Saturday, 21 January 2012

MENGENAL TANDA LCD LOGIC CONTROLLER BOARD ROSAK



Macamna nak kenal kerosakkan LCD logic controller, kat bawah ni ada contoh video untuk korang tengok, dan bandingkan dengan kerosakkan laptop korang.Antara tanda-tanda kerosakkan board LCD:
  1. Lcd flashing white screen (dari normal ke white screen)
  2. Lcd video pixel melompat dan bergetar
  3. Lcd keluar line (1line atau berline(pelangi line))
Masalah LCD flashing jadi putih ni biasanya terjadi pada laptop yang telah digunakan lebih dari 2 tahun. LCD controller yang kawal pixel video LCD belakang panel LCD dah spoill.biasa terjadi pada LCD crystal bright (Masalah ni terjadi pada LCD lama yang jenis plain tapi dalam jangka masa 5-6 tahun juga).Biasanya masalah ni kena tukar LCD panel baru (kos dalam rm350 -300 + waranty + installation untuk yang baru).

Tapi perlu diingat kan, kalau Laptop korang pakai chipset NVIDIA atau ATI, jika LCD laptop jadi gambar pelik atau white screen kemungkinan chipset display laptop korang mungkin dah spoil/faulty.


ACER ASPIRE 4710 FLASHING WHITE SCREEN

SEBELUM BAIKI

SELEPAS BAIKI



Kalau nak tau adakah GPU tu yang problem atau LCD yang problem ada 2 cara, korang boleh guna,
  1. Test LCD dengan LCD lain (LCD tester, yang pecah pun takpa) yang diketahuai ok
  2. Test guna external monitor pada jack projector untuk detect masalah ni, sepatutnya jika chipset problem external akan keluar video yang pelik juga.
  3. Check ram,kadang -kadang ram pun boleh jadi penyebab masalah ini.

Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


Untuk contoh kerosakkan lain sila ke post ini:

Wednesday, 18 January 2012

BAIKPULIH LCD LAPTOP/MONITOR YANG CALAR(SCRATCH)


LCD calar biasa terjadi, akibat kecuain atau faktor lain (mungkin anak nakal).Boleh ke masalah ini di baikpulih?

Boleh! dan ada beberapa cara boleh digunakan walaupun mungkin bukan 100% dapat hilang kesan calar tu.

Ada beberapa cara nak baikpulih masalah calar pada LCD panel ni.Antaranya

CARA 1:
Korang boleh guna vaseline(PETROLEUM JELLY) yang buat basahkan bibir tu (boleh beli kat guardian).Sapu vaseline tu kat kawasan calar tu sampai puas hati.

Lepas  tu korang lapiskan panel tu dengan screen protector (boleh beli kat kedai komputer).

                       +                


CONTOH


CARA 2:
Guna displex scratch display polish serta kertas pasir (cara ni agak merbahaya, jika calar tu tak dalam, guna displex sahaja).CD/DVD scratch remover juga boleh digunakan.Cara-caranya





  1. Tutup kawasan calar dengan musking tape.Ini supaya hanya kawasan yang calar sahaja yang terbabit dalam kerja baikpulih polish dan elakkan kawasan yang lain dari sebarang kerosakkan.
  2. Letakkan Displex pada LCD display yang calar.
  3. Dengan lembut polish kawasan calar/scratches dengan pad kapas yang bersih dan lembut atau guna kain lembut.
  4. Ulang kawasan yang calar/ scratches sehingga calar hilang.
  5. Untuk calar yang dalam guna kertas pasir dulu (gred paling halus-yang dalam gambar aku guna gred 1000).Gosok perlahan-lahan,selepas tu guna cara yang aku cerita sebelum ini.
  6. Gosok hingga puas hati, tapi kalau rasa lambat boleh guna mini drill untuk polish, selepas tu lapik dengan screen protector seperti yang aku cara 1.











Sumber:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...