Thursday, 9 October 2025

𝗦𝗦𝗗 𝗪𝗗 𝗚𝗥𝗘𝗘𝗡 𝗦𝗔𝗧𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞

 

Aku tak tahu la macamana nak ceritakan. Sepanjang pengalaman aku membuat pembaikkan laptop & PC ini, aku terperasan yang SSD WD (WESTERN DIGITAL) Green ni selalu aku jumpa mudah rosak atau cepat mengalami "Kong" berbanding SSD jenama lain.

Ini boleh dilihat berdasarkan tarikh SSD ini dibuat (ada ditulis pada description di SSD). Walaupun pemakaian SSD ini baru 1 atau 2 tahun.
Selepas aku mencari info di internet & media sosial, aku dapat beberapa info kenapa SSD WD Green (terutama model SATA) sering dianggap mudah rosak atau cepat (Kong) berbanding SSD lain:


⚙️ 1. Jenis NAND Flash Murah (QLC / TLC)

WD Green biasanya guna TLC (Triple-Level Cell) atau kadang-kadang QLC (Quad-Level Cell). Jenis ni mampu simpan lebih data per sel tapi umur tulis (write cycle) jauh lebih pendek. Bila dah capai had tulis, sel jadi read-only atau gagal terus.


🧩 Contoh:

> WD Green 240GB biasanya hanya tahan sekitar 80–100 TBW (Terabytes Written), berbanding WD Blue yang boleh cecah 400 TBW.



🌡️ 2. Tiada DRAM Cache

WD Green tiada DRAM cache, yang sepatutnya digunakan untuk simpan peta lokasi data sementara.

Tanpa DRAM, setiap kali tulis data besar (contoh install game, copy fail besar), SSD akan jadi perlahan dan cepat haus.

DRAM-less SSD banyak bergantung pada Host Memory Buffer (HMB) dari sistem — tapi itu pun tak cukup efisien.



🔋 3. Overheating & Panas Terperangkap

Reka bentuk nipis tanpa heatsink menyebabkan panas tak tersebar baik.Suhu tinggi secara berpanjangan mempercepatkan degradasi sel NAND.


💡 Cadangan: Pasang heatsink kecil atau pastikan airflow casing cukup baik.



⚡ 4. Penggunaan Berat (Write-intensive Tasks)

Kalau guna untuk tugas berat seperti:

1. Edit video,

2. Render fail besar,

3. Install OS berkali-kali,

Swap file (RAM kecil), maka SSD ni akan haus lebih cepat sebab tidak direka untuk itu.
Ia sesuai hanya untuk boot ringan / browsing / dokumen.



🧠 5. Firmware & Controller Ringkas

WD Green guna controller murah, dengan algoritma wear leveling dan error correction yang minimum.

Bila ada bad block, sistem kadang gagal “remap” dengan baik → fail corruption atau SSD hilang dari BIOS.


📅 6. Warranty & Cycle Pendek

Biasanya cuma 2–3 tahun warranty. Bila SMART attribute tunjuk reallocated sectors atau high wear level, itu petanda awal nak rosak.


Ada yang kata, apa susah jika rosak dalam tempoh waranti & jika rosak, claim je warranti. Tempoh warranti untuk SSD jenama WD (Western Digital) biasanya adalah 3 tahun. Tapi untuk claim warranty pun akan ambil masa & tenaga serta Data owner yang berada didalam SSD tersebut biasanya tidak akan dapat semula.


Dibawah ini, aku share sedikit tips, bagaimana cara untuk menjaga SSD korang 

🔍 Cara Elak Rosak Cepat

✅ Gunakan untuk sistem ringan (OS, kerja pejabat, browsing).
✅ Elak guna untuk edit video, gaming berat, atau cache.
✅ Pastikan suhu bawah 60°C.
✅ Update firmware melalui WD Dashboard.
✅ Backup penting sentiasa.



Jika korang berminat untuk Upgrade dari Hardisk biasa ke SSD, boleh hubungi WANGSA MAJU COMPUTER REPAIR di 0122411959 (HAFIZAM).

Sunday, 5 October 2025

𝗕𝗔𝗜𝗞𝗣𝗨𝗟𝗜𝗛 𝗣𝗖 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗚𝗥𝗔𝗣𝗛𝗜𝗖𝗦 𝗖𝗔𝗥𝗗 𝗧𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗦𝗣𝗟𝗔𝗬 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗢𝗡𝗜𝗧𝗢𝗥

𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛

▪ PC ini mengalami masalah boleh POWER ON tapi ada masalah di bahagian display grafik card yang tak dapat paparkan display (Blank Screen). 

Mulanya owner ingatkan graphics card telah rosak & meminta pendapat aku pasal masalah PC nya ini & budget untuk menukar graphics card yang baru. Tapi aku, meminta owner hantar PC untuk diperiksa dahulu 


.Untuk PC yang mengalami masalah seperti ini aku akan terangkan langkah demi langkah bagaimana untuk membaiki PC yang graphics card tak keluar display di monitor. Masalah ini boleh datang daripada hardware, software, atau setting BIOS.
🔎 1. Periksa Sambungan Asas

Pastikan cable monitor (HDMI/DP/DVI/VGA) tersambung dengan betul pada port GPU, bukan port motherboard (jika ada iGPU).

Cuba guna kabel lain atau port lain pada GPU.

Pastikan monitor hidup dan pilih input source yang betul (contoh: HDMI1/DP1).


🔧 2. CEK GPU Fizikal

Tutup PC, cabut plug.

Buka casing, cabut & pasang semula GPU (reseat). Kadang-kadang GPU longgar.

Pastikan GPU betul-betul masuk ke PCIe slot dan dikunci.

Periksa kabel power PCIe 6-pin/8-pin dari PSU ke GPU – kalau tak masuk, GPU takkan hidup.

Nyalakan PC dan lihat sama ada kipas GPU berpusing.


⚡ 3. Uji dengan Perkakasan Lain

Cuba guna slot PCIe lain pada motherboard jika ada.

Jika ada PC lain, test GPU di situ untuk pastikan ia hidup.

Atau, cuba guna GPU lain di PC ini untuk pastikan slot & PSU ok.

Cuba boot guna integrated graphics (iGPU) – sambung monitor pada port motherboard, masuk Windows, dan lihat sama ada GPU dikesan.


🖥️ 4. Setting BIOS/UEFI

Kadang-kadang BIOS guna default iGPU, bukan GPU dedicated.

Boot dengan kabel pada motherboard → masuk BIOS (biasanya tekan Del atau F2).

Cari menu Primary Display / Initial Display Output.

Tukar ke PCIe / PEG (bukan iGPU).

Save & restart.


💻 5. Driver & Windows

Jika GPU dapat signal tapi tak ada display selepas logo Windows:

Boot ke Safe Mode.

Uninstall driver GPU lama (guna DDU – Display Driver Uninstaller).

Install driver terkini dari NVIDIA/AMD/Intel website.


⚠️ 6. PSU & Kerosakan Hardware

Pastikan PSU cukup kuat untuk GPU (contoh GPU high-end perlukan 550W ke atas).

Jika PSU lemah atau rosak, GPU tak dapat bekalan secukupnya.

Jika semua dah cuba tapi GPU masih tak display, mungkin GPU rosak (VRAM/Chipset).

👉 Ringkasnya, urutan troubleshoot:

1. Check kabel & monitor.

2. Check GPU (reseat + power).

3. Test dengan slot/PC lain.

4. Ubah setting BIOS.

5. Install semula driver.

6. Pastikan PSU cukup.

7. Kalau semua gagal →

GPU mungkin faulty.

8. Test guna card GPU yang lain jika ada.


𝗦𝗢𝗟𝗨𝗧𝗜𝗢𝗡

▪Untuk masalah PC ini, biasanya, aku akan cuba dulu servis & cuci contact pin Graphics card ini & service chipset & kipas GPU card ini. Jika tak jadi jugak selepas buat service tersebut, baru ambil option untuk suggest tukar Graphics card yang baru.

Ini kerana apabila GPU card dah terpasang lama, kadang-kadang contact pin nya akan mengalami oxidation & contact GPU card jadi tak bagus & intermittent.

𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗣𝗨𝗟𝗜𝗛 𝗦𝗜𝗔𝗣
Masalah PC ini akhirnya telah berjaya diselesaikan.

PC telah ditest dan bahagian yang rosak dalam keadaan yang baik. Baik pulih selesai dan PC berkeadaan baik.

▪ Jika ada yang berminat nak baiki masalah PC atau masalah LAPTOP atau mengalami apa-apa masalah kerosakkan pada Laptop/PC , boleh hubungi CALL WHATSAPP : 0122411959/hafizam.

https://wa.link/1vl67t

Saturday, 12 July 2025

𝐅𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐩𝐭𝐨𝐩/Komputer 𝐌𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫

𝐊𝐞𝐝𝐚𝐢 𝐅𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐩𝐭𝐨𝐩 𝐌𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫

Manusia perlu untuk servis tubuh badan bagi peyingkirkan toksin serta melancarkan peredaran darah. Begitulah juga dengan Komputer (PC ataupun Laptop), yang secara berkala perlu menjalani servis dengan mencuci dalaman nya seperti kipas dan Format OS untuk mengelakkan berlaku kerosakkan pada sistem hardware dan software nya.

Pc atau Laptop yang telah digunakan selama bertahun lamanya dan tidak pernah diservis berkemungkinan akan mengalami kerosakkan dan sememangnya berisiko mengalami masalah Hardware atau Software seperti sangat lembab untuk digunakan dan mempunyai masalah virus.

Kerosakkan pada PC atau Laptop yang tidak diformat atau tidak diservis secara berkala juga akan menyebabkan perjalanan program atau PC atau Laptop anda sering menjadi mati sendiri, menjadi lembab, mengalami panas melampau, Hang serta tidak dapat bergerak.

Laptop yang lembab menghalang anda untuk menyiapkan kerja-kerja anda, bahkan ia akan menjadi lebih lambat. Adakalanya laptop anda menjadi lembab kerana mempunyai kandungan virus yang sangat banyak. Bagaimana mahu mengetahui ianya di sebabkan virus? Sememangnya kerana virus! Apa yang penting untuk anda ketahui adalah apakah yang perlu anda lakukan untuk membaikinya. Jelas, anda perlu format laptop!.


Kuala Lumpur mempunyai banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan format laptop tetapi tidak semua kedai menawarkan harga yang murah. Anda perlu mencari kedai yang menawarkan perkhidmatan yang murah, berbaloi dan berkualiti. Perkara penting yang anda perlu tahu adalah selepas format laptop, semua software-software lama ada didalam laptop anda juga hilang.

Setelah anda melakukan format laptop di kedai laptop, mereka akan masukkan kembali software-software ringkas dan asas ke dalam laptop anda. Malangnya, pernah menjadi kes di mana pelanggan dicaj terlalu mahal kerana dikira berdasarkan setiap bilangan software yang dimasukkan beserta dengan caj perkhidmatan format laptop. Ia tidak berbaloi, malah pelanggan mungkin berasa sangat tertipu. Kes yang berlaku ini membuatkan ramai daripada anda yang menjadi amat berhati-hati dalam memilih kedai laptop yang dipercayai, Betul? 

Kami menawarkan Servis Format Cleaning Komputer dan merupakan Kedai Format Laptop Murah di Kuala Lumpur.

Perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti berikut:


𝗣𝗮𝗰𝗸𝗮𝗴𝗲 𝗔
Format Windows + Driver  – (RM35)


𝗣𝗮𝗰𝗸𝗮𝗴𝗲 𝗕
Format Windows + Driver + Basic Software  – (RM45)


𝗣𝗮𝗰𝗸𝗮𝗴𝗲 𝗖
Format Windows + Driver + Basic Software+ Backup Data – (RM65)


𝗣𝗮𝗰𝗸𝗮𝗴𝗲 𝗗
Format Windows + Driver + Basic Software + EXTRA Software - (RM65)


𝗣𝗮𝗰𝗸𝗮𝗴𝗲 𝗘
Backup Data - (RM20)


𝗣𝗮𝗰𝗸𝗮𝗴𝗲 𝗙
Format Windows + Driver + Basic Software + EXTRA Software + Backup Data - (RM85)


𝗣𝗮𝗰𝗸𝗮𝗴𝗲 G
Cuci & Service Kipas + Tukar Thermal Paste - (RM30 - RM50)


Kami juga merupakan kedai servis laptop murah di Kuala Lumpur yang menawarkan perkhidmatan membaiki dan format laptop dengan harga yang sangat rendah dan berpatutan. Kami menjamin perkhidmatan kami adalah satu-satunya perkhidmatan yang diyakini dan dipercayai masyarakat di Kuala Lumpur. Kami komited dalam membantu ramai orang untuk menyelesaikan segala masalah berkaitan laptop. Kepakaran kami adalah dalam membantu anda menyelesaikan masalah komputer atau laptop untuk semua jenama dan semua jenis versi windows.

Kenapa anda perlu memilih kami:

𝗣𝗲𝗻𝗮𝘄𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗩𝗲𝗿𝘀𝗶𝗼𝗻 𝗪𝗶𝗻𝗱𝗼𝘄𝘀
Pernah tak anda pergi ke kedai komputer dan mereka bertanya, laptop anda jenis windows versi apa? Sebab tidak semua kedai komputer mempunyai pelbagai jenis windows. Di tangan kami, anda tidak perlu risau kerana kami mempunyai pelbagai jenis versi Windows untuk format laptop anda, segala windows telah disediakan bermula daripada Windows XP sehinggalah Windows 11. Sistem Operasi Linux juga ada kami sediakan.

Format laptop dengan kami sangat cepat dan pantas di mana laptop anda akan siap dalam masa 24 jam jika tiada masalah hardware. Dan anda tidak perlu menunggu berhari-hari seperti kedai lain. Hanya dalam masa 24 jam sahaja anda boleh mendapatkan laptop anda dengan lengkap, ringan dan laju.

𝗦𝗼𝗳𝘁𝘄𝗮𝗿𝗲 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻
Anda tidak perlu rasa kehilangan atas segala software yang terkandung di dalam laptop anda sebelumnya.Kami akan memberikan software-software asas kepada anda. Anda tidak perlu install semula dan mengambil masa yang lama untuk buat kerja, anda boleh terus mula buat kerja setelah dapatkan laptop daripada kami. Selain itu, driver-driver juga akan lengkap diinstall oleh kami.

𝗦𝗼𝗳𝘁𝘄𝗮𝗿𝗲 𝗣𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮
Anda tidak perlu membeli atau mendapatkan software-software lagi terutamanya software asas kerana kami akan memberikan software percuma kepada anda seperti Microsoft Office, Microsoft Excell dan sebagainya. Anda akan lebih mudah dan menjimatkan masa anda.

𝗣𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗶𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻
Kami bukan sekadar menawarkan perkhidmatan format laptop semata-mata sahaja tetapi juga menawarkan perkhidmatan membaiki pelbagai jenis komputer, Laptop/Pc, Linux, Windows dan sebagainya.

𝗛𝗮𝗿𝗱𝘄𝗮𝗿𝗲 – Membaiki pelbagai jenis hardware atau part-part komputer atau laptop yang rosak
𝗦𝗼𝗳𝘁𝘄𝗮𝗿𝗲 – Menyediakan perkhidmatan penetapan sistem komputer atau pengendalian, pembaharuan lesen bagi software yang diperlukan seperti software multimedia & lain-lain lagi.
𝗨𝗽𝗴𝗿𝗮𝗱𝗲 𝗔𝘁𝗮𝘂 𝗦𝗲𝗿𝘃𝗶𝘀 𝗟𝗮𝗽𝘁𝗼𝗽 – Anda boleh mendapatkan penambahbaikan terhadap komputer dan laptop anda.

𝗦𝗲𝗿𝘃𝗶𝘀 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗗𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 24 𝗝𝗮𝗺
Perkhidmatan format hanya mengambil masa untuk siap dalam masa 24 jam sahaja. Anda tidak perlu menunggu lama, kami mempunyai perkhidmatan yang cepat dan pantas.

𝗔𝗹𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗽𝘁𝗼𝗽 𝗔𝗻𝗱𝗮
Selalunya laptop yang diformat mempunyai masalah lembab, tidak pantas, mempunyai virus dan macam-macam lagi. Kadang kala laptop itu terlalu panas dan dikhuatiri ia akan terpadam atau terlalu berat dan lambat. Salah satu punca yang menyebabkan laptop terlalu panas adalah kerana anda tidak pernah servis atau sudah sampai masanya untuk anda servis laptop lagi.

Selain daripada format laptop, banyak lagi alternatif yang anda boleh lakukan bagi memastikan laptop anda selamat dan boleh digunakan dengan baik.

𝗖𝗹𝗲𝗮𝗻 𝗗𝘂𝘀𝘁
Kami turut menyediakan perkhidmatan clean dust bagi membersihkan laptop anda secara keseluruhan, dalaman dan luaran. Habuk-habuk akan keluar dan laptop dibersihkan secara berkesan.

𝗧𝗵𝗲𝗿𝗺𝗮𝗹 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗲
Thermal paste boleh digunakan bagi mengekalkan efisiensi pengaliran haba laptop anda. Dengan adanya penggunaan thermal paste, laptop anda akan lebih sejuk dan tidak mudah panas.

Thermal paste dan clean dust juga akan siap dalam masa 24 jam. Ia adalah perkhidmatan tambahan bagi memastikan laptop anda lebih lancar, laju, bersih dan tiada masalah atau kerosakan lagi. Anda tidak perlu tunggu lama untuk semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami.

𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸
Anda boleh datang ke kedai kami dimana kedai kami berdekatan dengan MRR2 dan berdekatan (hanya berjalan dalam 8-10 minit sahaja) dengan Stesen LRT Wangsa Maju memudahkan anda yang datang dari kawasan KL dan Selangor. Selain itu, ruang depan kedai memudahkan anda untuk perking kenderaan anda dengan selamat dan mudah.


𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 1: 𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗞𝗮𝗺𝗶
Anda boleh menghubungi pakar di talian【012-2411959】 bagi mengetahui apakah punca atau masalah laptop/Pc anda. Anda boleh berbincang bagi mengenalpasti masalah laptop/Pc dan cara penyelesaiannya.

𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 2: 𝗛𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗟𝗮𝗽𝘁𝗼𝗽/𝗣𝗰
Untuk menghantar laptop ke kedai kami, anda boleh pergi sendiri atau walk in ke kedai. Jangan risau, pasti ada cara atau kemudahan untuk anda membaiki laptop/Pc anda dengan kami.

𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 3: 𝗥𝗶𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗗𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗣𝗮𝗻𝗴𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗶
Akhir sekali, anda hanya menunggu sahaja laptop/Pc anda siap dan sampai kepada anda. Biar kami yang selesaikan semuanya. Biasanya Format Laptop/Pc akan mengambil masa dalam 24 jam sahaja untuk siap jika tiada masalah Hardware atau Software pada computer anda.



𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗗𝗜: 

Seksyen 1, Wangsa Maju, KL.

Isnin - Jumaat

Buka : 9.00 mlm - 12.00 mlm



Sabtu - Ahad

Buka : 11.00 Pagi - 12.00 mlm



𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗵𝘁𝘁𝗽𝘀: //Flat Wangsa Maju Seksyen 1 Block E7. https://maps.app.goo.gl/usqTcadC3NKvj5Tq7

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...