Thursday, 15 August 2013

TIPS DIY SERTA BAIK PULIH BATERI CMOS UNTUK LAPTOP / NETBOOK / ULTRABOOK

Masalah bateri CMOS atau nama panjangnya (Complementary Metal Oxide Semiconductor) yang hilang charge atau kong sering terjadi pada PC atau Laptop lama, biasanya masalah ini terjadi pada Komputer yang berusia 3 tahun keatas.

Bateri ini juga dipanggil sebagai bateri RTC.

Kesan yang  biasanya  terjadi pada sistem Komputer akibat masalah tersebut adalah masa dan tarikh sistem paparan serta BIOS komputer ter reset pada nilai yang tidak tepat dari masa dan tarikh sebenar, ini berlaku apabila bekalan kuasa Komputer di matikan.

Masalah ini tetap akan terjadi, walaupun kemudian korang perbetulkan beberapa banyak kali pun ia akan lari semula seperti yang aku jelaskan tadi.

Selain itu, untuk sesetengah model Laptop atau PC,terjadi  masalah untuk komputer Power-On disebabkan masalah bateri CMOS. Ataupun masalah error masa POST BIOS.
Jika masalah ini terjadi, penyelesaian yang  betul adalah dengan menukar bateri CMOS yang baru.Untuk menukar bateri CMOS baru pada motherboard PC adalah senang dan boleh dibuat sendiri.

Tapi untuk tukar bateri CMOS baru pada Laptop agak sukar.Jika korang bawa ke kedai, caj untuk menukar bateri CMOS baru untuk Laptop adalah antara RM30.00 atau RM50.00. Ini bukan sekadar harga bateri itu tapi charge untuk buka cover housing Laptop.

Ini kerana, sesetengah Laptop, akses pada bateri CMOS kadang kala terletak di bawah motherboard yang untuk mencapainya perlu buka keseluruhan Housing Laptop.

Harga bateri CMOS kecil yang belum ada wayar penyambung ini cuma RM5.00 boleh dibeli di kedai hardware atau jam. Biasa jenis jenis CMOS bateri yang digunakan adalah CR 2032.
Tapi ada juga yang model laptop yang guna saiz yang berlainan  dari  CR 2032  untuk itu sila lihat kod pada bateri asal itu.Tapi kebiasaanya bateri-bateri ini mempunyai voltan 3v
Ok, aku ada sebut yang harga bateri CMOS CR2032 baru hanya berharga rm5.Tapi korang akan dapat hanya bateri cahaja, tanpa wayar penyambung, kalau korang cari yang baru, harga biasa tak termasuk pasang rm25. Lihat Sini

Bagaimana nak menyambung wayar sambungan pada bateri CMOS CR2032 baru, korang perlu faham, permukaan   bateri CMOS CR2032 adalah di perbuat dari logam nikel. 

Permukaan nikel susah untuk di pateri dengan timah solder biasa.Dan  bateri CMOS CR2032 ini tak boleh terlalu panas kerana Lithium mudah meletup jika terlalu panas.

Jika korang salotep atau gam kan, boleh juga, tapi sambungan wayar hanya sekejap, apabila suhu didalam housing Laptop panas, sambungan bateri menjadi longgar.Dan masalah masa/tarikh akan terjadi lagi.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk sambung bateri CMOS CR2032 adalah:
  1. Solder Iron dengan Timah - RM10.00 - RM30.00
  2. Gunting - RM1.00 - RM3.00
  3. Bateri CMOS CR2032  - RM5.00
  4. Tape Aluminium atau Cooper Tape -  RM1.00 - RM3.00
  5. Salotape -  RM1.00
DIY ini mudah dan boleh dibuat sendiri. Aku telah mencuba dan berkesan, tiada masalah. Apabila selesai tukar bateri baru, cuba ukur voltan menggunakan multimeter, dapatkan bacaan 3v pada bateri CMOS baru sebelum pasang ke Motherboard.

 Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...