Wednesday, 26 September 2012

BUANG PASSWORD BIOS ACER ASPIRE 4743


Masalah Laptop ACER ASPIRE 4743 ini, Laptop bermasalah untuk format Windows, ini kerana Laptop minta password Bios dahulu jika ingin mengubah setting 1st boot kepada DVD Rom atau Usb jika ingin masuk dan mengubah sistem bios Laptop ini.Masalahnya owner dah terlupa password bios yang digunakan.

MASALAH
  1. Laptop minta password Bios dahulu jika ingin mengubah setting 1st boot kepada DVD Rom atau Usb di sistem bios
SOLUTION
Biasanya untuk masalah password, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuangnya, antaranya dengan cabut bateri cmos Netbook atau menggunakan utiliti seperti Master password generator atau guna utiliti crack password berbentuk Dos (biasanya korang boleh jumpa utiliti ini didalam CD Hiren).

Untuk guna password generator korang kena da kod unik yang degenerate oleh laptop selepas menekan  password 3 kali.Tapi kalau tak ada keluar kod tu hanya ada gambar lock kunci, cara ini tak dapat digunakan.

Cara ini, owner telah guna, tetapi password bios tetap tak boleh buang.Ini kerana, kebanyakkan Laptop atau Laptop terkini, menggunakan IC Eeprom yang tetap akan menyimpan memorinya walaupun bekalan kuasa diputuskan.



Jika cara yang disebutkan diatas tak menjadi, untuk reset IC Eeprom ini, ada beberapa cara lain lagi yang boleh digunakan.

Iaitu, Flash atau program balik bios di OS Windows atau dari Dos (sama seperti cara korang upgrade version Bios latest), cara ini memerlukan korang download file Bios model Laptop/Netbook dari website pengilang. Cara ini, hanya boleh digunakan untuk laptop yang masih boleh running dan boot Windows atau masih hidup dan jika laptop korang mengalami Blankscreen, cara ini tidak dapat digunakan.

Cara lain pula adalah, dengan cara menjumper kaki IC Eeprom  untuk men shortkan IC ni supaya password dirosakkan.Tetapi cara ini agak merbahaya kerana biasanya IC Eeprom boleh rosak dan % kejayaan mengunakan cara ini adalah hanya 50%.

Cara yang lain yang 100% gerenti success,  ialah aku biasanya program balik IC Bios baru secara manual menggunakan   EEPROM Programmer .

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.




BAIKPULIH HOUSING ACER ASPIRE 4937G PATAH DI BAHAGIAN PEMEGANG ENGSEL LCD


Masalah Laptop ACER ASPIRE 4937G ini, Laptop patah pada bahagian skru pemegang engsel(Hinges) sebelah kiri dan housing botom panel Laptop bahagian sistem HSF serta pemegan engsel turut patah.

MASALAH
  1. Laptop patah pada bahagian skru pemegang engsel(Hinges) sebelah kiri dan housing botom panel Laptop bahagian sistem HSF serta pemegang engsel turut patah.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, technician laptop akan gam kan bahagian yang patah, tapi disebabkan bahagian pemegang skru engsel memerlukan kekuatan, gam sahaja tidak memadai.

Biasanya gam yang digunakan ialah jenis Epoxy 3ton.Kalau menggunakan gam biasa, memang kekuatan tiada pada tempat yang patah.

Selain dari gamkan bahagian tempat skru yang patah, Hinges/engsel ini perlu diskrukan pada body housing Laptop dengan sekeping berekat besi yang dibuat khas untuk masalah Laptop ini.

Bereket besi ini digunakan untuk memberikannya kekuatan dan mengelakkan kerosakkan pada bahagian tidak berulang lagi.






Selain dari masalah ini, model ini juga biasa alami masalah yang aku listkan dibawah.

ACER ASPIRE 4937G
Masalah yang selalu dialami
  1. Apabila Power -ON button, kipas pusing elok sahaja.LCD skrin tiada dsplay.Bila cuba pada external monitor lain, tak keluar display
  2. Laptop Autorestart atau Autoshutdown
Penyebab Kerosakkan
  1. Vcore untuk Processor telah fail / faulty. 
Penyelesaian Masalah.
  1. Tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah
Jika berminat nak baiki  masalah Housing Laptop crack atau patah Housing pada Laptop/PC ,boleh hubungi 0122411959/Hafizam.


BAIKPULIH LENOVO IDEAPAD G470 / G475 HOUSING PATAH/PECAH DI BAHAGIAN SKRU ENGSEL/HINGES SKRIN

Masalah Laptop LENOVO IDEAPAD G470 ini, Laptop patah pada bahagian skru pemegang engsel(Hinges) di sebelah kanan dan jack power connector termasuk kedalam housing Laptop.

Masalah sebegini juga aku temui pada model Lenovo ideapad lain iatu siri G460 / G470 / G475 /Z470


MASALAH
  1. Laptop patah pada bahagian skru pemegang engsel(Hinges) dan jack power connector termasuk kedalam housing Laptop. 

SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, technician laptop akan gam kan bahagian yang patah, tapi disebabkan bahagian pemegang skru engsel memerlukan kekuatan, gam sahaja tidak memadai.

Biasanya gam yang digunakan ialah jenis Epoxy 3ton.Kalau menggunakan gam biasa, memang kekuatan tida pada tempat yang patah.

Selain dari gamkan bahagian tempat skru yang patah, Hinges/engsel ini perlu diskrukan pada body housing Laptop untuk memberikannya kekuatan dan mengelakkan kerosakkan pada bahagian tidak berulang lagi.










BAIKPULIH LENOVO G475 HOUSING  MASALAH PATAH DI BAHAGIAN SKRU ENGSEL


Jika berminat nak baiki  masalah Housing Laptop Crack atau Patah Housing pada Laptop/PC, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




Tuesday, 25 September 2012

KERJA-KERJA PENUKARAN HINGES (ENSEL) ACER ASPIRE 5551 DAN 4150

ACER TRAVELMATE 4150





ACER ASPIRE 5551




MASALAH
  1. Laptop 4150 dan 5551 ini patah pada engsel(Hinges) dan housing Lid panel Laptop pemegang engsel turut patah.
SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, penggantian ensel(hinges) baru dilakukan kerana kerosakkan berlaku ditempat bahagian vital engsel.


Jika berminat nak baiki  masalah Engsel(hinges) crack atau patah Engsel pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.




Thursday, 20 September 2012

TIPS BAIKPULIH LAPTOP MASALAH BERBUNYI BUZER TAK BERHENTI




Masalah Laptop bila Power-On je dia  akan keluar bunyi beeps buzer tak berhenti-henti.Sampai kena Power-Off. Tapi bila Power-On balik, bunyi beeps buzer keluar lagi.

MASALAH
  1. Laptop boleh Power-On dan loading Windows tapi bunyi beeps buzer tak berhenti-henti masa booting.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah begini adalah disebabkan problem pada keyboard.

Kemungkinan salah satu key pada keybord Laptop terlekat/jem atau tertekan atau situasi paling teruk, IC controler didalam keyboard laptop shorting iaitu rosak/faulty.

Keyboard laptop boleh rosak, biasanya disebabkan terkena air atau rosak akibat laptop terlampau panas (overheating).

Cara untuk memastikan masalah ini berpunca dari keyboard laptop adalah:
  1. Sila periksa satu-satu key pada keyboard,  satu-satu key pada keyboard Laptop tu sehingga bunyi beeps tu hilang.
  2. Jika bunyi masih tak hilang, sila tanggalkan kabel riben flex keyboard Laptop, Power-On balik, jika bunyi beeps buzer dah tiada, confirm keyboard sudah rosak.

Jika, dah confirm keyboard laptop yang menyebabkan masalah ini, selain dengan pengantian keyboard laptop,  ada beberapa tips yang korang boleh guna untuk solved kan masalah ini:
  1. Jika masalah berpunca dari key pada keyboard Laptop, boleh cuba blow kan key pada keyboard guna blower angin.
  2. Jika masalah berpunca pada kontak riben keyboard, Untuk baiki, korang boleh cuci kontek kabel riben flex keyboard Laptop ni dengan Erazer(pemadam) dan gosok line kontek tersebut dengan mata pencil.
  3. Cara lain adalah dengan menggunakan keyboard USB, tanggalkan kabel riben flex keyboard Laptop tu. 

Bunyi ini disebabkan bila komputer start, BIOS akan baca butang keyboard yang ditekan. Tapi bila tiada program untuk baca butang yang ditekan tersebut, BIOS akan simpan kod butang tersebut didalam ruangan kecil untuk diberi kepada program kemudiannya. Namun apabila ruangan tersebut penuh, bunyi BEEP akan dihasilkan dan BIOS tidak akan respon kepada command keyboard seterusnya sehingga butang pada keyboard dilepaskan dan ruangan tersebut dikosongkan.


Sumber:
http://www.youtube.com/watch?v=G-lZ6qkVfWg
http://www.youtube.com/watch?v=OH5LjrhOlb8&feature=related
http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/91360-ade-bunyi-beep/

Friday, 14 September 2012

BUANG PASSWORD BIOS LENOVO S10-3C

Masalah Netbook LENOVO S10-3C ini, Netbook tak boleh loading Windows, Netbook  minta password Bios dahulu, dan owner juga tak boleh masuk ke sistem bios Nettbook ini.Masalahnya owner dah terlupa password bios yang digunakan.

MASALAH
  1. Netbook minta password bios sebelum loading windows.




SOLUTION
Biasanya untuk masalah password, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuangnya, antaranya dengan cabut bateri cmos Netbook atau menggunakan utiliti seperti Master password generator atau guna utiliti crack password berbentuk Dos (biasanya korang boleh jumpa utiliti ini didalam CD Hiren).

Cara ini, owner telah guna, tetapi password bios tetap tak boleh buang.Ini kerana, kebanyakkan Laptop atau Netbook terkini, menggunakan IC Eeprom yang tetap akan menyimpan memori walaupun bekalan kuasa diputuskan.



Jika cara yang disebutkan diatas tak menjadi, untuk reset IC Eeprom ini, ada beberapa cara lain lagi yang boleh digunakan.

Iaitu, Flash atau program balik bios di OS Windows atau dari Dos (sama seperti cara korang upgrade version Bios latest), cara ini memerlukan korang download file Bios model Laptop/Netbook dari website pengilang. Cara ini, hanya boleh digunakan untuk laptop yang masih boleh running dan boot Windows atau masih hidup dan jika laptop korang mengalami Blankscreen, cara ini tidak dapat digunakan.

Cara lain pula adalah, dengan cara menjumper kaki IC Eeprom  untuk men shortkan IC ni supaya password dirosakkan.Tetapi cara ini agak merbahaya kerana biasanya IC Eeprom boleh rosak dan % kejayaan mengunakan cara ini adalah hanya 50%.

Cara yang lain yang 100% gerenti success,  ialah aku biasanya program balik IC Bios baru secara manual  menggunakan   EEPROM Programmer .

Jika berminat nak baiki masalah password bios atau masalah bios corrupted ataupun nak beli I.C bios yang telah di program baru untuk Laptop/PC , boleh hubungi  0122411959 / Hafizam.

Monday, 10 September 2012

BAIKPULIH TOSHIBA SATELLITE L645 MASALAH POWER ON

Masalah Laptop TOSHIBA SATELLITE L645 ini, Laptop boleh start, tapi  tak sampai 1 saat, Laptop Power-Off (shutdown) secara tiba-tiba.Seperti motherboard di halang dari terima power elektrik seperti biasa.

MASALAH
  1. Laptop Power-Off (shutdown) dalam 1saat.
TROUBLESHOOTING
1. Pemeriksaan telah dibuat pada motherboard Laptop untuk memastikan punca dan komponen yang faulty.

2. Housing casing Laptop dibuka bagi pemeriksaan untuk memastikan ianya, tiada habuk dan thermal compound berada didalam keadaan yang baik.


SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan didapati i.c bios telah rosak dan corrupt, penggantian i.c bios baru yang disebutkan untuk motherboard dilakukan .

Dan aku terpaksa program balik IC Bios baru secara manual  dan program balik bios baru menggunakan   EEPROM Programmer .


Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...