Salam, di POST kali ini, aku ingin perkenalkan Software yang mampu membina multi installer di dalam 1 usb Pendrive.
Sebelum ini, yang biasa aku perhatikan, jika kalau nak install Windows yang berlainan version contohnya XP, Vista, 7 atau Win 8, korang perlu banyak pendrive untuk setiap installer atau boleh juga guna hanya 1 pendrive, tapi korang perlu delete dulu file installer Windows sebelumnya dan mengisi file installer Windows version yang korang ingin install terlebih dulu.
Cara menggunakan banyak pendrive serta delete installer tersebut amat merugikan dari segi wang dan masa.
Aku perkenalkan SARDU yang memudahkan korang untuk membuat multiboot Windows installer usb pendrive dengan amat mudah.
Selain dari SARDU ada utiliti yang seakan sama dengannya iaitu YUMI , tapi aku lebih suka menggunakan
SARDU .
Tapi, untuk korang boleh masukkan serentak Installer Windows yang berlainan version contohnya XP, Vista, 7 atau Win 8 didalam 1 pendrive, korang perlu pendrive berkapasiti besar .
Maksudnya, korang perlu guna pendrive seperti 8gb,16gb atau 32gb untuk korang boleh masukkan multiple Windows, Hiren Boot CD, Live windows, Ubuntu, Backtrack, Beini, Linux Mint dan pelbagai Software atau Driver installer ke dalam usb pendrive dan boleh membuat pilihan Utiliti Tools untuk membaiki Hardisk atau membuang password Windows ketika hendak boot.
Jadi dengan SARDU ini, korang tak perlu nak khususkan hanya satu jenis Windows Installer atau live CD atau Tools Baiki dalam setiap pendrive . Dengan SARDU ini
, korang akan dapat jadikan dengan hanya menggunakan 1 usb pendrive sebagai “ultimate Multi Installer Tools” yang mengandungi semua Data penting untuk install Windows, Linux, Antivirus dan juga tool membaiki dan recover Hardisk partition yang rosak.
Jika berminat nak lebih detail mengenai USB Multi Installer ini , boleh hubungi 0122411959/hafizam.
1 comments:
tutorial nak guna ade tak abam :3
Post a Comment