Wednesday 11 January 2012

BAIKPULIH KEROSAKKAN PADA HINGES(ENGSEL) LCD LAPTOP


Laptop korang pernah rosak tak pada engsel/hinges Lcd.Masalah ni biasa terjadi pada Laptop.Aku biasa jumpa masalah ni pada semua brand Laptop seperti Acer, Dell , Compaq, HP, Asus dan dari survey kat internet juga terjadi pada Apple MacBook Pro serta Alienware.

Di post blog kali ni,aku nak cerita rosak hinges yang bukan disebab oleh factor kecuaian owner atau anak yang nakal pijak atau jatuhkan Laptop  (yang ni memang confirm patah selain benda lain juga akan rosak).

Korang nak tahu tak, yang masalah engsel ni memang akan rosak walaupun korang pakai dengan cermat dan teliti, ini kerana hinges-engsel ni juga perlu diservis.

Penyebab terjadi masalah ini adalah kualiti material yang digunakan oleh pengeluar laptop untuk menghasilkan Hinges untuk Laptop keluaran mereka tak dapat menangung beban tekanan serta geseran dari gerakkan buka dan tutup Laptop yang kerap.Masalah ini akan berlaku perlahan-lahan, biasanya dengan 2 tahun pemakain Laptop.
Adakah hinges yang rosak ni boleh di baik pulih?,.Biasanya jika korang hantar laptop yang rosak hinges pada kedai baik pulih komputer, biasanya technician kedai akan cakap kena tukar baru.jawapan itu separuh betul, ini kerana kena tengok pada keadaan teruk kerosakkan hinges tu dan kena tengok pada budget korang la untuk baik pulih.Ada kerosakkan hinges pada kedudukan yang critical dan ada kerosakkan yang minor sahaja.

Kerosakan pada kedudukan yang critical biasanya pada tempat hinges tu bergerak.dan kedudukan yang minor adalah tempat selain dari yang bergerak.

Ada 2 jenis meterial logam yang digunakan oleh pengeluar untuk menghasilkan hinges Laptop keluaran mereka:
  1. Jenis besi (keras/ susah nak crack/ susah nak rosak) -tapi bila rosak, hinges akan jem dan terlalu ketat dan akan merosakkan Lid housing LCD, serta mungkin LCD panel Laptop.
  2. Jenis Alloy (lembut,/senang nak crack/ selalu rosak) -tapi bila rosak, hinges akan jadi longgar
Macamana nak kesan kerosakkan pada hinges/engsel Laptop.Ada beberapa tanda /tips mudah yang boleh diikuti:
  1. Masa nak buka atau tutup Lcd Laptop akan terasa ketat serta berbunyi 
  2. Ada retakkan halus pada cover housing Lid LCD di kawasan hinges/engsel diskru.
Apa akibat dari kerosakkan hinges/engsel.Kerosakkan ini akan menyebabkan Lid cover LCD Laptop crack atau pecah selain pemegang hinges laptop patah/pecah serta paling teruk LCD Laptop itu sendiri boleh pecah.kerana bila gerakkan terlalu ketat, paksaan akan terjadi semasa hendak tutup atau buka, ini boleh menyebabkan LCD patah dan jika terlalu longgar LCD tak stabil dan mungkin akan selalu terjatuh kebelakang atau kedepan dan masalah ni boleh menyebabkan LCD panel rosak..
  1. Lid cover LCD pecah/crack

Apa yang perlu kita buat untuk menjaga hinges Laptop dari cepat rosak!
  1. Sila letak/sapu minyak gris atau minyak mesin jika terasa ada tanda-tanda yang aku sebutkan (tapi jika korang dah baca post ni sila periksa hinges laptop masing-masing, lebih baik mencegah dari berlaku sebelum rosak).

BAIKPULIH HINGES YANG ROSAK ATAU PATAH
Kerosakkan pada tempat critical(tempat gerakkan engsel) boleh dibaiki, tapi memerlukan kepakaran dan kebolehan kreativiti pembaik pulih, kalau korang suka aktiviti modified atau Mcgyver memang ada jalan nak baiki kerosakkan seperti yang disebut. Contoh adalah gambar dibawah ini.



Hinges Patah Kawasan Kritikal 



Hinges Patah Bukan Kawasan Kritikal 

Baik pulih seperti diatas ini hanya jika, budget baiki untuk tukar hinges baru, mahal dan parts ganti amat sukar diperolehi, disebabkan Laptop model lama atau jarang dipakai

Tapi bukan semua kerosakkan hinges/engsel boleh dibaik pulih, jika kerosakan kritikal atau model Laptop senang diperolehi (parts banyak, harga akan murah), baik tukar baru sahaja.

Tapi jika untuk Laptop yang jarang orang pakai, parts akan mahal dan option untuk baiki boleh dipertimbangkan.

Jika berminat nak baiki Laptop/Pc boleh hubungi aku di 0122411959.

Sumber:




http://lorenz.co.nz/2008/06/30/how-to-fix-a-broken-laptop-hinge

1 comments:

Anonymous said...

salam. laptop(acer modellama) sy xbole lipat sebab engsel dia rosak.bole sy taw cost repair brape?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...