Wednesday, 9 October 2013

BAIKPULIH ASUS A42SJ BERMASALAH SCREEN ARTIFAK (PECAH-PECAH)

MASALAH NO.1
Masalah Laptop ASUS  A42SJ ini, Laptop boleh Power-ON, tetapi video skrin mengalami masalah Artifak dan tidak beberapa lama kemudian auto shutdown sendiri jika dibiarkan Power-On dalam masa tidak kurang 10 saat.

Serba sedikit tentang Specification Laptop ini:
  • Processor Intel® Core™ i5-430M Processor (2.26 GHz, Cache 3 MB)
  • Chipset Intel HM55
  • Standard Memory 4 GB (2x 2GB) DDR3 SDRAM PC-8500
  • Max. Memory 8 GB (2 DIMMs)
  • Video Type ATI Mobility Radeon HD 5470 1GB
  • Display Size 14" WXGA LED
  • Display Max. Resolution 1366 x 768
SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop boleh Power-ON tapi bermasalah video skrin mengalami masalah Artifak ini hanya ada 1 Hardware yang perlu di periksa.Iaitu chipset display ATI Mobility Radeon® HD 5470.

Jadi, aku suspek yang masalah adalah berpunca dari kerosakkan chipsetATI Mobility Radeon® HD 5470 Graphics yang overheating, kerana aku perasan semasa Laptop Power-On, udara keluar dari ventalation Laptop terlalu panas dari biasa.

Untuk masalah overheat yang pertama kali rosak membaiki dengan cara reflow  atau reball chipset yang rosak akibat masalah overheating boleh digunakan.

Tapi jika Laptop bermasalah sama untuk kali ke-2 atau banyak kali rosak, cara menganti chipset baru yang paling baik, tapi masalah overheat sebenarnya tidak akan selesai juga.Cuma owner perlu membuat servis dan cuci secara tetap sekurangnya 6bulan sekali atau 1 tahun sekali untuk mengelakkan masalah overheat berlaku dengan cepat selepas pembaikkan.

Kebersanan ketiga cara yang aku sarankan tadi adalah bergantung pada nasib dan cara penjagaan owner Laptop. 

MASALAH NO.2
Laptop ASUS  A42SJ  ini juga mengalami masalah mouse pad riben flex koyak, kerana owner cuba untuk baiki sendiri Laptopnya.

Masalah Laptop ASUS  A42SJ  ini dapat di selesaikan dengan me reflow chipset ATI Mobility Radeon® HD 5470

Cara pembaikan reflow ini adalah pilihan dari owner LaptopPengujian chipset juga dilakukan.

Riben mouse pad yang koyak terpaksa diganti baru selepas cubaan membaiki riben asal tidak berjaya.

Jika berminat nak baiki  masalah blankscreen atau masalah Display pada Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...