Awal tahun lepas (2012) aku telah beli usb pendrive 8gb jenama SanDisk, untuk simpan data serta lagu.
Selepas guna pendrive ini tidak sampai 2 bulan, pendrive jenama SanDisk telah buat perangai, keluar error write protection.
Masalah ini menyebabkan aku tak dapat save write atau erase data.Usb pendrive ini tiada suis untuk enable atau Lock seperti Usb pendrive terdahulu.
Aku telah habiskan berbulan-bulan sehinga awal tahun 2013 untuk cari solution untuk fix masalah pendrive jenama SanDisk ini tapi tak berjaya.
- Low Level Format guna Dos / Windows / Linux
- Edit registry windows
Dari penyiasatan yang aku lakukan didapati, semua range usb pendrive jenama SanDisk mengahadapi masalah ini dan berlaku pada pengguna seluruh Dunia.
Hanya pengantian Pendrive baru sahaja dapat solved masalah ini.Walaupun harga usb pendrive ini murah dalam beberapa puluh ringgit sahaja, tapi masalah ini mungkin merugikan dan memberi masalah pada sesetengah pengguna.
1 comments:
Cuba masukkan pedrive ini di komputer atau laptop yang lain. Saya pernah mengalami masalah write protected ini dan mencuba berbagai cara. Namun setelah saya menggunakan laptop kawan saya, masalah ini dapat diatasi, dan pendrive saya berfungsi dengan baik.
Post a Comment