Monday 14 January 2013

TIPS MENGENAL PERBEZAAN ADAPTER CHARGER ORIGINAL vs CLONE vs OEM CHINA

Salam, kali ini, aku nak berkongsi tips bagaimana hendak mengenal adapter charger yang korang beli tu, samada Original, OEM replacement CHINA atau Clone.

Ini adalah untuk mengelakkan pembaca blog aku dari tertipu membeli adapter Clone dengan harga adapter Original ( range harga adapter Original di pasaran adalah antara rm100-350 bergantung pada model).

Range harga untuk adapter  OEM replacement CHINA atau Clone adalah antara rm40-rm75 bergantung pada model Laptop.

Perbezaan antara Original dengan yang Clone ni jika dilihat sepintas lalu memang tiada perbezaan kerana mempunyai stiker dan marking yang sama seperti yang adapter charger original.

Untuk mengenal perbezaan antara charger ini, korang boleh nilai dari beberapa aspek, iaitu kalau adapter original, jika korang pegang akan rasa solid dan berat berlainan dengan yang Clone iaitu lebih ringan dan bila korang pegang kurang solid.

Saiz juga kadang-kadang berlainan antara yang Original dengan yang Clone walaupun  mempunyai bentuk seakan sama.Sebagai contoh cuba compare antara 2 adapter charger untuk Laptop Acer , dapatkah korang mengenal mana adapter Original dan mana yang Clone.
Pada gambar ini, aku tunjukkan mana yang Original dan yang Clone. Untuk Laptop Acer biasanya Laptop mereka dibekalkan oleh OEM adapter Charger dari jenama LITEON ataupun DELTA. Dan biasanya logo ACER takda pada adapter charger OEM original tu.
Kedudukan stiker Amaran yang berwarna kuning adapter clone juga  adalah salah.

Tapi perlu dijelaaskan disini, kualiti  adapter Clone yang  mempunyai chop seperti yang original mempunyai kualiti dari dalaman serta luaran yang agak bagus dari OEM Replacement China.

Adapter charger Clone biasanya  tidak disertakan kabel AC plug 3 pin sekali.



ADAPTER CHARGER OEM CHINA
Adapter charger  OEM Replacement China pula memang tiada chop brand Laptop pada badan masing-masing.Kotak adapter charger ini pun berlainan dari kotak adapter original serta mempunyai pelbagai corak.

Kualiti  Adapter charger  OEM Replacement China ni agak sama atau lebih rendah dari yang Clone.Dan biasanya adapter ini dijual  bersertakan kabel AC plug 3 pin sekali.

 Jika berminat nak membeli adapter charger , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...