD NVMe M.2 dengan kod : BD256GBSHCB-2280 iaitu kod model untuk SSD NVMe M.2 berkapasiti 256GB. Ia biasa digunakan sebagai storan asal (OEM) dalam laptop — terutamanya model dari Acer, HP, Lenovo, Dell dan jenama China seperti HIKVISION / BIWIN / Longsys (Lexar).

SSD Ini Digunakan Di Mana?

SSD ini biasanya datang pre-installed dalam:

Laptop standard pejabat / student untuk Komputer riba DELL Inspiron / Acer Aspire / HP 14 / Lenovo IdeaPad. Kadang-kadang ia juga ada dipasang di dalam mini PC atau sistem OEM yang lain.

Kalau Tanya “Bagus ke SSD ini?”

Cukup baik untuk kegunaan harian, Windows, browsing, dan kerja biasa.

Kurang sesuai untuk gaming berat, kerja editing, atau server kerana:
Banyak unit tiada DRAM (lebih perlahan bila disumbat data banyak).

Untuk masalah ini, penggantian NVMe M.2 SSD baru dilakukan serta windows terpaksa diinstall semula untuk laptop ini.


Selepas membandingkan value for money & membuat perbandingan kecepatan & ketahanan serta tempoh waranti & perbincangan dengan owner, aku memilih untuk memasang SSD Transend TS500GMTS825S berbanding SSD jenama yang lain untuk laptop ini.


𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗣𝗨𝗟𝗜𝗛 𝗦𝗜𝗔𝗣

Masalah Laptop TECHLAST F7 PLUS 3 ni akhirnya berjaya diselesaikan.

Laptop telah di periksa & di test  & Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.

PC berkeadaan baik, selepas kerosakkan dibaiki. .Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...