Thursday 24 January 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada pembaca dan custemer blog Wangsa maju Computer Repair.

Wangsa Maju Computer Repair  akan bercuti selama 1 minggu sehingga 2hb Febuari 2013  mulai hari ini.


Friday 18 January 2013

BAIKPULIH IPAD 2 DIGITIZER TOUCHSCREEN PECAH

MASALAH
Masalah Tablet IPAD 2 ini, DIGITIZER TOUCH SCREEN telah pecah. Menurut info dari owner, tablet ni terjatuh  semasa anaknya bermain dengan Ipad 2 ini.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah TOUCH SCREEN  pecah ini, ia perlu tukar dengan TOUCH SCREEN  yang baru.






CONVERT DIGITIZER TOUCHSCREEN IPAD 2 WARNA HITAM KE WARNA PUTIH


Harga spareparts ini biasanya berbeza-beza, untuk kedai atau lokasi. 

Semua Ipad 2 ini siap dibaiki dan berada dalam keadaan baik dan telah aku uji sepenuhnya sebelum memulangkannya pada Owner.

Jika berminat nak baiki  masalah  pada Ipad , Tablet atau Tab, boleh  hubungi 0122411959/Hafizam.

BAIKPULIH DELL INSPIRON N5010 MASALAH BLANKSCREEN

MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N5010 ini, Laptop boleh Power-ON, tekan suis power start button  laptop hidup, tapi di screen blank dan Led start button berkelip-kelip.

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi walaupun selepas dia telah cuba reset BIOS Laptop ini serta cuci kontek Ram Laptop. Dia telah cuba cabut bateri cmos serta cabut bateri Laptop.
SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop boleh Power-ON, tapi blak screen ini, aku akan cuba Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  untuk menyelesaikan masalah ini, sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.

Tapi masalah laptop ini adalah masalah chipset AMD RADEON yang bermasalah overheating dan bukan masalah pada bios Laptop.
Jika berminat nak baiki  masalah  Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

Monday 14 January 2013

TIPS MENGENAL PERBEZAAN ADAPTER CHARGER ORIGINAL vs CLONE vs OEM CHINA

Salam, kali ini, aku nak berkongsi tips bagaimana hendak mengenal adapter charger yang korang beli tu, samada Original, OEM replacement CHINA atau Clone.

Ini adalah untuk mengelakkan pembaca blog aku dari tertipu membeli adapter Clone dengan harga adapter Original ( range harga adapter Original di pasaran adalah antara rm100-350 bergantung pada model).

Range harga untuk adapter  OEM replacement CHINA atau Clone adalah antara rm40-rm75 bergantung pada model Laptop.

Perbezaan antara Original dengan yang Clone ni jika dilihat sepintas lalu memang tiada perbezaan kerana mempunyai stiker dan marking yang sama seperti yang adapter charger original.

Untuk mengenal perbezaan antara charger ini, korang boleh nilai dari beberapa aspek, iaitu kalau adapter original, jika korang pegang akan rasa solid dan berat berlainan dengan yang Clone iaitu lebih ringan dan bila korang pegang kurang solid.

Saiz juga kadang-kadang berlainan antara yang Original dengan yang Clone walaupun  mempunyai bentuk seakan sama.Sebagai contoh cuba compare antara 2 adapter charger untuk Laptop Acer , dapatkah korang mengenal mana adapter Original dan mana yang Clone.
Pada gambar ini, aku tunjukkan mana yang Original dan yang Clone. Untuk Laptop Acer biasanya Laptop mereka dibekalkan oleh OEM adapter Charger dari jenama LITEON ataupun DELTA. Dan biasanya logo ACER takda pada adapter charger OEM original tu.
Kedudukan stiker Amaran yang berwarna kuning adapter clone juga  adalah salah.

Tapi perlu dijelaaskan disini, kualiti  adapter Clone yang  mempunyai chop seperti yang original mempunyai kualiti dari dalaman serta luaran yang agak bagus dari OEM Replacement China.

Adapter charger Clone biasanya  tidak disertakan kabel AC plug 3 pin sekali.



ADAPTER CHARGER OEM CHINA
Adapter charger  OEM Replacement China pula memang tiada chop brand Laptop pada badan masing-masing.Kotak adapter charger ini pun berlainan dari kotak adapter original serta mempunyai pelbagai corak.

Kualiti  Adapter charger  OEM Replacement China ni agak sama atau lebih rendah dari yang Clone.Dan biasanya adapter ini dijual  bersertakan kabel AC plug 3 pin sekali.

 Jika berminat nak membeli adapter charger , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

BAIKPULIH SAMSUNG TAB 10.1 MODEL GT-P5100 DIGITIZER TOUCHSCREEN PECAH

MASALAH
Masalah Tablet SAMSUNG TAB P5100 ini, DIGITIZER TOUCH SCREEN telah pecah. Menurut info dari owner, tablet ni terjatuh  semasa anaknya bermain dengan Tab ini.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah TOUCH SCREEN  pecah ni, perlu tukar dengan TOUCH SCREEN  yang baru.

Harga spareparts ini biasanya berbeza-beza, untuk kedai atau lokasi .
Jika berminat nak baiki  masalah  pada Ipad , Tablet atau Tab, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.


Friday 11 January 2013

BAIKPULIH LENOVO IDEAPAD S100 MASALAH FREEZE DI LOGO BIOS & TAK BOLEH BOOT

MASALAH
Masalah Laptop LENOVO IDEAPAD S100 ini boleh Power-On.Tapi FREEZE / HANG masa BIOS POST (Power-On Self Test) hanya cuma paparkan LOGO Lenovo sahaja dan tak boleh boot.
Logo Lenovo tu display di paparan skrin  walaupun dibiarkan Power-On dalam 10minit.Lampu power led laptop yang menyala . Tekan kunci Delete , F2, F10 untuk masuk menu Bios pun tidak boleh.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah BIOS hang ni, aku suspek BIOS corrupt atau setting tak betul yang menjadi punca dan  program IC Bios secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  sudah boleh menyelesaikan masalah BIOS Hang ni jika cara mencabut bateri Cmos atau cara reset pin jumper reset RTC motherboard tidak berjaya dilakukan.

Tapi untuk masalah  LENOVO IDEAPAD S100 ini, Hardisk corrupted yang menjadi punca masalah ini.

Masalah LENOVO IDEAPAD S100 berjaya diselesaikan selepas penggantian Hardisk baru dilakukan dan Netbook berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.





Friday 4 January 2013

BUANG PASSWORD BIOS LENOVO THINKPAD T420s

Masalah Laptop LENOVO THINKPAD T420s ini, Laptop tak boleh tukar setting di bios menu, Laptop  minta password administrator Bios dahulu, dan ini bermakna owner juga tak boleh masuk tukar tarikh/masa serta boot hardware jika nak format /install Windows pada Laptop ini.Masalahnya owner dah tak tau password bios yang digunakan kerana dia beli laptop ini secondhand.

MASALAH
  1. Laptop minta password bios sebelum masuk Bios menu.
SOLUTION
Biasanya untuk masalah password, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuangnya, antaranya dengan cabut bateri cmos Netbook atau menggunakan utiliti seperti Master password generator atau guna utiliti crack password berbentuk Dos (biasanya korang boleh jumpa utiliti ini didalam CD Hiren).

Cara ini, lain adalah dengan memprogram semula IC eeprom dengan file Bios Laptop asal.Tapi untuk Lenovo Thinkpad ini, motherboard mempunyai 2 bios I.C yang perlu selari antara 1 sama lain.

Selain I.C Bios seperti Laptop lain, model Thinkpad ini ada I.C Bios yang menjaga laluan untuk acceses I.C bios yang satu lagi.Sistem ini dinamakan Dual Bios.
Jika berminat nak baiki masalah password bios atau masalah bios corrupted ataupun nak beli I.C bios yang telah di program baru untuk Laptop/PC , boleh hubungi  0122411959 / Hafizam.     


BAIKPULIH HP COMPAQ NC6120 CONNECTOR CHARGER POWER ADAPTER PATAH

Masalah Laptop HP COMPAQ NC6120 ini, Laptop Pin connector adapter charger di motherboard telah patah, jadi laptop tak boleh dihidupkan. 

Owner Laptop ini, berada di Terengganu, dan dia mengalami kesulitan untuk mencari kedai yang dapat menukar connector adapter charger untuk laptopnya.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop Pin connector adapter charger rosak, penggantian dengan connector baru adalah penyelesaian yang paling baik.

Tapi jika, tiada spareparts untuk model yang rosak yang available, modified dengan connector Laptop lain adalah cara kedua yang paling sesuai.
Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop / PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.


Wednesday 2 January 2013

AMARAN! SILA JANGAN BELI USB PENDRIVE JENAMA SANDISK

Awal tahun lepas (2012) aku telah beli usb pendrive 8gb jenama SanDisk, untuk simpan data serta lagu.

Selepas guna pendrive ini tidak sampai 2 bulan, pendrive jenama SanDisk telah buat perangai, keluar error write protection.

Masalah ini menyebabkan aku tak dapat save write atau erase data.Usb pendrive ini tiada suis untuk enable atau Lock seperti Usb pendrive terdahulu.

Aku telah habiskan berbulan-bulan sehinga awal tahun 2013 untuk cari solution untuk fix masalah pendrive  jenama SanDisk ini tapi tak berjaya. 

Dibawah ini adalah antara cara yang aku telah lakukan untuk baiki masalah ini:
  1. Low Level Format guna Dos / Windows / Linux
  2. Edit registry windows
Semua cara diatas tak berjaya, kerana aku rasa IC pendrive dah Lock/kunci keupayaan usb pendrive untuk Write/Erase data.

Dari penyiasatan yang aku lakukan didapati, semua range usb pendrive  jenama SanDisk mengahadapi masalah ini dan berlaku pada pengguna seluruh Dunia.

Hanya pengantian Pendrive baru sahaja dapat solved masalah ini.Walaupun harga usb pendrive ini murah dalam beberapa puluh ringgit sahaja, tapi masalah ini mungkin merugikan dan memberi masalah pada sesetengah  pengguna.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...