Monday, 19 March 2012

BAIK PULIH ACER ASPIRE 4738Z MASALAH BLUE SCREEN (BSOD)

MASALAH

Masalah laptop ACER ASPIRE 4738Z ni adalah, ada masalah bluescreen (BSOD) setiap kali owner (ON ) laptop.Owner dah  fedup sebab sehingga tiap kali (ON) windows kena BSOD sehinggakan masalah BSOD dah teruk kerana masa loading pun, Laptop dah kena bluescreen (BSOD).


Owner ada cakap yang dia suspek , hardisk laptop ni mungkin dah nak rosak, tapi aku cakap bawa check dulu untuk confirmkan kerosakkan. 


Aku cuba check dengan masuk pada mode safemode.Dalam keadaan safemode, problem BSOD masih ada, dan aku cuba baiki sistem Windows menggunakan installer windows baru, juga masih dapat BSOD.


Jadi aku agak, masalah bukan berpunca dari software, tapi dari hardware Laptop (aku tanya owner bila last format windows, dia cakap baru bulan lepas hantar format)..


SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan servis Ram dan slot Ram laptop.Bila aku pasang balik, masalah masih sama.jadi aku suspek Ram asal laptop dah faulty/fail.
Penggantian Ram baru dilakukan pada laptop dan masalah berjaya diselasaikan.



Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959



Friday, 16 March 2012

BAIK PULIH LAPTOP LENOVO LCD HANYA ADA VIDEO PADA KEDUDUKKAN TERTENTU



MASALAH

Masalah laptop Lenovo ni adalah, Video LCD Laptop hanya ada(keluar) pada kedudukkan tertentu.Apabila Lcd lid berada  pada kedudukan 90 darjah, takda video pada LCD, tapi bila Lcd lid panel digerakkan kepada kedudukan tertentu (untuk laptop ni, kena rapatkan panel Lcd sehingga kedudukkan nak tutup baru laptop baru ada video ).


SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan test dengan menekan kabel riben untuk memastikan kedudukkan tempat yang rosak.Pengujian ini perlu selain memastikan kabel riben berada di dalam slot conector dengan ketat.


Test continuity(kesinambungan) dilakukan pada riben Lcd.Dan didapati 2 wayar riben mengalami kerosakkan.wayar ini kedua-duanya putus separuh mungkin sebab terkepit pada hinges(engsel) LCD.Jadi kabel baru diperlukan untuk repair riben ini.Kalau korang beli baru riben LCD ni kat kedai  repair biasa anggaran KOS adalah dalam rm120-200. 



Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...