Wednesday, 18 May 2011

COPY & PASTE DAN ETIKA BERBLOG

Copy & Paste entry post dari blog orang lain tak salah,tapi sila minta izin & kebenaran dari tuannya dan silalah bagi kredit pada blog asal entry tersebut.

Tapi bagi aku jangan amalkan  sangat sikap copy & paste penulisan orang bulat-bulat walaupun anda terlalu berminat dengan entry tersebut.Pada pendapat aku sikap copy & paste ini akan merosakkan etika blog-blog di Malaysia ni.Jangan terlalu fikirkan keuntungan serta terlalu hendak menarik pembaca dengan mengabaikan etika sebagai seorang Islam dan manusia.

Tiada idea baru dan tips baru akan dijana dengan copy & paste dan blog-blog asal yang berusaha untuk menghasilkan idea baru dan tips baru akan hilang minat untuk menghasilkannya lagi.

Sila hargai masa dan tenaga Pemilik blog yang berusaha untuk hasilkan idea baru dan tips baru itu.
Untuk entry tips atau baik pulih kerosakkan  peralatan (Laptop, PC, Elektronik) diharap buat entry sendiri kerana sikap copy & paste boleh menyebabkan pembaca blog tertipu dengan  keupayaan pemilik blog untuk membaik pulih peralatan berkenaan.

1 comments:

perayau maya said...

betui 2 saya sokong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...