Wednesday, 30 November 2011

BAIK PULIH LAPTOP DELL LATITUDE D520 KENA SIRAM(CURAH) AIR


MASALAH

Masalah Laptop DELL LATITUDE D520  ini adalah tak boleh Power ON kerana motherboard laptop dah short akibat di curah dengan air.  

Owner  call aku mengatakan , Laptopnya tiba-tiba tak boleh Power On, problem terjadi setelah  dia tukar keyboard baru yang dibeli dari aku.Keyboard laptop lama dah rosak (tidak berfungsi) akibat terkena siraman air dan beberapa key hilang dicungkil oleh anak owner.


Kes ni aku agak pelik kerana 2 hari sebelum tu semasa tukar keyboard baru,  aku dah test depan owner dan tiada air yang bertakung didalam laptop .Laptop berkeadaan baik.


Pada luaran laptop didapati ada kesan air diatas permukaan keyboard dan pada permukaan LCD.Apabila dalaman laptop diperiksa, didapati air telah memasuki ke dalam ruang motherboard laptop dan sebahagian besar motherboard dan Ram sudah short.Aku tanya owner balik, dia tak pasti anaknya ada main dengan Laptop tu atau tidak.







BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop DELL LATITUDE D520 ni akhirnya berjaya diselesaikan.
Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.








Tuesday, 29 November 2011

BAIKPULIH LAPTOP BENQ JOYBOOK S31V MOUSE PAD DAN KEYBOARD GAGAL BERFUNGSI

MASALAH

Masalah Laptop BENQ JOYBOOK S31V  ini adalah mouse pad dengan keyboard tak berfungsi ketika run Windows, owner terpaksa guna keyboard dan mouse external semasa menggunakan laptop ini.


Dan owner  mengatakan ,problem terjadi apabila dia cuba baiki masalah bluescreen dan laptop hang dan mati sendiri dikedai komputer sekitar tempat tinggalnya, masalah bluescreen dah setel tapi masalah  mouse pad dengan keyboard gagal berfungsi pula terjadi dan laptop masih shutdown- mati dengan sendiri, jadi owner telah approach aku untuk baiki Laptop ini kerana kakak owner pernah baiki laptop dengan aku.


Apabila Windows run dalam Safe Mode mouse pad dengan keyboard boleh berfungsi, tapi jika windows run dalam keadaan biasa, masalah seperti yang disebutkan tadi berlaku.
Aku cuba format windows baru, tapi masalah masih sama, format menggunakan HDD lain juga masih sama.Laptop akan berkeadaan begitu dan mouse pad dengan keyboard masih tak berfungsi ketika run windows dalam keadaan normal




BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop BENQ JOYBOOK S31V ni akhirnya berjaya juga diselesaikan.
Rupa-rupanya bateri pack Laptop menjadi punca masalah mouse pad dengan keyboard tak berfungsi ketiaka windows run dalam keadaan normal.


Ini berkemungkinan disebabkan bateri pack menggangu driver mouse pad dengan keyboard ketika windows dalam keadaan mengesan semua hardware di Laptop selepas Bios Post.


Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.


Thursday, 24 November 2011

MASALAH TOSHIBA SATTELLITE M100 CHARGING BATERI INTERMITENT



MASALAH
Masalah Laptop TOSHIBA SATTELLITE M100 ni ada 2:

LCD backlight rosak  .

Macamana aku tau, hardware tu yang rosak?.Apabila Laptop power ON, laptop LCD gelap tapi masih ada bayang video kat LCD tersebut, aku test suluh dengan torchlight dan nampak video laptop ada.
Ini bermakna ada 3 kemungkinan, sama ada Laptop ni inverter atau kabel supply power inverter dan CCFL bulb rosak.
Kalau inverter atau CCFL bulb rosak  problem, ada 2 tanda kemungkinan yang terjadi , 2-2 hardware ni bersangkut paut, kalau salah satu hardware ni problem tandanya backlight akan berkelip, selain backlight LCD akan bertukar dari warna putih ke warna kuning  atau LCD jadi malap walaupun korang dah habis adjust kecerahan , tanda yang lain adalah, kalau korang cuba adjust keterangan jadi maximum, backlight terus padam, kena restart laptop, baru ok.

 LCD baclight ni ni ada 2 bahagian penting:

  1. Lampu backlight lamp (bulb) serta inverter  CCFL yang bekalkan power (dalam VAC).Kalau dia problem, korang still nampak video, tapi gelap la.

Bateri Charging Intermitent 

Laptop TOSHIBA SATTELLITE M100 ni juga ada masalah dengan charging bateri, bila Laptop dalam keadaan ON (diguna), bateri hanya charging tak sampai berapa minit di charge oleh sistem Laptop, selepastu sistem Laptop dah tak charge.


Tapi jika Laptop   dalam keadaan OFF (tidak diguna), bateri Laptop boleh charging sampai penuh.
Adapter charger asal Laptop, aku telah check dan  berkeadaan baik.Female jack di motherboard Laptop juga diperiksa dalam keadaan baik.Aku cuba check bateri Laptop ni di Toshiba website dan didapati ada amaran defect dan recall dikeluarkan oleh  Toshiba .Antara model Laptop Toshiba yang  terlibat:

Model Name
Satellite A100
Satellite A110
Tecra A7
Satellite Pro A100
Satellite Pro A110
Equium A100
Satellite M70
Satellite Pro M70
Equium M70
Satellite M50
Satellite Pro M50
Equium M50
Satellite M100
Equium A110
Tecra A6



Add caption


SUMBER:

BAIK PULIH SIAP
Laptop TOSHIBA SATTELLITE M100 ni juga telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.





















Monday, 21 November 2011

BAIK PULIH HP COMPAQ PRESARIO B1200 TAK BOLEH POWER ON

MASALAH
Masalah Laptop HP COMPAQ B1200  ni adalah tak boleh power on , .Apabila jack dari power adapter charger Laptop disambung ke Laptop, Led status power pada Laptop berkelip-kelip(blinking) dan  power akan mati dalam beberapa saat .
Laptop akan berkeadaan begitu dan masih tak boleh ON ,masalah  masih sama walaupun tukar power adapter charger yang lain .
Laptop LCD blank screen (tidak keluar apa-apa)-kerosakkan pada Laptop ini menunjukkan ada komponen di motherboard telah short atau lost connection terutama di bahagian power.
Adapter charger asal Laptop, aku telah check dan dipastikan berkeadaan baik.Jadi bermakna mungkin female jack dibahagian motherboard Laptop, problem atau ada komponen di bahagian motherboard short atau lost connection.


BAIK PULIH SIAP: 
Laptop HP COMPAQ B1200 ni juga telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.


Tuesday, 15 November 2011

TIPS UNTUK KESAN KAWAN SERUMAH GUNA TORRENTS DALAM NETWORK


Aku nak tanya sikit kat pembaca blog aku, korang suka download tak?.Tak kisah la movie ke, software ke, anime ke, yang tut-tut tu ke.Suka tak?.Aku rasa kebanyakkan semua orang  suka downloadkan.Ok, nak download banyak-banyak tak jadi masalah atau kesalahan.

Tapi bagaimana line internet yang digunakan itu dishare dan dikongsi beramai-ramai.Contohnya kat rumah sewa, ofis?.Yang ini boleh menjadi masalah jika ada yang kaki download . Dan biasanya untuk download, ramai yang guna aplikasi torrent, terutamanya untuk download file yang besar.

Ada pembaca blog aku tanya 1 soalan cepu emas, macam ni:

Salam...sya nk tnye...housemate sya suke download....slalu intenet slow sngat....ade x software yg bleh check klu housemate sye tgah download...sye gune roter tp link...

Selalunya apabila guna aplikasi torrent biasanya akan menyebabkan line internet slow dan lembab kepada pengguna yang lain.Sebab aplikasi torrent ini akan guna port yang banyak(  Torrent Consumes Big Bandwidth ) pada line internet untuk sedut dari sumber yang banyak bagi melengkap kan file yang didownload (lagi besar file tu, lagi banyak port yang diguna).Bila dia guna port yang banyak, aplikasi torrent ini, akan sekat pengguna lain dari connect ke internet (ini la antara punca line internet slow) biasanya jadi masalah besar pada pengguna yang lain.

Boleh ke nak Kesan pengguna torrent di dalam talian internet korang?

Boleh, korang guna packet sniffer (ada banyak jenis), antara yang aku rasa ok ialah colasoft packet sniffer.Cuba la korang try.



Step1. Download a free trial and implement it correctly

Step2. Launch a project and start capturing data

Step3. Find BitTorrent Protocol in the “Protocols” Tab




Setp4. Locate BitTorrent Protocol in the “Explorer”
Use the “Locate” function to locate BitTorrent protocol in the “Explorer” to analyze dedicated data.


Step5. Track BitTorrent User in LAN in the “Endpoint” Tab

This is the way how to track the BitTorrent user in our network and who are connected with him. There is a lot more we can see from this tab, such as how much data has been downloaded and uploaded via BitTorrent protocol.



View how many connections have been built in “Matrix”
You’ll be shocked to see how many connections have been built in the “Matrix” Tab. In this case, we can see this user has built more than 1000 connections with other hosts.

Jika korang ada masalah ini dengan Housemate atau Ofismate, cuba tangani dengan baik, kalau tidak mungkin akan bergaduh besar atau bermasam muka ,nasihat aku untuk korang:
  1. Kalau ada housemate yang suka download guna torrent, cuba korang cakap baik-baik, cakap dengan dia kalau nak download boleh tapi sila buat time orng lain dah tidur atau tak guna internet.
  2. Kalau housemate buat tak tau dan tak mengaku, korang cakap la kuat-kuat ugut line internet slow, jadi korang  nak  setup line streamyx baru atau broadband sendiri (mesti diorang takut sebab kos bayar line internet akan bertambah) 
  3. Kalau ada kawan ofis yang suka download guna torrent, cuba korang cakap baik-baik, cakap dengan dia kalau nak download boleh tapi sila buat time bukan ofis hour atau tak guna internet, nasihat dia supaya guna timer.
  4. Kalau boleh jika masalah berlaku dirumah sewa. korang buat 1 signboard tulis (Download Torrent  Hanya Dibenarkan Semasa Pengguna Line Sudah Tidur Atau Tak Guna Line Internet Dan Jika Urgent nak Guna Masa Orang Lain Tengah guna Sila Tanya dahulu), korang tulis besar-besar kalau boleh, gantung dekat ruang tamu.Kalau masih tak faham juga, tak tau la (Kalau aku la, pelangkung je kepala yang tak faham-faham tu)

About BitTorrent
BitTorrent is a peer-to-peer file sharing protocol used for distributing large amounts of data. BitTorrent is one of the most common protocols for transferring large files.

BitTorrent Consumes Big Bandwidth
Based on the working principle of BitTorrent protocol, if somebody is downloading big files with BitTorrent software, it will be a disaster for other users who need bandwidth for business operations as the user will consume large amount of bandwidth, thus causing long time network slowness, intermittence, even disconnections; because meantime the user downloading files from others, others are downloading files from him.

The protocol works when a file provider initially makes his/her file (or group of files) available to the network. This is called a seed and allows others, named peers, to connect and download the file. Each peer that downloads a part of the data makes it available to other peers to download. After the file is successfully downloaded by a peer, many continue to make the data available, becoming additional seeds. This distributed nature of BitTorrent leads to a viral spreading of a file throughout peers. As more peers join the swarm, the likelihood of a successful download increases. Relative to standard Internet hosting, this provides a significant reduction in the original distributor’s hardware and bandwidth resource costs. It also provides redundancy against system problems and reduces dependence on the original distributor.

Sumber:
http://blog.colasoft.com/tag/bittorrent/

Monday, 14 November 2011

MASALAH LAPTOP SHORT DISEBABKAN OLEH SOKET AC/DC ADAPTER CHARGER OUTLET FAULTY ATAU KENA PETIR




  Contoh Motherboard Short Disebabkan Dipanah Petir Serta Overvoltage Dari Soket Rosak  


Motherboard Komputer serta Laptop merupakan salah satu peralatan elektronik yang amat sensitif terhadap voltan lebih kerana di motherboardnya terdapat banyak komponen - komponen elektronik kecil yang mudah rosak jika terkena voltan atau arus lebih. 

Antara komponen elektronik penting yang sensitif adalah :
  1. Smd IC
  2. Smd Transistor
  3. Smd Capacitor 
Komputer chip (i.c) biasanya bekerja dengan voltan 5volts atau lebih rendah lagi (untuk power I.C 18.5v), dan i.c ini amat sensitif dan boleh rosak walaupun jika mendapat voltan lebih sikit sahaja dari 5v.Apatah lagi jika 'over voltage' terjadi dari kejutan petir atau soket AC (240V) faulty, yang biasanya voltan serta arus terbabit amat tinggi.

Apakah, langkah yang perlu untuk mengelakkan 'over voltage' terjadi pada Komputer atau Notebook korang.

  1. Jangan gunakan universal power adapter charger yang boleh adjust voltan untuk Laptop kerana adapter ni mempunyai rating tolerence voltage yang tak stabil.Sila guna adapter original atau local khas untuk power Laptop.
  2. Jangan pasang plug adapter Laptop/Komputer  semasa suis soket AC masih dalam berkeadaan hidup (ON).
  3. Jangan guna Laptop/Komputer atau surf internet ,lebih-lebih lagi connection internet menggunakan kabel Cat5/6 (network port) semasa hujan atau petir sambung menyambung. Elakkan menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Boleh menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.
  4. Elak guna atau tutup peralatan elektrik/elektronik lain selain dari Laptop/Komputer ketika  hujan atau petir sambung menyambung  , jika pendawaian pembumian grounding (Earth) diketahuai tak elok(tak bagus).Boleh menyebabkan litar pintas dan 'overvoltage' pada komponen PSU (power supply unit) dan adapter Laptop dan wired network card bahkan keseluruhan motherboard dan komponen dalaman. Sila gunakan voltage regulator sebagai langkah berjaga-jaga.  
  5. Jangan menggunakan plug yang menunjukkan tanda-tanda ianya rosak seperti tercabut dari tempat asal, ada tanda terbakar atau wayar yang terkena air serta jangan gunakan 1 soket outlet rumah untuk menyambung banyak extension soket dan menyambung banyak peratalatan elektrik dalam satu extension soket.
  6. Jangan gunakan power adapter charger yang menunjukkan tanda kerosakkan seperti power intermitent atau ada bunyi current keluar dari adapter atau ada bau hangit seperti terbakar walaupun masih ada voltage yang diperlukan Laptop jika belum dibaiki.  
Kesan 'over voltage':
  1. Merosakkan 'power supply' di CPU Komputer serta adapter charger dan motherboard pada Laptop
  2. Power cable' (wayar dari charger ke plug) terbakar.
  3. 'Adapter' / 'charger' laptop rosak (tak hidup atau berkelip).

Situasi yang pernah terjadi kepada custemer aku:

  1. Laptop terus tak hidup dan adapter charger blinking setelah menggunakan soket yang mempunyai kesan terbakar.
  2. 'Power supply' PSU di CPU komputer rosak kerana tidak menutup komputer akibat daripada arus voltage elektrik yang kuat sewaktu berlaku ribut petir (masalah pembumian).  
  3. Network port Komputer terbakar kerana surf internet semasa berlaku ribut petir   

Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana-mana kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan laptop. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponen terutamanya laptop monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.Pastikan ada wayar grounding bumi (Earth) pada peralatan Komputer atau laptop korang.


Jika korang menemui lampu led adapter Laptop korang berkelip serta ada bau terbakar keluar dari laptop atau adapter, sila ambil langkah berwaspada. Biasanya kerosakkan telah terjadi pada motherboard dan adaptor Laptop korang. Jangan gunakan sementara adapter yang berkelip tersebut jika Laptop korang masih boleh hidup dengan menggunakan bateri.

Apa yang akan terjadi jika korang masih gunakan Laptop?
  1. Bateri laptop korang boleh mati atau short.
  2. Salah satu komponen pada mainboard atau adapter akan terbakar dan menyebabkan laptop mati terus(dead). (Jika laptop korang  masih ada waranti, sila hantar untuk pembaikkan atau penggantian)

Apa maksud lampu led adapter charger berkelip, ia menandakan berlaku ’short’ atau 'over voltage' pada mainboard atau pada adapter.

Tips mudah cara melakukan test untuk masalah ini adalah :

  1. Pinjam adapter lain (pastikan berkeadaan baik) yang sama model dan brand (pastikan voltage dan current sama) dari rakan untuk dicuba pada Laptop, jika terjadi kerosakkan sama pada adapter tersebut seperti lampu adapter berkelip atau tidak menyala sama sekali atau lampu led Laptop yang biasanya biru atau hijau menjadi warna lain ,dipastikan telah terjadi masalah ’short’ atau 'over voltage' pada motherboard laptop.Jika adapter berkeadaan ok dan Laptop berkeadaan baik,  telah dapat dipastikan hanya charger dapter asal yang rosak, sila ganti baru.  
  2. Gunakan multimeter untuk mengukur ,arus dan voltan masih  berkeadaan ’normal’ seperti yang tertulis label adapter yang problem. Cara ini perlu pengetahuan asas elektronik.

Jika motherboard laptop yang rosak, adakah boleh dibaiki lagi apabila ’short’ atau 'overvoltage'  ?
Boleh dibaiki, tapi sila buat seperti cara berikut:
  1. Jika masih dalam waranti, sila hantar untuk pembaikkan atau penggantian ke service center terdekat.
  2. Bawa ke Service Center atau Kedai baikpulih yang direkomen yang terbukti boleh dipercaya untuk setelkan masalah ini dengan baik. Korang boleh mencari info-info ini dengan bertanya di forum-forum seperti http://forum.lowyat.net/, http://forum.putera.com/tanya/ atau http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=236. Biasanya disana ada perkongsian masalah orang yang sudah mempunyai pengalaman dengan masalah Laptop korang.Ini adalah untuk mengelakkan korang dari tertipu atau ditipu
Adakah Adapter Laptop charger masih boleh dibaiki  jika sudah ’short’ atau 'over voltage'  ? 
Boleh dibaiki, tapi aku tak sarankan untuk baiki lagi jika adapter charger yang faulty. Adaptor yang dibaiki sangat berisiko untuk digunakan semula. Jika selepas dibaiki, adapter ini masih mengalami   short’ atau 'over voltage' atau mengalami masalh lain, mainboard Laptop korang boleh burn. Dan biasanya dapter yang telah dibaiki hanya bertahan untuk jangka masa sekejap sahaja.Lebih baik beli adapter charger baru atau secondhand original (yang belum pernah dibaiki) yang di jual dikedai komputer atau di internet (harga dalam rm50-rm120).



Thursday, 10 November 2011

BAIK PULIH INVERTER CCFL BACKLIGHT LCD LAPTOP




Laptop Compaq CQ40 ni ada 2 masalah:
  1. Laptop ni bermasalah GPU chipset overheating
  2. Inverter CCFL backlight LCD rosak (tak hidup)
Inverter CCFL backlight LCD ni, kebiasaanya berbentuk satu papan PCB kecil yang panjang dan biasanya terletak betul betul di bawah LCD panel korang. Fungsi inverter ialah sebagai penukar voltan 12 VDC dan menukarkannya kepada voltan tinggi.

Voltan AC yang ini di perlukan untuk menghidupkan lampu CCFL paparan belakang(backlight) yang terdapat pada LCD panel laptop korang. Dan kebiasaannya jika inverter rosak, tukang baiki akan tukar 1 papan inverter tu.


Harga pasaran untuk inverter adalah mengikut Brand dan model Laptop.kalau model yang biasa banyak dipakai dipasaran dan model tersebut ada banyak kerosakkan lain selain inverter, peluang untuk dapat ganti nverter baru adalah senang serendah rm50 tak termasuk kos upah pasang, tetapi jika model tersebut model lama atau tak ramai yang menggunakannya harganya boleh mencapai rm250.


Sebenarnya papan Inverter masih boleh dibaiki jika kerosakkanya tidak teruk.Tapi nak baiki, kena tahu tempat  dan cara yang betul, dan jika tidak kerosakkan akan makin teruk dari yang asal.



Apa yang aku tahu output voltage inverter adalah tinggi dalam 2-3kVAC tapi mempunyai arus (current) yang sangat kecil, lebih kurang dalam  micro amps uA.Inverter ini juga bekerja dalam frekuensi yang tinggi (30kHz), ini bersangkut paut dengan komponen transformer pada inverter.Komponen yang paling penting untuk inverter adalah   ferrite core transformer berbentuk gelungan lilitan wayar halus  (wayar yang sangat halus macam seurat rambut) dan mempunyai 2 bahagian primary  dan secondary.  




KOMPONEN INVERTER YANG SELALU ROSAK



  Ferrite core CCFL Transformer rosak terjadi biasanya disebabkan kerosakkan pada lilitan wayar halus terputus disebabkan kepanasan  dari transformer  semasa bekerja
Fuse blow(terbakar) biasa terjadi disebabkan menerima voltan yang tak stabil dari motherboard

ALAT TESTER


Macamana nak test CCFL dan inverter problem .Paling senang nak test inverter, guna LCD lain (pecah pun tak pe) atau ada CCFL bulb spare yang diketahui ok. Cara lain guna Inveter-CCFL tester contoh http://www.insidemylaptop.com/test-l...th-multimeter/ atau guna multimeter.

Jika berminat nak baiki  masalah Laptop masalah Backlight/inverter/CCFL, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Sumber http://en.wikipedia.org/wiki/CCFL_inverter

Wednesday, 2 November 2011

BAIK PULIH ACER ASPIRE 4736G TAK BOLEH POWER ON DAN ADAPTER BLINKING



MASALAH


Masalah Laptop Acer Aspire 4736G  ni adalah tak boleh power on , kerana disebabkan kemungkinan terkena petir atau akibat dari Soket AC yang faulty  .Apabila jack dari power adapter charger Laptop disambung ke Laptop, Led power charger berkelip-kelip(blinking) continuously dan Laptop akan berkeadaan begitu dan masih tak boleh power on pada start suis . Laptop LCD blank screen (tidak keluar apa-apa)-keadaan Laptop ini menunjukkan ada komponen di motherboard telah short.Adapter charger asal Laptop juga  terpaksa diganti kerana apabila dipasang pada laptop, Led charger mati setelah 1 minit disambung.Ini menunjukkan Laptop terkena overvoltage .

BAIK PULIH SIAP: 
Laptop Acer Aspire 4736G ni juga diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink. Keyboard baru juga diganti kerana yang lama telah rosak.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...