Masalah Laptop bila Power-On je dia akan keluar bunyi beeps buzer tak berhenti-henti.Sampai kena Power-Off. Tapi bila Power-On balik, bunyi beeps buzer keluar lagi.
MASALAH
- Laptop boleh Power-On dan loading Windows tapi bunyi beeps buzer tak berhenti-henti masa booting.
SOLUTION
Biasanya untuk masalah begini adalah disebabkan problem pada keyboard.
Kemungkinan salah satu key pada keybord Laptop terlekat/jem atau tertekan atau situasi paling teruk, IC controler didalam keyboard laptop shorting iaitu rosak/faulty.
Keyboard laptop boleh rosak, biasanya disebabkan terkena air atau rosak akibat laptop terlampau panas (overheating).
Cara untuk memastikan masalah ini berpunca dari keyboard laptop adalah:
- Sila periksa satu-satu key pada keyboard, satu-satu key pada keyboard Laptop tu sehingga bunyi beeps tu hilang.
- Jika bunyi masih tak hilang, sila tanggalkan kabel riben flex keyboard Laptop, Power-On balik, jika bunyi beeps buzer dah tiada, confirm keyboard sudah rosak.
Jika, dah confirm keyboard laptop yang menyebabkan masalah ini, selain dengan pengantian keyboard laptop, ada beberapa tips yang korang boleh guna untuk solved kan masalah ini:
- Jika masalah berpunca dari key pada keyboard Laptop, boleh cuba blow kan key pada keyboard guna blower angin.
- Jika masalah berpunca pada kontak riben keyboard, Untuk baiki, korang boleh cuci kontek kabel riben flex keyboard Laptop ni dengan Erazer(pemadam) dan gosok line kontek tersebut dengan mata pencil.
- Cara lain adalah dengan menggunakan keyboard USB, tanggalkan kabel riben flex keyboard Laptop tu.
Bunyi ini disebabkan bila komputer start, BIOS akan baca butang keyboard yang ditekan. Tapi bila tiada program untuk baca butang yang ditekan tersebut, BIOS akan simpan kod butang tersebut didalam ruangan kecil untuk diberi kepada program kemudiannya. Namun apabila ruangan tersebut penuh, bunyi BEEP akan dihasilkan dan BIOS tidak akan respon kepada command keyboard seterusnya sehingga butang pada keyboard dilepaskan dan ruangan tersebut dikosongkan.
Sumber:
http://www.youtube.com/watch?v=G-lZ6qkVfWg
http://www.youtube.com/watch?v=OH5LjrhOlb8&feature=related
http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/91360-ade-bunyi-beep/
1 comments:
thanks gan sudah share
solder uap
Post a Comment